Day 17 : Tiada Tajuk

56 3 10
                                    

Jumaat Ketiga semenjak PKP.

Paling last aku rasa begini adalah semasa aku bekerja di laut dulu. Alhamdulillah, paling last sesi di laut dulu, merasa jugak aku solat jumaat di tengah laut.

Tengah hari tadi, entah mengapa badan aku panas dan baran. Tak tahan aku start kereta dan terus keluar.

Cari nasi putih kuah campur dan ayam goreng di kedai mamak.

Jadi harini , over kalori dan over eating la pula! Haha.. tak apa, hari Jumaat. Cheat Day boleh?

Berdasarkan berita hari ni, sekali lagi kita mencatat kes baru yang lebih 200 kes. Aku tak terkejut. Kenapa?

Sebab Kerajaan sedang giat melakukan saringan dengan adanya rapid test kit. So kat sini bukan masalah orang tak ikut perintah PKP. Ia adalah angka organik.

Pecutan angka-angka ini sejajar dengan pergerakan panik masyarakat pada malam sebelum PKP dan mass panic buying pada hari pertama PKP. Perlu diingatkan juga PKP diisytiharkan pada pertengahan cuti sekolah.

Maka, sudah ada keluarga yang keluar negara pada minggu tersebut dan baru pulang beberapa hari kemudian.

Jadi dengan penjarakkan sosial, tabiat basuh tangan dan self quarantine, sedikit sebanyak membantu untuk menghalang covid 19 dari merebak sewenang-wenangnya. Tahniah dan terima kasih. Tepuk bahu anda sekarang.

Jadi selepas PKP apa akan jadi?

Boleh jadi banyak perkara masih terhalang. Dengar cerita mass gathering tidak boleh dilakukan.  Kalau ada bazar ramadhan pun, akan ada SOP tersendiri. bagi aku tak perlu lah ada bazar. Makan banyak malam tu dan duduk rumah ni tak bersenam la wei.

Boleh jadi PKP ini akan dipanjangkan lagi sehingga hujung April. Sampai raya pun ada. Cuma kesian anak-anak rasa terkurung la pula kan? Orang introvert macam aku ni tadehal sangat. I'm made for this. hehehe...

So today, over nasi mamak, over chocolate dan over eating.

Esok kena makan sekali je kot untuk compensate cara pemakanan seperti badak yang kelaparan. ahhaha..

Oh ya. Aku dah seminggu tidak edit novel aku. Mungkin benar kata orang, bila kita tak set dateline or never respect a dateline, kita takkan buat sehabis baik kerja tu.

I guess aku seorang yang susah nak fokus sesuatu kerja sehingga habis. Maybe I should. Dan aku kena berlatih untuk buat dalam sebulan di rumah.

Wish me the best.

Malaysian Covid-19as of 2358 3 April 2020
Cases : 3333 (+217)
Death : 53 (+3)


Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now