Day 6 : Dalgona adalah sebuah bidaah

126 8 14
                                    

Isnin pertama sejak Perintah Kawalan Pergerakan.

Bank-bank mula memendekkan waktu operasi. Kebanyakkan sampai pukul 3 petang.
Pasaraya utama juga begitu - sampai pukul 7-8 malam rata-ratanya.
Kedai 24 jam juga tidak ketinggalan. Family Mark, 7-11 , KK Mart semuanya mematuhi PKP.

Bukan apa, nak elak dari masyarakat beralasan untuk keluar cari itu dan ini pada malam hari.

Teringat zaman-zaman aku di France. Hampir 100% perniagaan sampai pukul 8 malam. Yang mana sampai pukul 9 malam tu sangat rare, itu pun biasanya Food Truck. Pub dan Club pula di dalam liga sendiri, tapi hendak aku katakan disini, istilah 24 jam tak pernah wujud di France.

Elok pula mereka tak gila.

Di Socmed aku lihat banyak video-video yang masyarakat sudah terpekik terlolong, bercakap dengan kucing dan pelbagai lagi situasi yang tidak pernah terfikir dek akal.

Bila diperintahkan hanya ketua keluarga sahaja yang keluar membeli keperluan, mulalah tersebar gambar-gambar suami lama termenung di pasaraya kerana panik tak kenal mana satu halia, mana satu lengkuas.

Bukan itu sahaja, yang mana tak pernah buat kopi, mula terjebak dengan Dalgona Coffee. Bagi aku ia adalah sebuah bidaah yang diterima ramai.

Apa jadahnya kau blend kopi dengan gula lepas tu tuang atas susu? Lepas kau sedut, kau terangguk-angguk kata kopi kau sedap. Bukan kau tengah sedut susu je ke sebab kopi kau terapung?

Cih, kopi + susu (dan juga gula) adalah kombinasi palsu seorang peminum kopi. Marilah kita kembali kepada fitrah yang benar - kopi sepatutnya diminum O dan kosong. Aku tidak kisah dilabel wahabi mahupun salafi kerana memperjuangkan hal ini.

Bagaimana pula perihal kerja? Jujurnya, ramai yang keliru yang hari ini hari Isnin. Moodnya tak ubah seperti hari Ahad. Mahu bersenang-lenang, layan movie sambil menyubat kerepek ubi masin.

Seperti biasa aku akan siapkan kerja sebelum tengahari. Pada petang hari aku menyambung proses edit novel baruku. Tidak pasti mahu dibawah penerbitan atau self publish. InsyaAllah aku akan kongsikan dalam masa terdekat.

Channel Youtube aku juga mendapat like dan subscribe pertama sejak video pertama aku dimuat naik sebulan yang lalu. A progress indeed. Ingat tak ada orang nak tengok aku main game. Jadi esok aku aim untuk siap satu  lagi video untuk di upload.

Lihat? 3 benda yang aku lakukan serentak setiap hari.  Sehingga aku rasakan tiada masa untuk aku keluar membeli keperluan pada hari esok. Realitinya, barang memang banyak tak ada. Kalau ada pun harganya sudah berlipat kali mahal.

Macam topeng muka.

Dan jika dilihat pada roti Gardenia, oleh sebab tiada pengawasan, ianya tinggal kenangan.

Merasa kita seperti orang Sarawak dan Sabah yang hidup tanpa roti Gardenia.

Malaysia Covid as of 2330 23 Marchh 2020
Cases = 1518 (+212)
Death = 14 (+4)





Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now