Day 12 : Ter-duduck

77 3 1
                                    

Isu T20 masih lagi hangat dikatakan.

Hari ni, Pengusaha Tudung terkenal negara menjadi sasaran. Gara-gara di menjawab komen yang berbaur menghingga golongan yang tidak berkemampuan.

Benarlah kata orang yang Covid-19 ini muncul bukan sekadar mencabar ekonomi dan gerak kerja bencana dan kesihatan negara, malah ia menjadi asbab untuk tercabutnya topeng-topeng muka segenap lapis masyarakat.

Sehinggakan ada yang mengangkat seruan boikot untuk melayan golongan kaya yang tidak sedar diri terlebih dahulu sebelum menjatuh kerajaan yang sedia ada sekarang.

Sebuah perjalanan plot yang aku rasakan begitu cepat sekali. Kurang dari 2 minggu, kita sudah nampak perubahan masyarakat dan intonasi minda mereka yang sebenar. Tidak ubah seperti kiamat di mana masing-masing dengan perhitungan dosa-pahala mereka.

Sebagaimana semalam, aku kurang berlegar di media sosial. Bangun pun sudah hampir tengahari. Pembacaan aku tergendala sebentar dek bentakan minda agar dinaikkan iklan buku di twitter dan instagram. Walau aku tahu, iklan tersebut tidak pergi jauh, tapi aku kerap memujuk kedukaan agar jangan berhenti sekadar di situ.

Jika aku berada di posisi seorang CEO di peringkat T20 , sememangnya aku akan kecewa terduduk bila syarikat yang aku bina, tiada posisi untuk diselamatkan. Dan sauh-sauh penyelamat tak sampai pada diri aku kerana sepatutnya aku sudah membelinya sendiri terlebih dahulu.

Aku yakin, CEO-CEO startup ini tidak bodoh dan boros. Aku yakin lebihan wang mereka bukan disimpan secara pasif di bank-bank. Sudah pasti mereka 'simpan' dalam bentuk pelaburan jangka masa pendek, fixed income dan lain-lain. Boleh jadi yang mereka simpan dalam bentuk bitcoin.

Akan tetapi bila Covid-19 melanda dan saham-saham jatuh teruk, ia sudah pasti merosakkan simpanan-simpanan syarikat ini justeru meninggalkan syarikat ini terpinga-pinga sebentar sebelum jatuh terduduk.

Ya, kerajaan memesan agar pekerja-pekerja tidak boleh diberhentikan dan dipotong gaji. RM600 wang bantuan untuk setiap seorang, nampak sahaja sedikit tapi wallahi, cukup untuk beli barang dapur sebulan.

Masyarakat tak lain dan tak bukan dalam keadaan stress. Stress kerana terlampau banyak tenaga yang tidak digunakan. Stress kerana rasa terkurung. Stress kerana tidak dapat keluar menikmati suasana dunia yang mereka sering terlepas pandang. Dan stress ini kerap kali bertukar menjadi satu kuasa negatif jika tidak diurus dengan baik.

Jadi nasihat saya, chill. Jauhkan sosial media dan ini adalah masanya untuk mencari hobi baru yang bermanfaat (dan juga menenangkan).

Ada rakan sudah menanam bawang, menyemai cili dan sebagainya. 

Covid-19 yang mendatang ini bukan takat bawa bala, tapi juga rahmat buat mereka yang melihat gelas yang separuh penuh.

Ramai juga yang sedang berkira-kira apa perkara pertama yang mereka ingin lakukan setelah selesai RMO.

Aku nak buat apa?

Aku nak pi panjat gunung. Sebab baru tadi aku cancel kan tiket aku ke Sabah untuk April.

Malaysian Covid-19 as of 2322 29 March 2020
Cases = 2470 (+150)
Death = 34 (+7)


Liku-Liku PKPDove le storie prendono vita. Scoprilo ora