Day 28 - Kalau di laut ni kira last day dah

35 4 0
                                    

Hari terakhir Tahap 2 PKP aku mula dengan melawat Giant. Ya, barang untuk 1 bulan (aku yakin memang satu bulan lebih lagi PKP) aku beli dan topup. 

Aku datang awal pagi sebelum pukul 8. Ada la beratur kejap nak masuk tapi since pagi tu ramai orang-orang tua yang beli barang sikit-sikit, maka aku cepat sahaja dapat masuk.

Berbeza dengan waktu petang, waktu pagi barang masih banyak. At least ada option untuk pilih yang elok-elok sikit. Berkat senarai barang, laju sahaja barang yang dibeli (ada juga ambil barang yang bukan dalam list, saja buat tambah-tambah)

Satu benda aku perasan. Harga memang naik. Tak semua barang tapi ada sesetengah barang. Kalau import tu ye akan naik banyak. Sebagai contoh brocoli yang biasanya sipi-sipi nak RM2 dah jadi RM3 lebih. Begitu juga dengan sabun basuh. Biasanya ada satu jenama ni biasanya paling mahal cecah RM21 je untuk 4L. Tapi tadi dah jadi RM23. 

Maaf, aku terus ambil jenama lain yang bawah RM20.

Tak kurang juga dengan barang-barang frozen. Aku dah sebulan lebih tak nampak Sosej dan Nugget dalam peti beku diorang.

Certain-certain produk import juga nampak tiada. Tiada apa yang pelik. Satu dunia memang terkesan dengan Covid-19

Seperti zaman-zaman aku di laut, aku rasakan saban hari berjalan dengan sangat pantas. Sehingga aku menyebut sesuatu yang biasanya mustahil berlaku bila kita duduk di rumah sehari suntuk.

"Aku rasa tak cukup masa"

Aku tahu apa sebabnya ini. Dan sepanjang 28 hari di rumah, aku merasakan dengan buat banyak perkara serentak adalah lebih baik. Ye, sebab aku jenis yang memasukkan faktor 'Golden Time Opportunity'. Sesuatu perkara itu lebih baik dikeluarkan / perlu dicapai pada tempoh-tempoh tertentu.

Sebagai contoh, tarikh release movie. Kalau perasan, biasanya movie yang ditunggu ramai akan banyak keluar masa April , June dan Novemer dan December. 

Perkara ini lah yang sama maksudkan.

Tapi ternyata dengan buat banyak benda serentak. Minda akan lagi cepat penat dan stress sebab switching fokus dari satu perkara ke satu perkara yang lain. 

Jadi kononnya mahu relax kan minda, akhirnya jadi buang masa. Sebagai contoh konon kita nak usha-usha telegram atau whatsapp sekejap, tapi lepas tu meleret dah. Jadi di akhir tahap dua ini, sakit kepala mula menjadi teman. 

Boleh jadi yang aku sebenarnya kurang exercise badan dan tak berdisplin dalam menguuskan masa. Jadi aku putuskan hari ini untuk tidur pada pukul 11 nanti walau apa jua keadaan.

Aku sebenarnya seorang yang objektif driven, kalau tak buat tu boleh jadikan aku tension dalam diam-diam. Lagi-lagi kalau ada faktor luar yang menghalang. (tapi kalau faktor diri sendiri macam malas tak pula, hahaha)

Jadi selain dari laporan covid-19 pada akhir kalam, aku akan selitkan pencapaian dan niat aku untuk keesokkan harininya untuk aku buat.

So apa yang aku nak buat esok awal-awal?

Bagi chance la sikit ek? Let's go day 29!

Malaysian Covid-19 as of 1700 13 April 2020
Cases : 4987 (+170)
Death : 82 (+5)

Bangun tidur dan terus minum air kosong :
At least 1 liter habis sebelum maghrib :

Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now