Day 5 : Inside a Tabligh's mind

218 9 12
                                    

Pernah jumpa Tabligh?

Sudah tentu kita akan dihiasi dengan pelbagai cerita seperti
- tak jawab salam diorang bila diorang datang ke rumah
- Kunci pintu bila diorang datang rumah
- Nampak je orang yang pakai kopiah, janggut panjang, baju lebai roti, seluar 3 singkat dan berselipar, terus angkat kaki walau jarak dia sepelaung lagi.

Aku pernah. First time aku jumpa adalah semasa aku di France. Kami sedang beriadah petang dan tiba-tiba datang beberapa lagi kepada kami memberi salam.

"Can you spare us 5 minutes for Allah?"

The best part is, kami 4-5 orang pun tak pernah jumpa tabligh. Tadah la telinga ni dan diakhir ceramah dia ajak kami ke masjid terdekat masa maghrib nanti. Tapi biasanya anak muda; hati keras nak dimakan nasihat. Apatah lagi ajakan ke masjid tanpa santapan ayam golek dan nasi arab?

Kemudian sepanjang aku belajar sehingga la sekarang, memang aku akan berjumpa dengan mereka dan ada diantara mereka merupakan rakan aku juga. (Note : Yang jadi rakan adalah mereka yang dah tak follow diorang ketat-ketat)

Sejak 2 minggu lepas, nama tabligh naik dan diserang. Bermula dengan pengesanan seorang pesakit Covid-19 di Brunei di mana sebelum dia pulang, dia ada menghadiri Ijtima's Tabligh di Masjid Seri Petaling. Ada yang dakwa 16 000 ribu orang. Ada yang kata 12 500 peserta. Mesti korang tertanya-tanya, boleh muat pula masjid seramai itu.

Aku memang pernah solat Jumaat di Masjid Seri Petaling. Itu pun terjumpa semasa aku bertugas di sekitar Bukit Jalil. First time sampai, aku tak tau pun nama masjid tu apa. Tapi terus aku gelar Masjid Tabligh - melihat betapa ramainya jemaah Tabligh di sana. Namanya Masjid Seri Petaling rupanya.

Mereka kini dituduh sebagai sebagai kumpulan yang bertanggungjawab untuk serangan gelombang kedua Sebabnya? 

> Bila disuruh tampil ke hospital untuk membuat ujian saringan, masuk minggu kedua barulah semuanya nak datang.

> Pesakit 136 yang dah pergi Ijtimak, boleh pula dia pergi Korea sekejap, pulang dan pergi pula ke Indonesia

> Ada yang menipu kata tak pergi Ijtima' tu sampai anggota KKM pun turut terkena jangkitan

> Kena pula gambar seorang brader yang dah positif Covid19 di medsos muka ketat tak pergi hospital, pihak hospital terpaksa panggil polis untuk bawa dia ke hospital.

> Kena pula seorang brader ni yang tengah tunggu ujian Covid19, boleh pula naik bas dari Johor ke Kuantan. Alih2 resultnya positif dan pihak polis kena pi cari penumpang lain.

> Dan yang paling jahanam, video terang-terang kata "Kami tak takut makhluk Allah. Virus Covid19 ini makhluk Allah. Hanya pada Allah sahaja kami takut. Jemaah tidak gentar dengan virus ini.

*Tarik nafas dalam-dalam, bila kenang balik semua ni memang nak rasa bagi penampar buaya sekor-sekor*

Aku secara peribadinya rasa tidak adil bila ramai yang mahu jemaah tabligh bergantung jawab sepenuhnya dek gelombang-gelombang yang bakal datang. Aku, walau tidak pernah keluar 3 hari dengan mereka tapi aku pernah duduk berlaga lutut dengan mereka mendengar bayyan selepas solat.

Yang aku paling respect mereka adalah ruhi mereka. Akidah mereka memang korang tak boleh celen. 

Pernah terjadi sedang aku berjalan kaki dari rumah hendak ke masjid, aku terserempak dengan rakan Universiti. Aku tanya dia duduk di mana. Dia kata dari asrama Uni. Aku terkejut sebab jarak asrama Uni sehingga masjid yang kami tuju tu 30 minit berjalan kaki. Kalau tak ada bas macam mana.

Dia menyengih cakap, 'satu langkah adalah satu darjat yang diangkat Allah'

Masa tu rasa takjub gila dan nak lari nangis-nangis masuk bilik pada masa yang sama.

Ya, jika mereka diberi dugaan sakit seperti ini, memang mereka tidak akan gentar. Tapi tindakan mereka itu terus menjadi fitnah ke atas mereka sendiri. Lagi-lagi bila virus ini sangat licik. Pesakit tidak tahu yang dia dijangkiti sehinggalah dia jatuh sakit pada minggu kedua jangkitan.

Ini dicampur pula dengan ego 'tidak sakit bermaksud tidak kena jangkita' kerajaan dan rakyat terpaksa merayu kepada mereka agar menyerah diri ke hospital untuk membuat saringan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Fitnah-fitnah aku sebutkan atas tadi berlaku terhadap segelintir jemaah sahaja. Tapi kerana nila setitik, habis imej jemaah dan nama Islam itu sendiri.

Ini pandangan peribadi, aku lihat ada di antara jemaah tabligh bersifat escapism. Dia menggunakan agama untuk bermalas-malasan. Dia menggunakan alasan zuhud untuk tidak mempamerkan imej islam yang serba bersih dan mengikut arus pemodenan.

Dicampur pula dengan budaya melayu yang suka benda sensasi dan konspirasi yahudi, apa yang berlaku sekarang tidak ubah apa yang disumbat ke dalam minda mereka. Dihalang ke masjid? Ini memang akhir zaman dan agenda yahudi. Kenapa menghalang aku dari beribadat kepada Allah? Nah kena lagi...

Sebab itu ramai yang menolak Tabligh kerana melihat mereka jumud dan sangat terkebelakang.

Walhal ini tidak benar sama sekali. Ya, imej mereka sangat tidak cocok dengan arus dunia tapi jika kamu rasa aku perlukan nasihat, minta sahaja mereka. Nescaya hati kau akan terasa terisi semula. (Yang penting kau jumpa tabligh yang tulen ye? Yang tipu-tipu ni biasanya giginya karat, bibir biru dan cakapnya gebang sampai babi pun boleh terbang)

Jika ada yang masih tetap menuduh mereka, ingatlah, jemaah yang hadir ke ijtimak tersebut tidak tahu yang mereka dijangkiti. Dari mana asalnya pun kita tak tahu. Mereka pun tak tahu. Jika mereka demam dan batuk, itu sekadar ujian dari Allah. Dalam minda mereka, sakitnya seorang hamba itu, dosa mereka berguguran seperti dedaun kering. (Nah, kau ingat kau boleh celen akidah macam ni?)

Jadi janganlah kita serkap jarang dan menghukum mereka. Virus ini, dunia masih belum kenalinya 100% cara ia merebak, berapa lama tempoh inkubasinya dan vaksinnya juga tiada.

Jadi hentilah menghukum mereka. Bila ada berpeluang untuk bertemu mereka, berbual sahaja dengan mereka. Jika mereka datang bagi sedikit penghayatan dengarkan sahaja.

Akhir kalam, ada 2 perkara yang kita patut belajar dari perkara ini.

1 - Semasa keluar berita jangkitan dari Ijtima' , sepatutnya setiap masjid seluruh Malaysia memberi pengumaman sebelum , semasa dan selepas solat Jumaat terakhir. That's was the only window dengan capaian 100% supaya mereka ke hospital. Yang hadir Ijtima's sudah pasti akan solat Jumaat. But we miss the window...

2 - Ini semua salah Langkah Shei(re)Ton

Malaysian Covid19 as of 2205 22 March 2020.
Cases = 1306 (+123)
Death = 10 (+2)

Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now