➵I-8

978 70 0
                                    

8.30 pagi, 24 Mac 2017 – 2 jam sebelum Marshanda ditemui mati

Datin Maimun sedang menanti seseorang di hadapan rumah Marshanda. Dia sudah lengkap berpakaian kalis air dalam warna kegemarannya iaitu biru cair. Rambutnya disanggul sebelum kepalanya disarung dengan serkup kepala kalis air yang juga dalam warna yang sama. Hatinya girang mengenakan satu set pakaian mengikut citarasanya.

Baginya, biru adalah warna ketenangan abadi. Ketenangan yang membuai jiwanya ke tahap yang tidak boleh digambarkan oleh manusia lain sehingga sering berhalusinasi bahawa dia sedang berada di syurga. Bahkan baginya, setiap dosa yang diperolehi kerana kerja jahatnya akan dihapuskan sebaik sahaja tubuhnya disarungkan fabrik berwarna biru. Pada fikirannya, yang mampu memakai biru sahaja akan dihapuskan dosanya dan merasai syurga.

Seorang lelaki menghampirinya. Dia berpakaian kemeja putih bersama seluar hitam. Bersamanya sebuah beg bagasi hitam.

"Kenapa kau berpakaian putih? Tahukah kau Tuhan tak akan mengampunkan dosa kau jika kau tak berpakaian biru?"

"Aku tak percaya pada syurga. Jadi, aku tak perlu dosa-dosa aku diampunkan. Lagi pun, warna darah lebih menarik jika terpalit pada fabrik putih." Lelaki itu menyeringai ketawa. Sudah lama dia tidak bertemu darah. Tangannya sudah berdenyut-denyut mahu melakukan sesuatu.

"Aku hormati keputusan kau, Mr. K. Jadi, apa yang perlu aku lakukan?"

"Kau ikut saja aku. Nanti kau akan tahu sendiri apa yang kau perlu lakukan."

Wanita itu mengangguk. Dia membuka pintu kereta dan mengambil sesuatu dari tempat duduk belakang. Objek segi empat tepat itu dibawa keluar mendekati ke dada untuk dipeluk kemas.

"Kenapa kau bawak lukisan sebesar-besar alam ni?" soal lelaki itu. Dia rimas melihat objek yang berada dalam pelukan Datin Maimun.

"Aku perlukannya. Ini jiwa aku." Jika pesakit darah tinggi memerlukan Amlodipine untuk menurunkan tekanan darah, dia perlukan sebuah lukisan gadis ballerina bertutu biru sebagai ubat penenangnya.

Lelaki yang digelar Mr. K itu tersenyum sinis. Kening kanannya terangkat. Dia membiarkan wanita pelik itu membawa jiwanya.

"Kunci pendua?"

Datin Maimun menyerahkan kunci pendua pada Mr. K. Sebaik sahaja mereka memasuki rumah berkenaan, haruman pau yang masih panas singgah ke rongga hidung mereka. Mr. K memberi isyarat pada Datin Maimun supaya naik ke tingkat atas. Dia tahu Marshanda sedang berada di dapur – sedang menjamah pau kegemarannya. Datin Maimun bergegas menaiki tangga, menyembunyikan dirinya di tingkat atas.

Manakala, di tingkat bawah Mr. K meletakkan beg bagasi hitam di hadapan tangga. Dia meninjau keadaan sekeliling luar rumah sebelum merapatkan daun pintu.

"Sekarang baru mahu tiba?" Satu suara menegurnya dari belakang.

Marshanda sudah berada di ruang tamu. Hatinya tidak sabar mahu menyentuh gadis itu. Dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak berganjak dari hadapan pintu.

"Bukankah kamu ga suka warna putih?" soal Marshanda dalam pelat-pelat Indonesianya.

Bibirnya mengukirkan senyuman yang menyeramkan. Dia tahu gadis itu sukakan warna putih. Pintu itu diselak perlahan-lahan. Ianya dilakukan untuk menyukarkan Marshanda meloloskan diri dari permainannya.

Menurut pemerhatiannya, dalam keadaan cemas, mana-mana mangsanya tidak akan mampu untuk membuka pintu itu dan melarikan diri. Mekanisme lawan-dan-lari mereka seolah-olah tidak berfungsi. Mereka kalah dengan emosi mereka sendiri dan 'lumpuh' serta merta.

"Kenapa kamu kunci pintu? Bukankah kita mahu keluar sebentar lagi? Atau kamu mahukan sesuatu dahulu?" soal Marshanda lagi.

Dia masih lagi membisu. Membiarkan kegusaran terbit di hati gadis itu. Perlahan-lahan dia memusingkan dirinya mengikut arah lawan jam. Sengihannya semakin lebar.

"Kamu.... Kamu... Siapa?" Marshanda mulai cemas. Kakinya kaku, tiada tanda-tanda mahu melarikan diri.

Dia dan Marshanda sudah saling bertentangan mata. Jari telunjuknya dirapatkan ke bibir. "Shhhh. Jangan bising, sayang. Nanti orang dengar."

Ketakutan mulai terpancar dari anak mata Marshanda. Seluruh badannya menggigil. Pau yang berada di tangannya digenggam kuat sehingga mengeluarkan inti kacang yang masih lagi panas. Jarinya yang melecur seolah-olah tidak dirasainya.

"Kau tunggu Shafique? Dia lambat seperti biasa kan? Apa kata kita main satu permainan dulu sebelum dia tiba," cadang Mr. K. Perlahan-lahan kakinya mendekati Marshanda. Pandangan matanya yang tajam disorotkan ke seluruh badan gadis itu.

Marshanda mengenakan pakaian separuh telanjang. Baju tanpa lengan dipadankan dengan skirt pendek hanya menutupi bahagian sensitifnya sahaja. Selain daripada itu, setiap inci tubuhnya terdedah seperti mahu memberi modal pada lelaki-lelaki di luar sana untuk melepaskan benih-benih sperma di bilik mandi.

Lurah dan bentuk buah dadanya jelas kelihatan. Jika dia tunduk sahaja, sesiapa yang berada di hadapannya mampu mengintai dua bukit itu hingga ke dasar. Sesiapa yang berada di belakangnya pula mampu mengamati keindahan sepasang daging yang montok sehingga ke lurah V.

"Permainan apa? Adakah Shafique yang menghantar kamu ke mari?" soal Marshanda dalam ketakutan. Gelengan lelaki itu menandakan tekaannya salah. Jantungnya berdegup semakin kencang.

"Permainan kita mudah sahaja. Jawab soalan aku dengan jujur. Kalau jawapan pertama kau jujur, kau akan selamat. Jika tidak...." Mr. K menunjukkan gaya jari seperti sedang mengelar leher. Satu amaran yang cukup jelas untuk Marshanda.

Dia mendekatkan bibirnya pada leher gadis itu. Haruman melati yang digunakan sungguh mengasyikkan. Perlahan-lahan dia cuba untuk merangkul gadis itu.

"Ga usah sentuh aku!" Secara tiba-tiba Marshanda menolak lelaki itu sekuat hatinya sehingga terjelepuk ke atas lantai. Dia berlari menuju ke pintu rumah untuk meloloskan diri.

Belum sempat dia membuka selak di pintu rumah, lelaki itu terlebih dahulu memegang pergelangan kakinya dari belakang menyebabkan Marshanda gagal mengimbangi badannya. Badannya terbawa ke hadapan dek tindak balas inersia. Dahinya terhentak pada permukaan pintu kayu.

Dia cuba untuk tidak menghiraukan kesakitan yang dirasainya dan menarik langsir yang berada betul-betul di kiri pintu supaya tidak terseret ke lantai. Namun, perbuatannya hanyalah sia-sia. Dia tidak mampu melawan keperkasaan lelaki tersebut. Tubuhnya ditarik ke belakang, melanggar sofa rotan yang paling hampir dengan pintu gelongsor.

Dia mencapai apa sahaja yang berada di hadapannya termasuk meja bulat. Meja itu terhempas kuat. Kaca-kaca bertaburan di atas lantai.

"Kau nak lari ke mana, Marsha? Bukan ke lagi selamat kalau kau ikut saja pemintaan aku? Kenapa kau perlu menyusahkan diri kau?" Mr. K mendengus kasar. "Perempuan memang tak pernah nak mendengar kata!"    

☠️☠️☠️

Siapa pulak Mr. K ni?

☠️☠️☠️

Tambahan : Untuk bacaan psiko-romantis sila baca #LaraQistina yang juga ditulis oleh @aensaari.

Tambahan : Untuk bacaan psiko-romantis sila baca #LaraQistina yang juga ditulis oleh @aensaari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tata!

💀 TrofiWhere stories live. Discover now