Day 11 : Secangkir Kopi Di Jendela Pagi

87 3 5
                                    

Hari ni aku bangun awal. Awal sebelum subuh. Entah macam mana boleh terbangun awal macam tu.

Dan setiap kali aku bangun seawal itu, aku akan mandi, tunggu Subuh dan selesai Subuh aku akan buat kopi O Panas. Dan yang paling penting yang aku akan buat adalah -

Aku tak bukak lampu langsung. 

Aku gunakan sahaja baki-baki cahaya dari koridor dan cahaya dari ibu kota berdekatan. Entah, aku jenis yang macam tu. Suka melihat dalam kelam sehingga matahari terang-benderang. Kemudian Aku lepak di jendela, layan melihat alam yang perlahan-lahan kelam lama-kelamaan diterangi suria. Dah lama aku tak buat macam ni. 

Mungkin, masa PKP lah waktu yang sesuai nak rasai sendiri ini. Sebab selama ini kita rasakan dunia serba laju.

Kemudian, tepat pukul 9 pagi, aku bersedia untuk ke kedai runcit di bawah.

Perlumbaan yang ramai orang gagal. Dan hari ini aku menang.

Dapat beli roti gardenia jumbo. AKu raikan dengan membeli roti coklat yang aku jadikan sarapan.

Separuh hari aku banyak membaca. Berminat mengetahui mengenai China pasca-covid, aku baca sebuah research paper mengenai definisi warfare pasca nuclear era dari sudut mata China terhadap dunia dan juga US.

Aku sebenarnya tiba-tiba berminat selepas seorang rakan post mengenai telegram yang posting konsipirasi teori wabak covid-19 dan keuntungan yang China kau selepas itu. Adakah patut aku kongsikan di sini? 

Mungkin perlu.

Selepas percubaan untuk aku selit informasi mengenai bahayanya China di Laut China Selatan di dalam Novel PARCEL (aku kira) gagal, Aku rasa lebih baik aku tulis sahaja di sini. Not sure ramai atau tidak menerima konspirasi berkenaan atau tidak. Tapi I got a feeling it was too smooth to be a coincidence.

Sekali lagi. Mungkin.

Kemudian hari minggu aku berlalu dengan aku menyelesaikan perihal domestik dan ya, hari ini barulah aku boleh kick back and relax layan sebuah movie di petang hari ke-11 PKP. Orang lain aku tak pasti macam mana.

Jujurnya, aku seorang fan Franchise James Bond. Dulu masa kecil mungkin sebab gadget seperti pen boleh meletop atau mengawal kereta dengan handphone nampak hebat, aku pun suka. Tapi entah macam mana aku rasa cerita itu sekadar cerita pop corn. Tiada soul.

Sehinggalah franchise yang baru lakonan Daniel Craig. Aku sebagai penulis sangat-sangat tertarik dengan watak James Bond itu sendiri. Ya, ia adalah watak fiksyen seorang penulis novel bernama Ian Flemming. Dan sekarang aku, lihat cerita James Bond itu lebih daripada seorang ejen perisik yang cuba menyelamatkan dunia dari orang jahat yang mahu menawan dunia.

Its a tipikal british stail of writing ; pembezaan hitam dan putih itu jelas. Watak baik dan watak jahat. Hanya baru-baru ini sahaja ramai penulis cuba meneroka watak 'kelabu' atau watak anti-hero.  Karya sebegini jarang sekali mendapat sambutan tanahair.

Sebab kita dah terbiasa suka watak baik dan benci watak jahat. Watak baik tidak boleh dicemari sebarang elemen negatif dan watak jahat tidak sepatutnya ada perasaan baik seperti menyediakan kek hari lahir. Kalau ada pun, ianya telah diletak racun untuk watak baik makan. 

Maka muncullah penceritaan yang tidak ubah gayanya tapi sentiasa mendapat sambutan masyarakat. mungkin sebab lama sangat dijajah mereka.

Kadar aku melayari socmed juga kurang. Ada la juga mendengar bisik-bisik khabar yang ramai artis yang mengadu perlukan bantuan. Tak kurang juga T20 yang merasakan tidak adil kerana merasai nikmat menerima bantuan sedangkan mereka saban tahun terpaksa bayar cukai.

Entahlah. bagi aku bila sudah berduit kepok, adalah pilihan kita untuk membelanjakannya macam mana.

Bukan selama ini yang ditayang itu adalah perasaan 'you are not my level'.

So terima je la, you level memang tak boleh terima bantuan macam B40 / M40.

Somehow aku lalui hari ni seperti hari-hari minggu aku, tak rasa PKP pun.

Malaysia Covid-19 as of 2320 28 March 2020
Cases = 2320 (+159)
Deatch = 27 (+3)





Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now