Day 2 : Selagi belum Haji, aku tak nak berenti

596 7 7
                                    

Mentari hari kedua.

Tak seindah semalam tapi ada auranya yang damai, sebelum ia dihancurkan oleh manusia yang tak sedar diri.

Mungkin aku perlu berhenti mengomel pasal orang lain.

Hari kedua bermula garang. 

Ye, garang.

WFH aku tak pernah macam ni tapi bila aku settle kan semua kerja sebelum tengahari. Rasa macam satu achievement. Nak celebrate cari cendol, warung tepi jalan gerenti tak bukak. Lagipun aku ambil langkah untuk berpuasa sahaja. 

Terperap sahaja di rumah adalah tabiat yang tidak sihat buat perut dan pinggang anda. Lagi-lagi kalau jarak bilik dan dapur, bergolek pun sampai.

Jadi aku tidur sahaja dalam sejam lebih kurang. Walau bersahur nasi sejuk, baki ikan goreng tinggal separuh dan kuah sayur rebus, tapi aku tewas letih. Sebab aku kurang minum air. Naik tengahari je kepala berat.

Lepas tidur, boleh la sikit-sikit sambung bekerja menolong sahabat-sahabat yang lain di telegram yang memerlukan bantuan.

Aku baik hati tolong mereka?

Perlu.

Sebab company tinggal kurang 6 minggu untuk menentukan samada ia lingkup atau tak.

Masa CEO announce tempoh hari (sehari sebelum RMO) , dah macam doktor bagi news yang kau ada 6 minggu untuk hidup.

Dan secara peribadi, macam ironik pula.

Genap setahun lalu, lebih kurang tarikh begini la yang aku decide untuk keluar dari bank.

Oleh sebab kepala aku pening-pening lalat, aku tidak OT seperti biasa.

Aku main game instead.

Pun kalah.

Aku pun mula gesek handphone membaca riuh-riuh manusia pelbagai gelagat ketika RMO (Restricted Movement Order).

Ada yang buat notis tak bagi kucing keluar.
Ada yang sanggup borong ayam bbq pakcik tepi jalan.
Ada juga gelagat polis terpaksa tunggu seorang atuk untuk habis dam ajinya.

Malaysia COVID-19 as of 1945 19 March 2020
Cases : 900 (+110)
Death : 2


Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now