Day 26 - Asyik terlepas je ni...

59 4 4
                                    

Memandang kita hidup di dalam masyarakat yang suka menuding jari, aku salahkan movie X-men semalam. Entah macam mana ternampak iklan lalu terus sanggup tunggu pukul 10 malam.

Lepas 2 jam, saya terus masuk tidur (sempat main game sekejap) kerana mengikut saranan para penyeru badan kurus sedunia untuk tidur dengan secukupnya. hahaha..

Hampir sebulan kita PKP ni, apa pencapaian yang korang dapat?

Antara yang saya dapat (dan tidak membanggakan) adalah ukur lilit perut yang semakin membulat dan melebar. Mau dah naik 3 kilo dah ni.

Esok (sekali lagi) saya berazam untuk naik-turun tangga, tak makan gula ringkas dan bersenam ringan. Hahaha..

Ya tak sampai dua minggu lagi nak puasa. Kena steadykan kadar kemasukan makanan. Bila duduk rumah ni, kita cepat rasa lapar. Plus, kena maintain badan ni.

Lagipun, orang rumah (mungkin) akan mula masuk office pada 15 April nanti. Bermakna, akulah yang kena menjaga dua budak kenit di rumah. Bukan tak biasa. Dan pernah kena tinggal mak 46 hari diorang dulu.

Masa tu sekadar prepare diorang pagi dan jaga malam je sebab nursery ada masa time pagi. Petang dan weekend jaga la diorang. Lepas dua minggu aku terus hantar rumah mertua bila diorang offer jaga. Bagus juga. Sebab masa tu cuti sekolah, tapi kena jaga macam bukan cuti sekolah (bangun pagi, ada timing tv, ada timing tidur etc)

Biarlah diorang bebas 2 minggu kat kampung.

Nah sekarang ada problem sikit. 1 bulan kat rumah ni diorang dah tak ada jadual dah sangat. kekadang kena marah sikit diorang untuk tidur pukul 10 malam. Itu pun pukul 11 baru je nampak diorang dah lelap. Tidur petang jaga cerita la, tak pernah berjaya kecuali kena marah kaw-kaw sebab gaduh sampai nangis.

So kira tahap 3 nanti agak mencabar la sikit sebab kira aku jadi seorang bapa tunggal selama 9 jam. ahahaha.. Cabaran nak keep diorang entertain. Dan ya, aku tak gemar hulur handphone dan video kat diorang. Cuma weekend je aku bagi chance la.

Nak beli printer pulak, dah habis PKP baru sampai printer.. hahaha... Rasanya ada kot buku-buku aktiviti budak dalam bilik diorang. buku cerita jangan cerita la, memang banyak. 

Tengoklah apa jadi nanti. kekekeke..

Sejak semalam, aku banyak membaca sahaja. Semuanya pasal Kerajaan Silam Melaka. Alhamdulillah terjumpa dah jawapan yang dicari. Dari tulisan Eredia, memang meriam dan senjata api Melaka tidak pernah digunakan kecuali ketika berperang. Jujurnya, kebanyakan peperangan Melaka adalah di Laut.

Land battle Melaka pertama adalah ketika Battle of Malacca. Dan ya, kita kalah besar. Agak menarik bila aku find out yang tentera portugis have a better battle tactics. Kebanyakan cerita yang ditulis oleh sarjana Portugis banyak mengenai land battle. Kini aku mencari ada ke berlaku sea battle? 

Jeng Jeng Jeng.

(Tulis note ni sambil dengar kuliah online)

Malaysian Covid-19 as of 12 April 2020
Cases : 4683 (+153)
Death : 76 (+3)

Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now