Day 4 - Degil macam badwi

322 9 7
                                    

I missed day 3.

Betapa busy nya aku semalam sampai aku miss untuk catat Hari ke-3.

Apa yang berlaku hari ke-3?

Ringkasnya, rakyat Malaysia rata-rata merasakan diri diorang kebal. Aku memang tabik pakcik utagha yang viral tayang dia dan orang kampung dia kenduri makan kepala kambing.

Aku sampai tahap kasihan dengan tahap kebodo- bukan, kebebalan mereka ini. Bodoh dan mengaku bodoh okay lagi. Tapi yang jenis degil, keras kepala, dan tak boleh bawa bincang.

Mengingatkan aku dengan kedegilan Orang Arab Badwi. Degil dan teguh pendiriannya mereka itu sehingga ada ulama berpesan, pegang la iman dan takwa kamu seperti orang badwi.

Tapi malangnya mereka bodoh.

Pernah dengar kisah Orang Badwi yang tiba-tiba bangun dan kencing on the spot dalam masjid Madhinah?

Masa tu para sahabat punya la marah sampai Umar R.A pun dah nak hunus pedang dah.

Tapi Rasullullah saw tahu tahap 'kebodohan' orang badwi ni sehingga cakap stop dengan para sahabat dan beri peluang sehingga orang badwi tu selesai kencing. Dah settle, para sahabat pi ambil air bersihkan spot tu dan Rasullullah sendiri pi nasihat elok-elok.

Ni ah yang dikatakan dengan hikmah.

Tapi malangnya, masyarakat salah guna hikmah abang polis, PM dan juga para doktor. Boleh pula ada yang lepak chill bila abang polis bagi amaran guna hailer.

Jenis tak makan saman

Dan mulai tengah malam nanti (Dari tarikh ke-4), angkatan tentera akan bantu abang pulis untuk memastikan RMO ini dipatuhi oleh rakyat jelata.

Aku dengar diorang bawa rotan.

(Selingan : korang boleh bayang tak yang diorang ni pengundi negara? Suapkan sahaja apa yang mereka nak, gerenti dapat sokongan. They can't reason properly. Nak fikir ahead dua minggu pun aku rasa tak boleh)

Oh ye, semalam. For the first time, new cases yang direkod, lebih dari separuh adalah bukan dari kluster tabligh.

Ya, mereka kuat diserang sejak mereka mengadakan ijtima' di Masjid Sri Petaling.

Semakin ramai yang anti mereka. Aku rasa kesian dengan mereka. Bukan apa, aku ada bersahabat dengan beberapa orang rakan yang tabligh dan juga bekas tabligh.

Aku personally tidak join mereka sebab kurang setuju sedikit dengan pembawakan mereka mengenai imej islam itu. Tapi kalau bab ruhi, mereka nombor 1.

Day 5, aku akan kongsikan mentaliti seorang tabligh.

Malaysia Covid19 update as of 2200 21 March 2020
Cases = 1183 (+153)
Death = 8 (+4)

Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now