Day 10 : Mak Cik Kiah jadi famous harini

152 6 9
                                    

Petang tadi nama Mak Cik Kiah jadi famous.

Dia hanyalah seorang penjual pisang goreng kecil-kecilan. Suaminya pula anggota RELA yang buat GRAB. Dia ada anak bujang sorang yang belajar di Uni tempatan dengan PTPTN.

Tapi harini, PM sebut nama dia. Bagi contoh mudah orang faham dengan pakej ransangan ekonomi yang beliau umumkan tadi. Nilai yang dia sebutkan tadi hampir RM8000 ( lebih sebenarnya). 

Terkejut Mak Cik Kiah sampai tertanggal anak tudung. 

Sebenarnya, separuh dari itu ada nilai cash yang boleh dipusing untuk beli keperluan rumah dan memastikan kelangsungan hidup untuk 6 bulan akan datang. 

Ya, sejak dunia diisytihar pandemic, saham-saham mula jatuh. Pelaburan jangka masa panjang terus meleset. Dan apa yang menggerakkan ekonomi sesebuah negara sekarang adalah -

CASH

Sekarang tinggal sama ada Mak Cik Kiah mahu menguruskan aliran tunainya untuk memastikan Suami dan Anak bujangnya itu dapat menikmati nasi panas, kurma ayam dan kentang, kailan ikan masin, sambul tumis ikan bilis dan sirap laichi. (ini contoh exaggerate, makan macam ni naharam mewah gila)

Atau,

Dia rasa dia ada extra RM4000 dan dia boleh joli katak pergi melancong ke vietnam  untuk mencari tudung yang dia idamkan bila dah tak ada covid. Atau anaknya boleh beli Handphone canggih yang sekurang-kurangnya boleh main PUBG dengan selesa macam Xiaomi Mi 9T pro.

Nah sekarang tinggal berserah. Sudah diberi tongkat untuk mengampuh ketika berjalan atau jual balik untuk beli kerusi duduk bersenang-lenang.

Jadinya Mak Cik Kiah sekarang yang sudah popular ada dua jalan takdirnya.

Untuk terus hidup dengan terputusnya perniagaan pisang goreng semasa pandemic covid-19. 

Atau berkira-kira untuk berjoli kalau tiba-tiba pandemic habis sebaik sahaja masuk bulan Jun.

Bagi aku, ini sudah cukup baik. Bantuan tunai seperti ini membuatkan orang-orang macam aku yang terputus mata pencarian (kompeni aku nak lingkup, doakan tak.) , moratorium dari bank, internet tak perlu bayar as of now, diskaun bil elektrik , rasa lega sikit nak bawah balik barang dapur.

Ya, ada mulut-mulut yang perlu diberi makan di rumah. Nak harapkan penjualan buku dan penulisan, nak lepas bayar troli separuh penuh pun tak lepas...

Apa yang aku ada sekarang adalah saki baki gaji yang ada dan deep reserve yang aku simpan sejak 2010 , ASB dan TH.

Beberapa hari lepas aku duduk termenung, jika betul kompeni gulung tikar, aku nak survive macam mana? Boleh tak aku dapat kerja balik bila tak ada pandemic?

Semua ini samar-samar dan bila aku melihat angka dapat deep reserve, aku rasa macam nak nangis.

Aku tak nak pakai duit-duit ni sebab ini adalah untuk jangka masa panjang. 

Tapi bila bila menghadapi situasi seperti ni, yang lebih penting adan 'sekarang'. Jika tidak dapat survive sekarang , masa depan pun tak wujud.

Ya, bukan mudah hidup kais pagi makan pagi. Aku yakin ramai memahami perasaan ini.

Rasanya la.

Ke aku sekadar meroyan sebab ada orang lain lagi susah sebab tak dapat makan lobster dan wagyu sebab tak ada job?

Atau perasaan aku ini jauh lebih senang lenang berbanding penduduk di dua kampung di Simpang Renggam yang kini dijaga ATM untuk keluar masuk dan bekalan makanan dihantar oleh mereka?

Malaysian Covid 19 as of 1700 27 Mac 2020.
Cases = 2161 (+130)
Death = 26 (+3)






Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now