Day 14 : Lebih 500 tahun tak boleh brain

54 3 3
                                    

Sepatutnya hari ini adalah hari terakhir PKP. Esok boleh beramai-ramai mencari burger jalanan, rojak mee, pisang goreng dan sebagainya.

Namun tidak boleh berlaku. Ia dipanjangkan sehingga 14 April. Lagi dua minggu. Dan jujurnya, aku rasa otot kaki aku ni macam tak berjalan jauh pun. 100 meter pun aku rasa tak. Harini aku tak start sakit-sakit di jari kaki. 

Esok aku kena naik turun tangga la macam ni. Lantak la apa orang nak kata. Buat pepagi bukan ada orang yang perasan tak?

Boleh kena penyakit yang berkaitan dengan duduk lama ni. Paling teruk adalah pengembangan lilitan perut.

Baik , selain dari naik turun tangga condo , aku berazam untuk tidak consume karbohidrat esok. Acah-acah keto beb. Haha.. Nasib badan.. Mari kita tengok dalam dua minggu ni macam mana.

Hari ni pelbagai perkara berlaku sehingga aku rasa macam tidak ada ruang untuk WFH. Inilah cabarannya. tak boleh langsung. Bukannya aku berlingkar tidur di katil.

Tapi aku hanyut dalam 'rabbit hole'

Bukan video. Tapi pembacaan. Ingat yang aku sedang baca pasal China punya sudut pandang warfare ? Aku tak habis yang itu, aku sudah membaca yang lain. Kali ini , Suma Oriental, buku yang menceritakan pasal Melaka dari pemerhatian dan rekod Tome Pires.

Ye, teks pdf dalam english, puas aku cari semalam.

Ini adalah gara-gara sebuah tweet yang tayang gambar kelengkapan pahlawan melaka. Aku macam , eh der, kalau dia carry semua ni kat battle field, dia mati awal. Kalau dia diarahkan demikian, juga mati awal. Padanlah Melaka kalah.

Itu persoalan yang sampai sekarang aku cari dari dulu bila sebut je pasal Melaka (ye memang aku trigger pasal sejarah melaka)

Mengapa Melaka punya mewah, istana sampai tujuh tingkat, meriam sampai 3000 , ada askar bergajah , siap ada perangkap , meriam lela, gah dengan kapal mendam berahi itu kalah dengan angkatan 17 kapal Alfonso?

Der, you are in your home ground. Unlimited supply pun kalau kena kepong. Portugis punya backup jauh gila sampai Goa. Diorang have limited supply, they need to make every cannon fire counts. Acheh can anytime cut them off. Pahang fleet can flank them anytime. 

Takkan baru 20 hari dah berlari tinggal negara??? (ARGHHH AKU TAK PUAS HATI BETUL LA!)

Aku seorang gamer yang selalu main game strategi. Kekalahan Melaka memang aku sangat-sangat-sangat tak boleh brain dengan antara kekalahan paling bersejarah dunia.

Dude, 3000 canons??? Plus dalam catatan Alfonso, ada satu meriam besar dan lagi canggih dari pemilikan Portugis. Dek non! Kau beli buat perhiasan je ke!? Ke masa beli tak test sampai terlupa nak beli belerang sekali??

Aku pernah terbaca gak, masa malam Melaka kena kepong, diorang semua duduk bermuram durja tak tau nak buat apa dengan serangan portugis. Semuanya tampak berputus asa. Untuk naikkan semangat, diorang dibacakan mengenai Hikayat Amir Hamzah.

Pejadahnya kau baca sastera pada malam peperangan?? Ya Allah, Ya Kareemm weiii??!

Halllaaaa... Emo aku wei...

*Tarik nafas*

Aku sebenarnya bertingkat-tingkat buku kajian sejarah kat rumah. Tak terbaca sampai la ni. Ingat masa PKP boleh la duduk baca.

Tak boleh, setiap hari kena kerja wei. Bila dah tenggelam dalam pembacaan macam ni, sampai tak mandi.

(serius aku tetiba macam nak buat master dalam sejarah tamadun melayu lak, ahahaha)

Malaysian Covid-19 as of 1700 31 March 2020
Cases : 2766 (+140)
Death : 43 (+6)

Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now