Day 42 - Fasa 4 bermula... semalam

59 3 7
                                    

Hari ini hari terakhir April dan tak sepatutnya aku terlepas untuk menulis pada hari ini.

Apa pun tahniah kepada kita semua kerana berjaya sempurnakan 3 fasa PKP dan juga habiskan sebulan tanpa keluar rumah berjalan-jalan semasa weekend.

Perasan tak yang duit anda bagaikan tidak berusik?

Melainkan jika anda habiskan duit beli barang-barang dapur untuk eksperimen masak atau pun semata-mata untuk post di Hari Ini Masak Apa Tak Jadi Official.

Ya, tak kering gusi melihat gambar-gambar masak tak jadi di sana. Cumanya, kadang-kala ada yang mengatakan kesilapan itu disengajakan. Kalau macam tu lah kiranya... alang Syaitan juga tergolong dikalangan orang-orang yang jobless selepas bulan Ramadan.

Fasa ke 4 diberi tempoh sehingga 12 May. Jika dipanjangkan lagi selama 2 minggu, ia akan jatuh pada 26 May, beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfiri. Jadi kemungkinan besar yang memang kita sambut Raya dengan takbir kemenangan (di rumah)

Sesi kunjung mengunjung juga mungkin tidak akan berlaku. Jika ada pun, ianya berlaku dalam kelompok keluarga sahaja. Jadi ada chance la nak buat makan-makan juga. Cuma lewat beberapa hari, rendang ayam dan kuah lodeh boleh masak lambat dan tak basi.

Ini apa yang kita harapkan. Keraian ini sebenarnya boleh melonjakkan pergerakan ekonomi. Banyak perniagaan seperti hotel dan travel agensi terpaksa gulung tikar. Baru-baru ini sebuah hotel yang terkenal di Melaka terpaksa tutup walau sudah bertapak lama. Syarikat majalah juga terpaksa tutup (Blue Inc) yang handle majalah Cleo dsb di Malaysia.

Ramai yang mula jobless. Rintik-rintik hujan dan mendung petang di Kuala Lumpur benar-benar menggambarkan suasana suram yang bakal kita tempoh. Nak berniaga sendiri pula tidak ramai yang empunya modal untuk berbuat demikian. Yang ada cuma baki gaji yang ada untuk beli barang dapur.

Namun bagi yang berani mengambil risiko, inilah masanya untuk membuka ruang dan jalan baru untuk berniaga secara online. Dengan kemudahan media sosial, kita sebenarnya tak perlu risau pasal orang tak beli barang kita. Tinggal nak setup kedai je sebenarnya.

Shopee tengah hot sebab nak setup kat sana sangat mudah berbanding Lazada. Tinggal nak deliver je. Itu pun syarikat penghantaran tak cukup tangan nak handle servis yang meningkat banyak.

Begitu juga di area Pasar Selayang. Dengar kata ada yang membuka peluang untuk bekerja di sana dengan bayaran upah RM80 sehari. 

Nah.. Sebenarnya rezeki tetap ada, tapi Allah susun ianya perlu dicari dan bukannya datang dari langit. Jika ia turun dari langit pun, ingatlah bahawa itu adalah kurnia yang tidak boleh kita dustakan lagi.  (Serius kadang-kala aku malu dengan diri sendiri bila fikir pasal hal ini)

Covid-19 tinggal sedikit sahaja lagi untuk kita menang. Kemudian, bergantung kepada penyusunan ekonomi, keyakinan kerajaan pada rakyatnya sendiri dan juga ketabahan individu untuk strive cari makan, aku yakin gear-gear ekonomi negara masih boleh bergerak. 

Biar kecil asalkan ianya kedepan. It will get us to somewhere one day.

Believe me.


Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now