Day 27 - Kejap je nak sebulan kan?

39 2 2
                                    

Esok sepatutnya hari di mana orang akan duduk rumah dan list panjang-panjang apa yang mereka nak buat / makan / pergi / jumpa pada keesokkan harinya.

Tapi itu tinggal angan dan mimpi. Kita kena tempuh PKP tahap ketiga sehingga 28 April. Tapi ada orang kata sebenarnya ada 5 tahap. So bersedialah mental anda yang PKP akan sampai 28 May nanti.

What? Raya ketika PKP? 

Yup, bila lagi nak merasa macam beraya dalam penjara? At least kita ada family, boleh keluar cari barang nak buat kuih raya, rendang, ketupat dan sebagainya. Dan bila lagi kita nak praktis balik tukar-tukar lauk berbuka yang kian pupus?

Memang setiap kejadian dan peristiwa itu ada hikmah. Kena tenang dan lihat dengan mata hati. Benar kita rasa susah dan gentar. Ada penyakit yang mudah merebak tanpa vaksin sedang menular satu dunia dan menyerang tidak kira siapa. Di belakangnya adalah kemelesatan ekonomi yang bakal merebahkan banyak pihak dan bukan satu malam untuk bangkit semula.

Tapi semasa PKP la tempoh kita nak 'reset' semula diri kita (sebagai mana dunia dan alam sedang reset dirinya sendiri dek manusia yang tiba-tiba 'tidak aktif')

Semasa tempoh reset ini, orang kata belajar la ilmu baru. Macam masak, menulis, berniaga online, baca buku dan sebagainya. Ini sudah sebulan, ada yang dapat anda timba?

Dan ye, kemewahan masa ini pada mereka yang terkesan dengan covid-19. Bagi frontliners, mereka terpaksa bermatian-matian di medan perang. Masa dan senang-lenang tidak berada di sisi mereka. Mudah dan lapang bukan santapan harian seperti rakyat marhein. Terima kasih kepada mereka yang bertungkus-lumus.

Dari segi kes di Malaysia, ternyata kita telah memberi tamparan kepada JP Morgan yang membuat unjuran di mana kes kita Malaysia akan mencari kemuncak pada pertengahan April dengan lebih 6000 kes.

Lihatlah, InsyaAllah esok, takkan cecah 5k kes pun.

Maka jelas di sini PKP sehingga takat ini berjaya melandai kecerunan kes. Dan tahap-tahap seterusnya adalah untuk memastikan kes semakin rendah sehingga tiada langsung kes baru.

Perlu dingatkan disini yang terdapat 69 kes di mana tidak ada kaitan dengan mana-mana kluster dan juga sejarah perjalanan dari negara-negara luar. 

Ini jelas yang Covid-19 sudah pun ada di dalam komuniti dan PKP sahaja cara untuk memastikan tidak berlaku kluster-kluster ngeri lagi. (Dah macam menteri dah aku tulis ni)

Malaysian Covid-19 as of 1700 13 April 2020
Cases : 4817 (+134)
Death : 77 (+1)



Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now