➵II-6

830 59 2
                                    

Alias berpeluk tubuh, menggelengkan kepalanya, dan menapak masuk ke dalam bilik tersebut. Sarjan Halim yang sudah berada di situ kelihatannya sedang ligat mengambil gambar mangsa dari pelbagai sudut.

Mata Alias menyoroti seluruh ruang bilik. Katil bujang yang berada di kiri bilik, almari dua pintu sederhana besar yang berada bersebelahan dengannya tidak terusik. Cadar juga kelihatan masih kemas. Tiada pergelutan yang berlaku di bilik itu.

Sorotan matanya terhenti pada sudut kiri bilik. Ada seseorang yang tidak dikenalinya berada dalam ruang yang sama, berdekatan dengan Sarjan Halim, sedang memerhati mangsa yang tergantung

"Kau Inspektor Yasmin yang baru ditugaskan di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras?" Alias menegur wanita tersebut dari belakang.

Wanita itu menoleh dan memberikan senyuman mesra. Yasmin mempunyai sepasang mata yang galak, dilengkapi dengan bulu mata yang panjang dan melentik. Alis matanya yang sudah dirapikan kelihatan secocok dipadankan dengan mata itu. Alias yang terpukau dengan keindahan itu terdiam melihatnya. Dia benar-benar terkena panahan cinta pada kali ini.

"Ya, aku Inspektor Yasmin. Kau Inspektor Alias kan? Selamat berkenalan. Semoga kita boleh bekerjasama sebagai satu pasukan." Yasmin menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam. Tangan kirinya menyelit helaian rambut yang jatuh dari sanggulnya ke belakang telinga.

Berdebar jantung Alias melihat tangan yang mempunyai jemari yang runcing itu berada di hadapannya. Tanpa teragak-agak, dia menyambut huluran tangan itu dan menyalaminya. Kulit tangan Yasmin sungguh licin dan putih jika hendak dibandingkan dengan kulitnya yang tidak ubah seperti kulit biawak. Kasar dan kusam. Alias menarik kembali tangannya sebelum dituduh miang oleh wanita itu.

"Selamat berkenalan," balas Alias pendek. Lidahnya tiba-tiba sahaja menjadi kelu.

"Kes ini sama dengan kes Marshanda kan?"

"Kau tahu tentang kes Marshanda?"

"Well, I made some homework for the past few days."

"Oh, kau rupanya yang ada di ibu pejabat tempohari?"

"Yup. Baju kau okey?"

Alias masih teringat kira-kira 3 hari yang lepas ketika air kopi panas tertumpah pada baju dan lengannya. Dia dilanggar oleh seorang wanita berkaca mata bulat, sama seperti kaca mata yang pernah dilihatnya di dalam album Puan Sarah sewaktu zaman remajanya, ketika mahu bergegas ke lokasi jenayah langgar lari di Jalan Cheras. Kerana hendak cepat, kepanasan air kopi yang terkena pada lengannya tidak diendahkan.

"Air kopi panas terkena aku, yang kau tanya baju aku je?"

Yasmin hanya membiarkan jawapan itu tidak dibalas.

"Ehem." Zahrah berdehem. Menyiku lengan Alias.

Kening Alias terangkat, bertanya apa yang wanita itu mahukan.

"Dah jatuh cinta pandang pertama ke?" soal Zahrah perlahan sebelum tergelak kecil.

"Hish, pergi buat kerja kau la! Aku nak pergi soal sesuatu pada rakan mangsa," tegah Alias sebelum berlalu pergi.

Alias mendekati seorang perempuan yang sedang bertinggung di luar rumah dengan linangan air mata. Matanya kelihatan merah dan bengkak. Dalam genggaman tangannya, terdapat sehelai tisu yang sudah bergumpal seperti bola.

"Hai. Awak rakan Adeeva?" sapa Alias lembut.

Perempuan itu mendongak, memandangnya dengan wajah yang sayu. Air matanya diseka menggunakan bebola tisu itu. Kemudian, dia memasukkan bebola tisu ke dalam tas tangan, menarik keluar helaian tisu yang baru dan berdiri.

💀 TrofiWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu