Day 8 : 14 jadi 28

102 8 7
                                    

Gempar.

Tengahari PM terus umum yang PKP dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Menganga semua orang.

Berita baik dari BNM awal pagi tadi pun tenggelam. Baru je nak bersorak yang mulai 1 April, Moratorium diberikan secara gratis untuk semua pinjaman kecuali credit card.

Maka.. Bye Bye Kinabalu.. Sepatutnya aku menawanmu (buat kali kedua) bulan depan..

Selepas pengumuman tersebut, aku call la bank memandangkan aku masih ada hutang rumah. Dia kata depend pada setiap bank TnC nya. Untuk CIMB bank diorang masih belum keluarkan lagi. Tapi boleh je nak apply dulu guna form lama.

Hutang kereta aku mana?

Jujurnya aku baru jual kereta bulan February yang lalu?

Kenapa? Sebab gaji aku tak sebanyak ketika aku ambil hutang kereta dulu. Berapa lama aku hold kereta tu? Genap dua tahun. Kira aku beruntung juga aku lepas kereta tu awal. Kalau tak kena tanggung roadtax dan servis yang jatuh pada bulan yang sama yang aku jual kereta tu.

Masa aku jual, brader tu tanya kenapa jual sebab nampak kereta solid-molid bau kedai, kerusi belakang dalam plastik semua.

Niat, aku nak urus hutang aku. Kalau gaji dah tak besar buat apa nak tanggung hutang bebanyak betul tak? Kenapa boleh tetiba gaji kecil? 

Sebab aku tukar kerja.

Cukup sesi flash back. Realiti adalah kini dan sekarang.

Bila masa PM bagi pengumuman macam ni, company yang aku kerja ada 80% untuk lingkup sekarang. WFH tidak mempunyai keberkesanan penuh. Kalau di Office memang la boleh duduk 4 jam none stop.

Kat rumah? 

Kejap-kejap melawat peti ais.
Kejap-kejap ada orang lawat bilik.
Kejap-kejap lapar.
Kejap-kejap kopi habis.
Kejap-kejap eh tengahari nak masak apa.

Tapi compare dengan mereka yang bekerja frontline menghadap perang covid-19 ni, mereka lagi penat dan seksa.

Jadi balas pengorbanan tuan doktor, cik jururawat, bro food rider , abang pulis, Tok PM dan menteri dan juga mereka yang bekerja di belakang tabir, dengan #stayathome.

Ini kira bersenang-lenang la juga duduk rumah selesa.

Berbeza zaman aku kat laut 28 hari, keliling laut, internet pun speed siput sedut.

Oh ye, memandangkan jadi 28 hari, perlu ke aku tukar tajuk?

Jujurnya aku tak nak. Biarlah ia kekal 14.

Dah lebih 14 tu nanti pepandai la aku buat macam mana.

Wei, aku ni tak kisah kalau duduk rumah berbulan-bulan, tapi jangan rampas kegembiraan aku menawan puncak gunung wei~~~

Malaysia Covid-19 as of 2254 25 March 2020
Cases = 1796 (+172)
Death = 19 (+3)

Liku-Liku PKPWo Geschichten leben. Entdecke jetzt