➵III-1

718 55 1
                                    

"Mr. K?" Soal Abir tatkala mendengar nama yang disebut oleh Isaac.

"Wait a minute." Tanpa sedar, Abir melupakan rajuknya, meletakkan telefon pintarnya ke atas riba, dan berfikir tentang sesuatu. Seingatnya, dia pernah terbaca sesuatu yang mempunyai kaitan dengan Mr. K. Ingatannya tentang Mr. K agak jelas kerana ianya baru sahaja dibaca baru-baru ini.

Fokusnya beralih pada himpunan dokumen yang berada di atas mejanya. Tangan kirinya memegang bahagian atas timbunan itu, menahannya daripada jatuh. Manakala tangan kanannya menarik dokumen kedua dari bawah.

Kes bunuh Casandra Agatha.

"Okey, yang ni."

Abir membuka dokumen, membeleknya dan membaca laporan mengenai pembunuhan itu. Satu persatu ayat dibaca dengan teliti supaya matanya tidak terlepas pandang kata kunci yang dicarinya. Jarinya digunakan sebagai penunjuk.

Suspek utama kes ini telah dibebaskan kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk dijatuhkan hukuman. Beliau mendakwa telah menerima arahan untuk menculik Casandra Agatha daripada seseorang yang digelar Mr. K.

"Ini dia!" jerit Abir secara tiba-tiba. Dia mengambil kembali telefon pintar yang berada di atas riba dan melekapkannya pada telinga kanan.

"Apa dia, Abir?" soal Isaac yang sedang berada di hujung talian.

"Kau ingat lagi kes yang kita jadikan rujukan untuk mock trial dulu?"

"Kes untuk mock trial?" fikir Isaac. "Oh, Casandra?"

"Ya! Casandra yang diculik dan dipercayai telah dibunuh. Kita gunakan kes itu sebagai rujukan untuk sesi mock trial. Mr. K merupakan nama samaran pembunuh Casandra yang masih belum dijumpai sampai sekarang."

"Maknanya betul la yang aku pernah terbaca nama tu. Wait, Abir! Casandra merupakan warga Indonesia kan?"

"Yes, you're right!"

"Ok, kau tunggu pejabat. Aku balik ke sana sekarang juga!"

Belum sempat Abir memberikan balasan, talian tersebut sudah terlebih dahulu dimatikan oleh Isaac. Dia menatap skrin telefon pintarnya yang sudah gelap. Senyumannya terukir dibibir.

"Aku tunggu kau, Isaac."

💔💔💔

Talian telefonnya dimatikan. Isaac berfikir sejenak mengenai kes Marshanda, Adeeva dan Casandra. Ada sesuatu yang benar-benar mengusik mindanya. Kes tersebut seolah-olahnya saling berkait antara satu sama lain.

"Aku rasa aku kena balik ke pejabat sekarang. Ada sesuatu yang aku dan Abir perlu siasat tentang kes pembunuhan Casandra Agatha yang berlaku kira-kira 5 tahun yang lalu. Maklumat tentang Adeeva aku akan tanya Abir sendiri," ujar Isaac meminta diri.

Alias mengangguk tanda faham. "Okey, Isaac. Kalau ada penemuan baru, aku akan terus hubungi kau. Hati-hati memandu."

"Baiklah. Terima kasih, Alias."

Sejurus dengan itu, Isaac meluru ke kereta, menyalakan enjinnya dan memandu menuju ke pejabatnya. Tiba sahaja di perkarangan pejabat, dia tanpa berlengah mencari Abir.

"Hah, Isaac! Tengok ni! Aku ada jumpa sesuatu," tegur Abir yang baru sahaja pulang dari tandas. Dia dapat melihat lelaki itu sedang melilau mencarinya.

"Tentang Mr. K?" soal Isaac ingin tahu.

"Tak, tapi mungkin dia berkait dengan pembunuhan Casandra. Kau tengok sendiri."

Keratan akhbar dalam talian yang telah dicetak dihulur pada Isaac. Lelaki itu mengambilnya dan membaca dengan tekun.

"Seorang pelukis yang berasal dari Indonesia didapati hilang seminggu sebelum pameran lukisannya? Ini akhbar tahun 2012. Maknanya, lima tahun dahulu. Kenapa dengan keratan akhbar ni?"

"Aku mencari kes atau berita yang mempunyai cara pembunuhan yang sama dengan pembunuhan Casandra. Kemudian, aku terjumpa artikel akhbar ni. Mula-mula aku tak syak apa-apa. Tapi, bila aku siasat lagi, aku terjumpa pulak maklumat yang betul-betul mengejutkan."

"Apa dia?"

"Ini..." Abir menghulur sehelai lagi keratan akhbar dari tahun yang sama. "Pelukis tersebut ditemui mati tergantung, sama seperti Casandra. Mayat mereka berdua ditemui selang seminggu, Isaac."

"Sekejap! Cuba kau tengok betul-betul, Abir. Kedua-duanya mati pada bulan Mac. Sama seperti pembunuhan Marshanda dan Adeeva. Kebetulan yang betul-betul aneh."

"Ya. Dan kesemua mangsa merupakan warga Indonesia."

"Kau perasan sesuatu tak Abir?"

"Apa dia?"

"Kalau kau tengok balik keratan akhbar ini, pelukis yang hilang adalah perempuan dan dijumpai mati dalam keadaan tergantung sama seperti Casandra, seminggu selepas pihak polis menemui mayat Casandra. Kedua-duanya perempuan. Pembunuh seolah-olah berdendam pada perempuan. Secara spesifiknya warganegara Indonesia."

"Ye, betul. Lepas tu kalau kau perasan, kedua-duanya tak dirogol sama seperti Marshanda."

"Mungkin pembunuhnya betul-betul tak berniat untuk menyentuh mangsa-mangsanya."

"Mungkin. Tapi yang memusykilkan aku, kenapa pembunuh perlu gantung mangsa selepas membunuh mereka?"

"Entah. Mungkin dia seronok setiap kali lihat mangsanya digantung. Pasti ada cerita di sebaliknya, Abir. Yang pihak polis dan kita perlu rungkai sendiri. Oh ye, pasal pelukis yang hilang tu, polis ada jumpa suspek utamanya?"

"Kes pelukis itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri, Isaac. Dia menulis nombor 11 pada dinding bilik menggunakan darahnya sendiri sebelum berdiri dan menggantung dirinya."

"Nombor 11? Ada apa dengan nombor 11?"

Abir menjungkitkan kedua-dua bahunya. "Entah, aku pun tak tahu."

"Back to Casandra, suspek utama yang terlepas dari hukuman gantung tu macam mana pulak? Siapa?"

"Itu soalan yang aku tunggu. Aku harap kau tak terkejut."

"Kenapa? You're making me nervous, Abir."

"Dia Zulkafli," beritahu Abir.

Dahi Isaac berkerut. Seketika kemudian, matanya buntang kerana terkejut. Mulutnya terngaga. "That Zulkafli?"

"Yes, Isaac. Yang kita masukkan ke dalam penjara dulu."

"Damn it!" Isaac menampar meja kuat. Tekaannya tepat. Dia tahu ada sesuatu yang sedang disembunyikan Zulkafli.

☠️☠️☠️

Apa kaitan Zulkafli dan Mr.K?

☠️☠️☠️

Tambahan : Untuk bacaan psiko-romantis sila baca #LaraQistina yang juga ditulis oleh @aensaari.

Tambahan : Untuk bacaan psiko-romantis sila baca #LaraQistina yang juga ditulis oleh @aensaari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tata!

💀 TrofiWhere stories live. Discover now