Day 9 : Mereka masih berjoging sedangkan doktor dah penat sampai tertungging

120 7 24
                                    

Tak pasti sama ada mahu bertepuk tangan atau tidak.

Tapi bila Gomen umumkan yang jemaah menteri kena potong gaji dua bulan, itu adalah tindakan wajar dikala rakyat (terutamanya bawah B40) sedang kesempitan. 

Saya percaya, ramai diluar sana yang mendapat gaji harian. Tak kisahlah dari upah atau hasil berniaga. Dalam situasi PKP ini sudah pasti terputus mata pencarian mereka. 

Nak adopt jual secara online juga sudah terlambat. Kau ingat senang ke makcik kampung nak adopt jual pisang guna shoppee? Adakalanya nak pakai whatsapp pun ada yang tak pernah. 

Kenapa? Tak percaya?

Lain pula gelagat mereka dia Mount Kiara. Di socmed jelas kelihatan ramai yang keluar berjoging. Pihak Polis pula masih belum bertindak atas kesalahan melanggar PKP. Apakah ini jelas faktor cash-is-king? Bila ada duit, undang-undang pun tak dapat sentuh anda?

Nampaknya Tuhan sememangnya Maha Bijaksana. Dia hantar virus kecil yang hidup sendiri pun tak mampu untuk tunjuk kat kita semua betapa :

- Egonya dan selfishnya kita sebenarnya, beli barang kita tak tinggal orang. Ada arahan tak dengar cakap. Sudah terkena jangkitan, kita menipu travel history...
- Rendahnya duit itu disisi Tuhan. Ada duit banyak juga tak guna bila semuanya tersekat tidak boleh dibelanjakan.
- Sombongnya dan perosaknya manusia di bumi. Bila ramai duduk di rumah, udara semakin nyaman. Burung dan haiwan mula memenuhi ruang kosong ditinggal manusia.

Hari ni adalah jumlah kes paling tinggi yang direkodkan KKM.

Ada orang kata itu normal apabila penambahan orang yang datang buat ujian Covid-19.

Ada sahabat mengatakan mengapa ujian di Malaysia ni mengambil masa? Ada yang menjawab, sebab Gomen mahukan ujian yang berkeputusan tepat.

Ujian-ujian di Italy dan Korea, katanya, mereka menggunakan ujian yang jolok cotton butt dalam hidung tu. Itu dikatakan memerlukan 5 jam sahaja untuk dapatkan keputusan. 

Apa awal dulu, kita sedar yang angka kes di Korea meningkat mendadak. Ini disebabkan yang mereka mengejar angka pada awalnya. Mereka tidak kisah jumlah kes meningkat mendadak, supaya mereka yang terkena jangkitan terus dikuarantin dan mendapat rawatan.

Kerana mereka tahu, yang terkena jangkitan tidak akan menunjukkan simptom. 

Cara kita yang menggunakan ujian darah pula memerlukan simptom untuk memastikan ujian yang dijalankan itu tepat atau tidak.

Sebab tu la di hosptal, yang mempunyai simptom penuh sahaja yang dibenarkan menjalani ujain (plus ada contact terus atau travel history dari mana-mana negara kritikal)

Jika tidak ada, pihak hospital akan suruh balik dan self-quarantine di rumah sehingga semua simptom penuh berlaku.

In a way , mungkin Gomen faham psikologi masyarakat Malaysia. Bila tengok angka case meningkat banyak tiba-tiba boleh jadi rakyat panik menggelebah tak tentu hala. Maklumlah, bila ada kejadian macam ni, banyak malaon fakenews pergi sebar macam-macam.

Begini la Malaysia. Sebuah masyarakat serba manja dan tak tentu hala. Dah manja, degil nauzubillah.

Elok sangat dengan video abang pulis sound babi-babi di tepi jalan itu... (hahahaha)

Malaysian Covid-19 as of 1700 26 Mac 2020
Case = 2031 (+235)
Death = 23 (+4)



Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now