➵II-4

844 62 2
                                    


Seorang wanita sedang menangis di atas sebuah papan yang sudah diubah suai. Dia diikat dan dibiarkan di situ ditemani kegelapan dan kedinginan yang tiada tolok bandingannya. Tiada satu lubang cahaya pun yang ada di dalam ruang itu sehingga dia sendiri tidak tahu sama ada matanya masih lagi berfungsi ataupun tidak. Dia sepertinya sudah buta.

Badannya menggigil separa beku, bibirnya terketap-ketap. Dia tidak tahu berapa lama lagi dia mampu bertahan. Dia mungkin akan mati dalam keadaan hipotermia.

"Bagaimana?" soal satu suara yang pernah didengarinya. Suara yang menjadikan dia seperti ini.

"Kau selesa dengan kedinginan ini?" Soal suara itu lagi, semakin jelas di telinganya.

"Kau tahu apa itu hipotermia?"

Dia tidak mampu menjawab soalan itu. Bibirnya sudah kebas. Lidahnya pula seakan-akan lumpuh.

"Hipotermia maknanya suhu badan manusia kurang dari 35 darjah selsius. Seperti yang kau alami sekarang. Kau tahu apa yang akan jadi bila suhu badan kau kurang dari 35 darjah selsius?"

Wanita itu cuba menggerakkan badannya, namun dia tidak mampu. Ikatan pada badannya terlalu kuat. Dalam keadaan sejuk sebegitu, dia tidak mampu untuk meronta, apatah lagi menjerit.

"Mula-mula badan kau akan menggigil, cuba untuk menaikkan suhu badan kau. Kemudian, bila suhu badan sudah mencecah 32 darjah selsius, kau akan berasa pening. Kau akan mula berhenti menggigil menandakan badan kau sudah tidak mampu untuk mengawal selia suhu badan. Lama kelamaan, suhu badan kau semakin menurun, denyutan jantung jadi perlahan, nafas kau jadi semakin sesak. Dan akhirnya.... Kau akan mati!"

Suara itu ketawa besar dalam keadaan yang menakutkan. Tiba-tiba tawanya terhenti.

"Tapi.... Kau jangan risau... Aku tak kan biarkan kau mati seperti itu. Kau akan mati sambil berjuang. Berjuang untuk degupan jantung kau! Ha ha ha!"

Lampu dinyalakan, menerangi keseluruhan ruang itu. Mr. K meneliti keadaan mangsanya yang terbaring dalam keadaan tidak berdaya. Kepala, pinggang, kaki, dan tangan sudah dikekang. Di bahagian permukaan hadapan siku terdapat jarum yang sudah bersambung pada wayar. Wayar tersebut pula disambung pada beg air yang kebiasaannya dilihat di hospital dan diletakkan di dalam bahagian bawah peti ais bersuhu negatif. Pintu peti ais dibuka supaya beg air tidak membeku.

Sudah tiga kali beg air ditukar ganti. Proses itu dilakukannya untuk mendorong keadaan hipotermia pada mangsa. Menyiksa mangsa menggunakan sistem pengawalan suhu badannya sendiri.

Lelaki itu mendekati mangsanya, mendekatkan bibirnya pada telinga mangsa dan berbisik dalam nada yang menyeramkan. "Ini merupakan beg yang terakhir. Selepas ini, kau akan melalui proses seterusnya."

💔💔💔

Usai sahaja bertemu dengan Zulkafli, Isaac kembali mendapatkan keretanya yang diparkir di kawasan yang berhampiran. Hidungnya terhidu bau minyak petrol yang memenuhi kawasan itu sebaik sahaja dia mendekati keretanya. Tidak mahu menghiraukan bau berkenaan, dia segera membuka pintu kereta, memasukkan kunci kereta ke dalam lubang kunci, dan memusingkan kunci tersebut. Malangnya, hanya bunyi kereta yang semput sahaja kedengaran. Keretanya tidak boleh dihidupkan.

Dia keluar dari kereta dan mengintai ruang di antara keretanya dan tar. Ada cecair sedang menitik keluar dari tangki minyak dan membentuk kolam di bawah kereta sewa itu. Dia menyentuh cecair itu menggunakan jari, merasai kepekatannya, dan menghidunya.

"Tak guna!" marah Isaac pabila menyedari perkara yang sedang berlaku.

Bagaimana tangki minyak kereta itu boleh bocor? Dia sudah memeriksa keadaan kereta itu sebelum memandunya sebentar tadi. Tiada kebocoran yang berlaku. Mustahil ianya bocor dengan sendiri. Dia mengimbas kembali waktu 40 minit yang lalu, di mana dia baru sahaja tiba di Penjara Marang. Seingat dia, dia tidak diekori oleh sesiapa.

"Apa aku nak beritahu Razif nanti?" soalnya pada diri sendiri. Dia mundar mandir di kawasan itu selama beberapa minit, mencari jalan bagaimana untuk dia pulang ke rumah sewanya. Langit sudah semakin gelap ditutupi awan hitam. Tidak lama lagi, hujan akan turun membasahi bumi. Dia tidak mahu kelihatan seperti orang bodoh yang keretanya kehabisan minyak dan dibasahi hujan.

Mahu tidak mahu, telefon pintarnya dikeluarkan dari kocek seluar. Nama Razif dicari.

"Bro, aku ada masalah," ujarnya tanpa mengucapkan salam.

"Tangki minyak kereta sewa bocor. Minyak kering kontang."

Kepala Isaac terangguk-angguk mendengar balasan temannya.

"Baiklah. Aku tunggu sini. Terima kasih, bro."

Talian itu dimatikan. Selang 10 minit, Razif tiba bersama keretanya di kawasan yang sama. Tangannya diangkat menyapa Isaac yang sedang bermuram durja.

"Eh, cepatnya kau sampai?" soal Isaac sebaik sahaja Razif keluar dari keretanya.

"Kebetulan aku jumpa kawan aku dekat-dekat sini lepas hantar kau ke rumah sewa tadi. Jom, naik dengan aku," pelawa Razif. Pintu kereta bahagian penumpang dibuka.

"Kereta ni?" soal Isaac. Dia masih lagi kesal melihat keadaan kereta itu.

"Tak apa. Ini kereta ayah aku. Pandai-pandailah aku terangkan padanya nanti. Kau naik dengan aku. Aku hantar kau pergi rumah sewa."

Isaac akur dengan cadangan Razif. Dia tidak mempunyai pilihan lain selain daripada itu. Guruh berdentum di langit. Kilat mulai sabung menyabung, menakutkan sesiapa sahaja yang melihat cahaya itu. Awan komulonimbus yang melitupi kawasan itu tadi menggugurkan air yang ditakungnya. Bumi Marang mulai basah dan dingin.

"Nasib baik kau ada, Razif. Kalau tak, dah basah kuyup aku dekat sana," ujar Isaac, bersyukur akan kewujudan seorang sahabat seperti lelaki itu. Perasaan serba salah menyelubungi dirinya. Dia sudah banyak menyusahkan sahabatnya. Sejak berada di universiti lagi Razif sering membantunya menyelesaikan masalah yang hadir tidak diduga.

"Kita kan kawan."

💔💔💔

Isaac duduk di sofa ruang tamu rumah sewanya bersama secawan kopi panas di tangan. Manusia-manusia di dalam drama televisyen yang sedang rancak bertelingkah dibiarkan tidak dilihat. Dia mencicip kopi panas itu dengan berhati-hati sehingga habis. Cawan kaca putih itu diletakkan ke atas meja kopi kayu.

Otaknya ligat memikirkan peristiwa pada hari sebelumnya. Kegusaran mulai terbit di dalam hatinya. Ada yang sedang cuba memberikan amaran, seolah-olah tidak mahu dia menggali dengan lebih dalam mengenai kejadian yang berlaku di Kampung Tok Ku.

Perlukah dia meneruskan pencarian jawapan kepada persoalan-persoalannya atau dia harus memilih untuk berhenti dan meneruskan hidup seperti biasa?

☠️☠️☠️

Siapa yang ekori Isaac?

☠️☠️☠️

Tambahan : Untuk bacaan psiko-romantis sila baca #LaraQistina yang juga ditulis oleh @aensaari.

Tambahan : Untuk bacaan psiko-romantis sila baca #LaraQistina yang juga ditulis oleh @aensaari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tata!

💀 TrofiWhere stories live. Discover now