Day 44 - Apa yang dialami sekarang tidak jauh beza ketika 1510

83 5 10
                                    

Gempar

Sesudah D, kini negara akan ada PKP+B pada 4 May nanti.

B itu dikatakan 'Bersyarat' tapi yang difahami rakyat adalah 'Bebas'

Baru diumumkan pagi semalam menerusi perutusan khas PM sempena 1 May, malam tu ada orang pasang mercun dah.

Hahahaha..

Semalam aku perati je gelagat orang. Ada yang kata terlalu awal. Ada yang bergurau akan wujudnya kluster Jakel. Tidak kurang juga yang marah-marah sebab pada malam sebelumnya BNM dikatakan buat U-turn cecah lutut.

Walau apa jua reaksi orang ramai, mulai Isnin ini, gear-gear ekonomi mula bergerak semula. Seperti yang saya tulis sebelum ini, gear-gear ini memang perlu bergerak tidak kisah la sekecil mana.

Namun gear yang besar yang lebih bawa untung (atau lebih tepat tidak mahu rugi). Kau bayangkan jika pembelian / penghasilan stok raya macam kain ela, barang industri, bahan makanan sebenarnya telah ditempah paling kurang awal tahun ini? 

Jadi kalau tidak bergerak, merekalah yang akan rugi besar. Pemain-main besar ini juga banyak menggunakan dana pinjaman bank. Jika pemain minta tangguh, bank nak hidup pakai apa? Bulu ketiak pekerja?

Maka jelas lah bahawa negara kita ini dipegang oleh taikun-taikun bisnes dan naik turunnya keadaan negara bergantung pada jari-jari mereka yang mengawal boneka-boneka di bawah, tak kisah la sama ada mereka golongan Bersih mahupun Penyamun.

Sepanjang PKP, aku banyak membaca mengenai Kesultanan Melayu Melaka. Aku banyak membaca bacaan luar setelah aku rasakan bahan yang ditulis secara lokal... tidak begitu menyeluruh. Bacaan luar yang aku maksudkan adalah, sumber-sumber terus  seperti catatan Portugis yang dipetik buku tempatan.

Aku lihat tidak jauh bezanya situasi Kesultanan Melaka dengan negara sekarang. Kedua-duanya dipegang oleh taikun bisnes.

Ya,  Melaka sebagai pusat perdagangan terbesar, para pedaganglah merupakan gear utama ekonomi mereka. Sudah tentu taikun-taikun besar merupakan gear utama Melaka ketika itu.

1510, tiba Sequira dan Aroujo dengan kapal-kapal lain dengan misi untuk 'meletakkan batu tanda siapa sampai dulu' di kawasan Asia Timur. Ya, jika Portugis lambat sampai, mungkin yang sampai adalah Spain.

Sebagai pedagang baru, mereka perlu mendapatkan kebenaran berdagang daripada Sultan, sebagaimana pedagang-pedagang lain. Tapi dalam tempoh menunggu, pedagang-pedagang yang sedia akan sudah berkerumun naik ke kapal Portugis cuba untuk seal-lips-deals supaya mereka menjadi orang pertama untuk berurusan.

Ini berlaku semasa kapal-kapal Portugis masih di pantai ye? Sebab belum dapat kebenaran Sultan kan?

Bila tiba hari untuk tandatangan persetujuan dan permintaan (seperti mendapat hentian kecil tapi kekal untuk labuhan dan penyimpanan stok), Sequeira dikatakan naik Gajah yang pernah digunakan oleh Sultan sendiri untuk ke Istana.

Portugis masa tu (juga Sultan dan Bendahara) rasakan all is well. New trade means new prosperity. Tapi Taikun-taikun dagang tak puas hati with this new kid from the block dengan kapal lagi cantik, baju nampak lebih bergaya dan semestinya direct access with European Products. 

Diorang hasut Sultan untuk jangan terus berurusan dengan Portugis. Sultan buat bodoh (atau memang bodoh) atas desakan tu sehinggalah Taikun-taikun ini menggunakan kad agama untuk hasut.

Memandangkan perjanjian sudah dimeterai, takkanlah Sultan nak revoke dan arahkan armada sultan untuk kepong terus Orang Portugis? Jatuh la air muka Sultan dengan para pedagang yang lain. Kan pelbagai bangsa kat Melaka masa tu?

Nak tak nak, Sultan terpaksa menggunakan Cloak & Dagger scheme untuk membunuh Sequeira. Tapi gagal. Sequira sempat lari. Setahun kemudian, Kesultanan Melaka terkubur tanpa tanda. Ada abu je. Pre-emptive strike memang bawa bala bukan?

Nah, Taikun bisnes menekan negara agar menggerakkan gear-gear ekonomi dengan kadar segera. Tak boleh tunggu sehingga 12 May. Mahu tidak mahu mereka mereka terpaksa izinkan juga kerana dilihat mematuhi 6 garis panduan oleh WHO.

Bezanya sekarang adalah, negara terpaksa menampung kerugian lebih 2 billion setiap hari. Dunia juga sedang mengalami kemelesetan ekonomi akibat daripada kelembapan ekonomi negera-negara besar.

Menggerakkan gear ekonomi itu wajar, cumanya perlulah dilakukan dengan cara yang tepat dan tidak tergesa-gesa. Kan sekarang rakyat dah mula balik melata di pasar raya tanpa topeng muka dan diri rapat-rapat selagi boleh? 

Tak salah tunggu sampai 12 May. Rugi sikit sambil belajar dari kesilapan Japan!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now