Day 20 : Mana pergi hari ke-19?

46 3 10
                                    

Aku kalau dah ralit layan anime series, aku memang tak ingat dunia. Walaupun aku dah tengok sebelum ni. ahaha..

So hari ni awal sikit aku post, by the time aku habis menulis, keluar laporan hari ke-20.

Berikut adalah laporan semalam.

5 April 2020
Cases : 3662 (+179)
Death : 61(+4)

So anime apa yang aku tengok semalam sampai lupa dua?
Ia adalah remake anime series lama bertajuk The Legend of Galactic Heroes. Series ini bertemakan politik/military. Apa yang buat aku ralit adalah, dua-dua pihak yang berperang ada hero mereka sendiri dan kita tak ada rasa orang jahat yang jelas. Masing-masing empunya misi tersendiri yang jelas yang penonton boleh sokong.

Yang jahat pula digambarkan menerusi mentaliti masyarakat, ego, sifat semberono dan sikap bongkak.

Selain itu, semalam aku habiskan 3 jam untuk satu campaign game ni. Semata-mata untuk rakaman video di Youtube nanti. Itu pada lewat petang.

Pada malam hari, mulalah aku layan anime. Sekali dah tengah malam, terus aku cari bantal. Nak 'masuk kerja' la katakan pada hari ni.

Hari sekali lagi (secara jujurnya) aku tidak merasa sangat produktiviti bekerja. Mungkin aku telah pun sehabis baik sepanjang 3 minggu lepas dan kini... aku macam tak ada kerja dah. hahaha.. 

Setelah aku mencari data sini dan sana, aku terbaca informasi mengenai orang jawa dan kemahiran tukang besi mereka untuk menempa meriam pada abad ke -16.

Aku macam... wooo... so down again into the rabbit hole.. haha.. Ingat tak yang aku ada tulis pasal melaka ada 3000 meriam? Sorry guys, fakta aku salah.

Melaka ada 8000 meriam.

Dan semua meriam ini dikatakan canggih sebab ia jenis breach loader ( isi peluru dari belakang) berbanding dengan muzzlefeed (isi peluru dari depan). This piece of information surprised me actually!

Lebih menarik adalah, meriam-meriam ini sebenarnya boleh diangkat seorang dan lebih kepada assign personally kepada setiap askar. So that's answer the question macam mana diorang bawa lari 5000 meriam keluar melaka. I bet macam bawak rpg or bazooka je la.

And some how ia memberi gambaran (sedikit sebanyak) on how The Battle of Malacca were. Aku macam dapat rasakan, Malacca yang besar tu not really have the fire power to penetrate armor tentera Portugis. (Somehow i wish to time travel and watch from afar)

PKP ada seminggu lagi dan aku berangan nak baca buku catatan Alfonso terjemahan Jabatan arkib negara. Dah bertahun aku beli, mahu 6 tahun yang dulu! (Ahahaha, biasala beli buku tak baca)

Ini mengingatkan kita.

Kita ada kurang 10 hari lagi untuk tamat fasa kedua PKP. Berdasarkan update hari ini, cuma ada 1 kematian sahaja dan jumlah kes pula lebih kurang 130 kes sahaja.

Di medan Twitter, hangat diperkatakan yang masyarakat kita sebenarnya kuat melawan pandemik ini.

> IKS sedaya upaya mengeluarkan perisai muka buatan tempatan untuk tampung permintaan.
> Banduan di penjara pula tidak putus menjahit PPE untuk hospital.
> Gomen sedaya upaya banyakan ujian saringan
> abang pulis dan tentera tak kenal lelah memastikan semua patuh PKP.

Tak mudah nak handle rakyat yang degil dan serba serbi rasa boleh lenturkan perintah. Itulah mentaliti eropah dan US. Lihatlah apa yang berlaku di sana sekarang dengan kadar kes yang meningkat tak ingat dunia.

Bahkan jelas kelihatan betapa masyarakat Malaysia begitu mengambil berat golongan gelandangan dan masih memberi mereka atap untuk tidur. Saya lihat di US, mereka hanya tidur di parking lot sahaja.

Negara kita sebenarnya power dan begitu banyak potentsi. Bila ditolak dipinggir jurang maut dan tiada lagi tali untuk berpaut, barulah keluar semua potensi penjanaan ekonomi, pengurusan yang baik, reka cipta tempatan dan sebagainya.

Jika ini diteruskan selepas pandemik pun, sebenarnya Malaysia boleh melaju pergi lebih jauh.

Malaysian Covid as of 1700 6 April 2020
Cases : 3793 (+131)
Death : 62 (+1)


Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now