Day 39 - Puasa PKP

102 5 20
                                    

Record yang paling lama aku tak update diari ini.

Biasanya setiap hari atau dua hari sekali. Ini sudah masuk seminggu. Maaf ya para pembaca. Ini adalah kelemahan aku.

A day before masuk Ramadhan aku sibukkan diri aku dengan meng'upload' video aku buat megi gayong. Video berdurasi 1 minit setengah je. Mungkin isunya adalah megi, laju juga video itu pergi. Hehehe.. Doakan yang aku terus semangat berkongsi ilmu dapur bujang di youtube.

Pada masa yang sama aku menyiapkan diri untuk masuk bulan Ramadan. Dan hari ini, sudah masuk hari ketiga puasa. Kejap sahaja, sebagaimana kita melalui 3 tahap PKP yang bakal tamat 28 April.

Dan ya, ada PKP tahap 4 sehingga 12 May. Tanam sahaja dalam minda, boleh jadi sampai masuk bulan Jun.

Tapi ramai yang membalas, bukankah kes baru sentiasa mencatatkan dua angka dan kes yang pulih mengatasi angka itu setiap hari? Jadi kita akan menang ye tak? Sepatutnya boleh la raya... rindu nak jumpa mak ni..

Boleh sebenarnya jika susun atur pergerakan masyarakat dan norma baru seperti sosial distancing, tidak bersalam dan tak berada di kawasan tumpuan orang ramai dipatuhi.

Dengan Kerajaan memberi sedikit kelonggaran untuk orang di kampung balik ke bandar, dan penghantaran pulang pelajar-pelajar uni, ini bagi aku memberi petanda yang kerajaan sedang menguji kelonggaran-longgaran sama ada ia akan mempengaruhi kes-kes baru kelak.

Ye la, negara pun tak sabar nak jump start ekonomi sebenarnya. tapi kalau terlalu awal, gelombang covid yang seterusnya lagi susah nak jaga dan kawal sebab tak tahu kluster yang mana satu.

Kita perlu bersyukur sebab kluster kita mudah dikesan dari ijtimak tabligh. Orangnya senang nak trace sebab ada nama dan borang pendaftaran. Dari situ juga senang nak trace dia pergi mana kampung mana dan sebagainya dan dari situ boleh dilaksanakan PKPD secara zon.

Yang terbaru semalam adalah di kawasan Utara Kuala Lumpur dan kawasan Pasar Selayang. Dan yang tiba-tiba naik kes perbualan ada etnik Rohingya. Bermula dari cubaan pendatang asing dari Rohingya yang nak curi masuk, kemudian tular ada yang tak nak melakukan ujian saringan Covid-19 dan yang tak dan, seorang penerima bantuan yang mengadu lama tak dapat bantuan padahal dalam rumah berguni-guni beras.

Isu ini perlu perlu ditangani dengan hati yang lapang dan tenang. Kita memang tutup sempadana untuk elak penularan virus untuk lebih teruk. Yang sedia ada di sini, kita santuni sahaja mereka mengikut peraturan PKP. Yang mana terlebih dapat bantuan ke, demand nak kahwin dengan gadis malaysia ke, ada liga bola ke, aku rasa better kita slowly siasat. Rakam kenyataan dulu ke... ala macam ada sorang anak menteri tu... hehe..

Oh ye, ingat tak yang aku cakap bencana Covid-19 ini menyingkap semua topeng masyarakat yang ada. Kenal Ustaz Ebit Liew? Elok je dia berjaya pujuk satu family ni berpindah, dia diminta ke Bukit Aman untuk membuat keterangan dengan satu laporan ke atas dirinya.

Terus dia sedih dan membantu dari jauh sahaja. Aku yakin dia sangat sedih kerana usaha murninya untuk membantu disalahertikan segelintir pihak. Untuk mengelakkan berkembangnya suatu fitnah itu, Ustaz terpaksa mengalah dan hanya bantu dari jauh. Bahkan dia minta untuk tidak tag lagi orang susah di FB.

Sebegitu sekali penangan orang yang dengki. Aku ada follow satu kuliah online ni (link aku letak kat comment) yang mensyarahkan mengenai kisah Nabi Adam. Dalam salah satu siri kuliah tersebut, ternyata sifat dengki itu sifat musuh manusiawi yang mana Iblis mengisytihar perang dengan mahu memastikan ciptaan Allah ini adalah satu penciptaan yang gagal.

Kita doakan semoga Ustaz Ebit Liew terus kuat semangat dalam menempuhi mehnah ini.

Oh ye, memandangkan dah masuk bulan Ramadan ni, aku akan update di sini secara irregular. Kalau ada senggang masa, aku akan cuba menulis sedikit la ye? Doakan juga yang aku terus kekal semangat untuk menulis. Amin..


Selamat menjalani ibadah puasa dan merebut pahala berganda-ganda.


Malaysian Covid-19 case as of 1700 25 April.
Cases : 1882 (+51)
Death : 98 (+2)
Recovered : 3762 (+99)



Liku-Liku PKPWo Geschichten leben. Entdecke jetzt