➵II-9

728 58 1
                                    

Isaac sudah tiba di IPD Cheras. Dia menyelitkan hujung baju kemejanya yang terkeluar sedikit dengan memandang refleksinya pada cermin. Kemudian, dia bergegas ke bilik Alias dan mengetuk pintu biliknya. Pasti lelaki itu sudah lama menunggu kedatangannya.

Selepas tiga kali ketukan diberikan, satu suara memanggilnya masuk. Isaac memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik berkenaan. Wajahnya agak terkejut pabila melihat ada satu gerangan manusia yang lain menantinya sama. Lelaki itu sedang duduk dengan posisi badan yang tegak, menghadap Alias yang sedang tersenyum memandangnya di muka pintu.

"Hai, bos. Lambat sampai?" perli Alias sebaik sahaja Isaac menolak tutup pintu bilik itu.

"Dah nama pun bos, mestilah mandat aku lagi besar," ujar Isaac diiringi sengihan sumbingnya.

"Okey, maaf bos. Duduk la buat macam rumah sendiri."

"Hm, dekat rumah sendiri, bos biasanya baring. Tak biasa duduk-duduk ni. Sakit pinggang," seloroh Isaac.

"Kalau macam tu, silakan baring bos. Tapi, beralaskan lantailah ya. Pejabat kami agak sengkek untuk sediakan katil dan tilam." Balasan Alias kedengaran padu.

Isaac mengekek ketawa. Dia akhirnya menarik kerusi di sebelah kanan tetamu yang diundang Alias.

"Doktor Danial apa khabar?" tegur Isaac.

"Alhamdulillah sihat."

"Baiklah. Dua-dua dah sampai. Kita boleh teruskan agenda seterusnya."

"Apa dia?" soal Isaac dengan kerutan di dahi. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba dah sampai ke agenda seterusnya?

"Well, Isaac. Datin Maimun.... She's not going to tell us anything. So, aku mintak tolong Doktor Danial untuk cetuskan perbualan then tanya pasal pembunuhan Marshanda."

Kebisuan Datin Maimun menyukarkan siasatan kesnya. Wanita itu perlu membuka mulut supaya klu mengenai pembunuh sebenar Marshanda dan Adeeva dapat diperolehi.

"Oh. Okey, fair enough. Jadi Inspektor Alias, mohon tunjukkan jalan pada kami?"

"Ah, kau ni!"

Alias mendahului mereka menuju ke bilik soal siasat. Pintu bilik itu dibuka dan Danial dibiarkan bersama Datin Maimun seorang diri. Alias tidak mahu kehadirannya dan Isaac di dalam bilik itu akan menjejaskan sesi soal siasat mereka. Soalan-soalan yang ingin ditanya olehnya dan Isaac akan disoal melalui alat pendengaran yang sudah dilekatkan pada telinga Danial.

"Datin, apa khabar? Datin ingat saya lagi?" soal Danial pada wanita yang sedang menundukkan wajahnya.

"Doktor Dani?" Datin Maimun mengangkat wajahnya, memandang gerangan lelaki kacak yang berada di hadapannya.

"Ya, saya. Nampaknya datin masih ingat saya lagi."

Datin Maimun tersenyum menggoda. "Siapa yang boleh lupa doktor sekacak ini, Dani?"

Dahi Danial berkerut melihat perilaku wanita yang sedang tersenyum di hadapannya. Setahu dia, ketika kali terakhir dia bertemu Datin Maimun, wanita itu kelihatan waras dimatanya. Mustahil ubat Olanzapine yang diberikan pada wanita itu tidak mendatangkan kesan positif.

"Jadi, MO bagi pembunuhan Adeeva dan Marshanda adalah sama?" soal Isaac.

"Kita akan tahu selepas laporan bedah siasat diterima. Tapi, berdasarkan apa yang aku lihat dengan dua bijik mata aku sendiri, memang hampir sama. Dibelah hidup-hidup, rusuknya dikeluarkan, kemudian digantung."

💀 TrofiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang