➵III-8

694 49 0
                                    

9.30 malam, Baan Kun Ya, Bandar Utama

Satu jam sudah berlalu. Abir masih lagi berada di Restoran Baan Kun Ya, menanti Isaac yang tidak kunjung tiba. Sesekali lehernya dipanjangkan, menjengah gerangan yang dinanti. Namun, setiap kali dia mencari, setiap kali itu dia kecewa.

Senyuman yang pada mulanya menghiasi wajah yang sudah didandan itu sedikit demi sedikit mula pudar dan menyepi. Dia tidak tahu sama ada ada kekuatan di dalam hatinya untuk bertemu dengan Isaac. Lelaki itu bukannya tidak tahu bahawa dia tidak suka menunggu. Lagi-lagi untuk malam istimewa mereka.

Tak apa, Abir. Tunggu lagi sekejap je. Nanti dia sampai la tu, pujuknya.

"Miss, can I take your order now? We'll be closing in 30 minutes

9.32 p.m. Isaac

Sorry, Abir. I couldn't make it tonight.

I'll make it up for you next time okay?

1.10 petang, Suria KLCC

"Abir?"

Abir tersentak dari lamunannya. Di hadapannya sekarang terdapat seorang jejaka kacak yang sedang tersenyum ke arahnya. "Ya?"

"Kenapa diam je? Tadi kata nak jumpa I sebab nak mintak tolong sesuatu kan? Kalau diam macam ni, macam mana I nak tolong?"

Abir tersenyum kelat. "I tak tahu sama ada apa yang I nak beritahu ni dikira sebagai mintak tolong atau tak."

"Well, it will be me to judge. Beritahu la. Jangan diam macam ni. Kalau you tenung air tu sampai cawan pecah pun tak boleh selesaikan masalah yang you simpan tu."

Kata-kata Khairul menaikkan keyakinan Abir untuk berbicara dengannya. "Sebenarnya, I bekerja sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Dan kebetulannya kawan I tengah uruskan pendakwaan adik you, Khayr bin Dato' Kamarul."

Khairul terdiam. Wajahnya masih lagi tenang. "So, you're asking for my cooperation?"

"I nak you pujuk adik you supaya berikan kerjasama."

Lelaki itu mengeluh. "I sendiri tak tahu macam mana nak tolong kawan you Abir. Adik I tu keras kepala. Lepas tu, you tahu la ayah I siapa. Dia mesti akan buat sesuatu sampai tuduhan ditarik balik."

"You tak boleh pujuk ayah you?" Abir mencuba nasib.

"Tak akan jalan. Trust me." Khairul berfikir seketika. Kemudian, dia menyambung, "but I can try. There's no harm in trying right?"

Kepala Abir dianggukkan. Hatinya lega mendengar persetujuan Khairul. "Thank you, Khairul."

"Tapi I ada satu syarat."

Ternaik kening Abir mendengar ayat yang diucap Khairul. "Syarat? Apa syaratnya?"

"Kalau I berjaya pujuk ayah atau adik I, you have to go out for a dinner with me. Is it okay?"

"Is it considered as bribery?" soal Abir risau.

Khairul tergelak melihat Abir yang serba salah dengan permintaannya itu. Dia langsung tak terfikir ajakannya akan dilihat sebagai satu rasuah. Mungkin dia terlupa yang Abir merupakan seorang penjawat awam. "Don't worry, Abir. You can consider it as a treat from a friend to another friend."

***

"Serah diri je, Khayr," nasihat Khairul pada adik bongsunya.

Mereka berdua sedang berada di dapur. Khairul sedang mengelap meja makan manakala Khayr sedang membasuh pinggan di sinki. Mereka berdua telah dididik oleh Dato' Kamarul supaya lebih berdikari setelah kematian ibu mereka. Dato' Kamarul menggunakan pendekatan diktator untuk mendidik mereka. Jika A yang diperintahnya, maka A juga yang mereka harus lakukan.

💀 TrofiWhere stories live. Discover now