➵II-1

1K 69 1
                                    


"I want you to keep an eye on Isaac," ujar Shark pada seseorang yang berdiri di hadapannya.

"Bukan ke selama ni memang itu yang aku buat?" soalnya yang pelik dengan arahan lelaki itu.

Shark menggelengkan kepalanya. "This time is different."

"Kenapa lain pulak?"

"Follow him and you will know why."

Dia akhirnya akur. "Okey. Aku ikut apa saja yang kau nak."

💔💔💔

Kapal terbang yang dinaiki Isaac sudah mendarat di tanah Terengganu. Hatinya melonjak-lonjak teruja. Dia menjengah kawasan sekeliling lapangan terbang melalui cermin tingkap lut sinar. Rindu pada tanah yang mengajar dia erti keadilan akhirnya terubat jua.

Bagasi tangan yang diletakkan betul-betul di atas ruang atas tempat duduknya diambil. Dia tidak memerlukan bagasi melebihi 7kg untuk kunjungan selama dua hari. Lagipun, dia merupakan lelaki kategori tipikal. Klise dengan sifat tidak komplikatednya. Yang menjadi pantangnya hanya jika bajunya berkedut dan tidak disusun dengan rapi.

Isaac menuruni anak tangga dengan telefon bimbit di tangan. Peranti yang dimatikan sepanjang perjalanan dihidupkan kembali. Dia perlu menghubungi Razif.

"Hati-hati turun tangga, bro. Kalau jatuh, bangun sendiri," tegur satu suara di belakangnya.

Dia memalingkan wajahnya sebaik sahaja selesai menuruni tangga. Seorang lelaki berkaca mata hitam dan berkemeja putih sedang tersenyum ke arahnya. Bibirnya secara automatik membalas senyuman itu.

"Terima kasih di atas nasihat, bro. Aku jalan dulu," balas Isaac. Telefon pintarnya dimasukkan ke dalam kocek.

Kawasan sekelilingnya diperhatikan. Tidak ada banyak yang berubah melainkan terdapat seorang wanita yang memakai jaket keselamatan sedang meniup wiselnya sambil menegah perbuatan penumpang mengambil gambar di situ.

"Sorry, Sir. No photo!" jeritnya supaya didengari seorang penumpang bermata sepet yang sedang asyik bergambar.

Tidak mahu berlama-lama di situ, dia bergegas menuju ke balai ketibaan.

💔💔💔

"Isaac!" Razif menyambut kedatangannya dengan senyuman yang lebar. Dia masih sama seperti dulu. Jam tangan kecergasannya tidak pernah ditinggalkan. Bezanya, kali ini jam tangan yang menghiasi pergelangan tangan kirinya sudah bertukar jenama.

"Yo, bro!" Isaac mendakap sahabatnya itu, menepuk belakang badannya. "Makin sasa kau sekarang?"

"Biasalah, bro. Kalau tak sasa, awek susah nak mari," seloroh Razif.

Ada benarnya juga kata-kata lelaki itu. Zaman sekarang, fizikal dan harta dijadikan syarat utama kalau mahu bercinta. Tetapi jika badan sasa, kocek kosong pun tak bawa apa-apa makna juga.

"Kau dengan Del macam mana?" soal Isaac tiba-tiba.

Razif tersenyum nipis. "Del? Aku dengan dia macam tu la. Skalanya mendatar tak ada kemajuan. Lagi-lagi dengan perangai dia yang suka berpindah randah. Kau tahu kan yang dia ada kat KL?"

Bahu Razif ditepuk perlahan. "Sabar la, bro. Aku tahu dia ada kat KL. Aku terserempak dengan Del semalam."

"Cinta tak semestinya berbalas," gumam Razif.

💀 TrofiWhere stories live. Discover now