➵I-6

920 68 7
                                    

4.30 petang, 24 Mac 2017


"Jadi, siapa yang ugut kau? Datin Maimun atau Qistina?"

"Kedua-duanya. Aku terima ugutan secara berasingan. Qistina mahu aku menjauhkan diri daripada Marshanda dan ibunya. Dia suruh aku memilih salah satu daripada mereka. Kalau tak, dia akan musnahkan jiwa aku. Datin pulak nak aku jadi anak ikannya kalau tak nak rahsia di dapur tu didedahkan pada Marshanda."

"Buat apa kau nak takut pada datin? Kau bukannya buat apa-apa pun kan?"

"Kau tak kenal Marshanda. Tahap cemburunya tinggi. Kalau dia dengar cerita rekaan Datin Maimun, dia boleh naik gila!"

"Sekejap... Qistina mahu musnahkan jiwa kau? Apa yang dia maksudkan dengan tu?"

"Aku tak tahu. Yang pasti, pembunuh Marshanda dah berjaya musnahkan jiwa aku. Jiwa aku ada pada Marshanda."

💔💔💔

Isaac dan Abir berkejar ke Shah Alam untuk mendapatkan Qistina. Pada masa yang sama, Isaac menghubungi Alias untuk berada dalam mod sedia. Gadis itu perlu disoal siasat sebagai saksi. Jika benar dia merupakan pembunuhnya, satu perintah reman akan dikeluarkan.

Tiba sahaja di hadapan rumah Datin Maimun, dia dan Abir segera mendapatkan Bibik.

"Eh, tuan. Ada apa datang ke mari?"

"Bibik, Cik Qistina ada?" Soalan Isaac menjawab pertanyaan Bibik.

"Ada dalam bilik. Dari semalam dia tak mahu keluar bilik. Langsung tak nak makan atau minum. Datin pula sibuk dengan aktivitinya. Bibik tak tahu nak buat apa lagi," adu Bibik. Kerisauan jelas kelihatan pada riak wajahnya.

"Bibik, saya Abir, rakan sejawat Isaac. Boleh saya cuba bercakap dengannya?" pinta Abir.

"Boleh, jemputlah masuk dulu. Bibik akan tunjukkan biliknya."

Mereka membontoti Bibik ke bilik yang terletak di tingkat atas. Betul-betul berada di hadapan tangga. Pintu bilik diketuk bertalu-talu oleh Bibik. Namun, langsung tiada tanda-tanda bahawa pintu bilik itu akan terbuka. Jika diketuk sehingga lumpuh saraf tangan sekalipun, pintu itu tetap tidak akan dibuka.

Abir ligat memikirkan cara untuk menemui Qistina.

"Bibik ada kunci pendua?" soal Abir.

"Oh, ya! Betul jugak. Kenapa la Bibik tak terfikir tentang tu. Sebentar."

Bibik menuruni tangga dan ke kayu penyangkut kunci di tingkat bawah. Kemudiannya, Bibik kembali dengan seutas gelung besi yang tergantung pelbagai jenis kunci. Salah satu kunci yang mempunyai huruf Q pada kepalanya diambil. Pintu bilik dibuka. Berhati-hati Abir memasuki bilik berkenaan.

Dia mengintai keadaan bilik dari ruang bukaan pintu. Ada daun jendela yang sudah terbuka. Langsirnya sudah terbuai-buai disapa angin. Di hadapan kerusi tersebut, ada satu kerusi yang sudah terbalik ke belakang.

Abir berasa tidak sedap hati. Dia menolak pintu sehingga habis. Ternyata sangkaannya tepat. Penghuni bilik itu sudah melarikan diri. Terdapat beberapa selendang yang sudah diikat antara satu sama lain untuk dijadikan tali sebagai cara meloloskan diri. Tiada siapa yang akan perasan kerana jendela itu bersambung dengan kawasan belakang rumah.

"Qistina dah lari!" ujar Abir separuh menjerit.

Persoalannya, mengapa Qistina mengambil langkah untuk meloloskan diri dengan cara yang demikian? Adakah dia sedang melarikan diri dari sesuatu? Atau dia sebenarnya merupakan pembunuh sebenar Marshanda?

💔💔💔

Alias segera menuju ke rumah Marshanda setelah menerima panggilan daripada Isaac. Dia dipinta untuk mengesan di mana Qistina berada dan menahan gadis itu daripada melarikan diri.

Terdapat satu kereta sedan putih diparkir betul-betul di hadapan rumah Marshanda. Pintu rumah pula didapati terbuka. Perlahan-lahan Alias bergerak masuk ke perkarangan rumah.

Ditinjaunya keadaan dalam rumah berkenaan melalui pintu yang sudah terbuka luas. Qistina dilihat sedang menangis sambil memeluk sesuatu. Tangisannya mendayu-dayu. Bajunya pula terhinjut-hinjut.

"Qistina!?"

Jeritan Alias memeranjatkannya. Dia mengangkat mukanya yang sudah kemerah-merahan. Matanya bengkak ditemani linangan air mata.

Apa yang mengejutkan Alias, dalam pelukan Qistina merupakan gambar lukisan gadis ballerina bertutu biru.

☠️☠️☠️

Jeng jeng jeng!

☠️☠️☠️

Tambahan : Untuk bacaan psiko-romantis sila baca #LaraQistina yang juga ditulis oleh @aensaari.

Tambahan : Untuk bacaan psiko-romantis sila baca #LaraQistina yang juga ditulis oleh @aensaari

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

Tata!

💀 TrofiΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα