Day 22 - Mister? You miss a day again...

39 0 7
                                    

Ok. 

Bukan alasan anime series hari ni. 

Basically aku tidak fokus dengan apa di tangan. Sebab semua benda aku rasa nak buat.

To be honest, mati-mati aku ingatkan hari ini bertarikh 9 April. Kenapa tarikh tersebut? Sebab aku (dengan penuh rasa tak bersalah) suka hati nak join Esport StayAtHome Challenge anjuran KBS.

Berita tu hari selasa kalau tak silap. But I was thinking it was already 8 April yesterday. Punyalah rasa cuak macam malam exam. Yes, this is my first public tournament.

Kenapa aku beria nak masuk? Sebab pada awal tahun, aku tulis antara milestone yang perlu aku capai tahun 2020. Mudah je. Antaranya

> Daki 4 puncak gunung (baru 2 , patut dah settle bulan ni)
> Ada publish bahan bacaan. (aku aim 1 novel ni siap edit dan dijual ebook)
> Enter ESport public tournament (yup!)
> Costplay (ehehehe)
> Youtube Channel (?)

Aku letak tanda soal sebab aku tak rasa confident sangat nak cakap depan kamera. Aku belakang camera dah selalu. Eventhough dah ada satu (which is a gaming channel with no commentary) tapi aku terasa nak buat vlog. 

Tapi tengok lah sekarang? mMcam macam nak buat, tak terfokus satu pun last-last kelam-kabut.

Kalau nak diikutkan, aku terdetik nak buat FB page. Nak  gather pembaca dan peminat tulisan aku kat situ je supaya apa-apa update terus tahu kat situ. Let say aku post IG, keluar kat situ... aku update Wattpad.. keluar kat situ. Senang aku rasa sebab aku yakin rata-rata main FB ye tak?

Itu pun aku nak sapu... haha..

So back to my 'konon' multi-tasking, punya la nak bersedia untuk tournament 'besoknya' , training la aku main Mobile Legend yang dah 62 hari tak on itu... hahaha.. dan sanggup melambatkan satu post di Wattpad. Nak tulis pagi pun tak boleh sebab Match pukul 10.

Pagi tadi punya la get ready nak tournament, semua kerja dah tolak tepi dah. Alih-alih member cakap Match besok. Aku macam... Ya Rabbi harini baru 8 kee???? hahahaha!

Begitulah kehidupan seorang manusia yang merasakan saban hari tu tidak cukup untuk di tapau semua aktiviti. Itu belum masuk kerja-kerja korek data untuk market aqiqah lagi. Diselesaikan mana yang patut dan terus training dengan Squad sampai la petang.

Malam ni pun actually perlu training dengan Squad. Tapi tak pe, aku dah cakap tadi aku on balik lepas Maghrib. Perlu teruskan juga hobi menulis ni.

To be frank, aku dapat rasakan yang gaming dan writing ni tak boleh bergerak seiring. Jika aku lakukan seiring, aku akan rasa main game tu lebih full-filling tapi cepat penat (mentally) Aku berhenti Mobile Legend sebab aku rasa aku tak dapat nak keep up main hari-hari masa hari kerja.

Writing ni aku consider lebih ringan tapi ia mengambil masa yang panjang untuk create a fine craft. Kalau raw writing macam ni memang cepat la. But still standar should be outline kalau tak penulisan akan carca marba.

See? Banyak betul perkara dalam minda aku dan macam macam benda yang aku nak buat. Lagi-lagi masa PKP ni. Naik jeles dengan orang yang lepak chill time PKP pun ada sebab they got a lot of time to do what they wanted to do.

Aku perlukan jadual kan?

Wish me luck untuk tournament besok. Dah la lawan geng-geng KL dan pertandingan Kalah Mati. Ada gaya boleh menulis kot besok? haha...

Malaysia Covid 19 as of 1700 8 April 2020
Cases : 4119 (+156)
Death : 65 (+2)


Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now