Day 34 - Jual Durian Atas Pokok

40 3 1
                                    

Semalam kita mencatatkan kes terbaru terendah semenjak PKP dilaksanakan dengan Zero kematian. Hari ini, jumlah kes baru juga masih di bawah 3 angka dan rata-ratanya dari jangkitan luar negara.

Ini berita yang sangat baik yang seharusnya kita lafazkan syukur. Ada harapan untuk kita dapat beraya. (eh?)

Kita seharusnya menepuk tangan syabas kepada frontliner. Dengar cerita mereka kini ada masa untuk pulang ke rumah untuk berjumpa keluarga.

Tapi ini tidak bermaksud yang PKP akan tamat pada 28 April nanti. Aku yakin akan ada fasa ke-4 untuk menunjukkan keberhasilan Fasa ke-3 yang kita lalui sekarang. Jumlah kes pada hari ini adalah hasil daripada langkah-langkah berkesan dari kerajaan seperti PKP dan PKPD.

Apabila kita bandingkan dengan luar negara, apabila jumlah kes mula menurun, mereka mula menghentikan PKP. Beberapa minggu selepas itu jumlah menjadi mendadak nanti dan gelombang yang datang lebih teruk lagi. Sebagai contoh adalah negara Jepun.

 Jadinya ada chance yang memang kita berpuasa, bertadarus secara online, bertarawih dalam rumah dan menangis menongkat dagu sambil dengar lagu raya.

Jika PKP ditamatkan sekalipun (hujung bulan ini atau bulan depan) sudah pasti akan ada SOP dalam menyusun atur masyarakat selepas itu. The New Normal orang duk sebut-sebut sekarang.

Mungkin zone hijau selepas ini sahaja yang tidak dikenakan PKP (siapa tahu?) Atau Pergerakan merentas antara Zone Merah dan Zone Hijau tidak dibenarkan?

Boleh jadi selepas ini nak masuk memana akan tembak dahi.
Boleh jadi juga selepas ini pasar pandu lalu menjadi norma baru.
Ini termasuk pembelian atas talian menjadi mainstream. Nah, ini salah satu peluang untuk masyarakat khususnya B40 untuk adaptasi norma baru ini.

TV pendidikan akan muncul semula.
Exam buat secara online sahaja (macam exam PTD)
Kelas secara online atau live streaming juga menjadi norma baru.
Bahkan selepas kita melunaskan segala keinginan kita, hati kita sudah pastinya tertaut perasaan, eh duduk rumah lagi best la rupanya. Save Duit!

Kalau tanya aku, antara perkara yang aku akan buat selepas PKP adalah panjat gunung Angsi. Lagi-lagi bila kompeni aku sekarang terpaksa hibernasi. Job dengan kompeni baru pula mula awal Mei. 

Entahlah.
Tourisme ini payah sikit nak bloom balik kalau bergantung harap pada pakej luar negara. Nampaknya kena susun domestik la pula kalau kami beroperasi balik. 

Sebab dengan kejatuhan minyak WTI yang sampai -ve tengah malam semalam, menggigil orang kerja laut wei. Aku dah pernah rasa dulu masa minyak jatuh tahun 2015. Masa tu sini sana kena potong. Aku tak tahan aku blah masuk bank.

Tapi dalam bank la aku tahun yang ekonomi dunia sebenarnya digerakkan oleh gear-gear riba.

Nak cerita pasal WTI (West Texas Intermediate) ni sebenar harga minyak dari pengeluaran tanah USA. Dan selalunya pembelian minyak ini secara 'Future Contract'. Future ini kira beli barang dengan harga sekarang tapi deliver pada tarikh yang lain. 

Ambil Contoh durian la ek?

A : Pengimport besar Durian ke China, tiap-tiap bulan dia export. Jadi A perlukan supply durian yang steady

B : Tauke Durian yang buah durian dia sepanjang tahun. Dia perlukan pembeli yang sanggup ambil stock durian dia setiap bulan supaya tak ada stock busuk.

So A dan B ni bersetuju untuk buat Durian Future Contract. Katakan hari ini harga durian musang king RM45. Dengan ini A dan B bersetuju pada bulan pertama 

> B akan supply 1000kg kepada A pada setiap hujung bulan dan akan terima bayaran RM45 000 dari A
> A akan terima 1000kg daripada B setiap hujung bulan dan akan bayar ke B RM45 000.
> Pricing bulan seterusnya akan diambil harga semasa pada pada tarikh akhir pusingan bulan iaitu setiap 21hb setiap bulan.
> Contract ini berterusan selama setahun
> Dan ada lagi syarat-syarat lain sebenarnya etc etc

So kat sini untungnya kat sini A dan B dapat secure supply /buyer dan lock price tak kisah la harga pasaran durian setiap hari.

Nak kata beli durian atas pokok la kot. hahaha...

Yang jadi hal adalah, bila China dah tak nak Durian / satu dunia tak nak makan durian atau B tak dapat supply durian sebab pokok banyak mati.

So apa yang jadi semalam adalah, untuk bulan May, Seller Petrol dah la kena supply minyak terpaksa bayar pula pada Buyer sebab harga semalam negative. Kenapa ambil harga semalam? Sebab itu tarikh akhir pusingan. Gituh la lebih kurang.

Alhamdulillah,.. berkat kerja kat bank dulu, dapatlah terangkan kat korang pasal ni. Hehe..

Kalau nak diikutkan, banyak lagi instrument perniagaan tau. Seribu satu. Yang paling gempak adalah, riba' itu sendiri boleh diniagakan atau 'loan' itu sendiri jadi bahan jual beli. Gempak tak?

Secara jujurnya, aku dulu belajar dengan 'biasiswa' bila aku masuk bank, baru aku tahu apa yang sebenarnya berlaku. Adakah perlu aku spill the tea demi menyelamatkan para lepasan SPM kelak?

Oh ye, aku terpaksa mengubah jadual diari ini kepada 2 hari sekali sebab aku sekarang cuba mewujudkan Youtube Channel yang lebih bermanfaat sikit. Hehe.. Gaming jalan juga tapi channel yang baru ni lebih kepada perkongsian kecil apa yang aku tahu.

As of now.. ilmu kat dapur. hehe.. (Channel link di bawah)

Malaysian Covid-19 as of 1700 21 April 2020
Cases : 5482 (+57)
Death : 92 (+3)
Minum Air lepas bangun : Done
At least 1L air sebelum maghrib : Done
Light Stretching : Gagal
Video Done : 1
At least 1 Page novel editing :






Liku-Liku PKPΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα