💌Tinta Penulis #1

615 49 3
                                    

Hai, semua! Alhamdulillah Kardia sudah mencecah 1K, di mana amat memuaskan hati bagi sebuah penulisan cerita pembunuhan dan penyiasatan. Sebabnya tak ramai yang berani/suka novel sebegini. Kalau filem tu lain, one shot je. Ini nak kena tunggu-tunggu dan tertanya-tanya. Don't worry, I feel you too haha.

Okey, sekarang sis akan beritahu info tentang novel ini dalam bentuk Q&A.

1) Bagaimana boleh terfikir untuk menamakan novel, Kardia?

Kardia bermaksud jantung dalam terma perubatan. Tajuk ini digunakan untuk satu kelainan.

Kardia juga sinonim dengan watak Mr. K yang menjadikan jantung setiap mangsa sebagai trofi.

2) Kalau bukan Kardia, apa tajuk lain yang akan dipilih?

Kalau bukan Kardia, mungkin Misteri Korban Jantung.

3) Bagaimana terinspirasinya idea #NovelKardia?

Mungkin kerana sis lebih suka tulis cerita yang psiko dan bunuh-bunuh. Tapi, cerita ini akan diselitkan sekali dengan unsur penyiasatan. Selain itu, ada elemen romantis yang tak keterlaluan, juga lucu di beberapa tempat.

4) Apa plan untuk #NovelKardia atau #MisteriKorbanJantung?

Novel ini sebenarnya telah tamat ditulis. Cumanya, sis akan publish sampai Bahagian IV sahaja dalam Wattpad.

Sekarang tengah edit untuk cantikkan ayat dan buang beberapa part yang tak perlu (walaupun rasa macam lebih kepada tambah je? Haha.) Lepas puas hati dengan keseluruhan novel, sis akan cari penerbit yang sudi menerbit novel ini. Doakan sis okey?

5) Adakah sis psiko seperti di dalam #NovelKardia atau #MisteriKorbanJantung?

Of course! TAK! Haha. Ini adalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kaitan dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Cerita dihasilkan hanya melalui imaginasi dan cebisan-cebisan momen yang telah di-twist dan diolah kembali untuk menjadi cerita yang baru.

Lagipun, bukan semua wataknya psikopat kan? Hehe.

💀💀💀 

Okey, setakat itu sahaja penjelasan sis mengenai #NovelKardia atau #MisteriKorbanJantung. Kalau ada soalan-soalan yang nak tanya, just comment je tau! Thank you sebab sudi baca uols. Harapan sis, ada bahagian yang pembaca boleh ambil sebagai pengajaran dan moral hidup. Jangan terkesan okey?

Jumpa lagi untuk Tinta Penulis yang akan datang.

Tata!


💀 TrofiWhere stories live. Discover now