Day 7 : Ramai couple dengan Qarin rupanya

163 8 11
                                    

Gelagat yang aku lihat hari ni.

Upload tiktok konon-konon diganggu pasangan ketika bersolek, kemudian selepas kali ketiga 'diganggu' terus snap marah-marah guna dialect masing-masing.

Nampak bodoh lehenet tapi aku terhibur.

Lebih terhibur dari terpaksa memikirkan yang rakyat ada option untuk menggunakan simpanan hari tua untuk survive suasana ekonomi negara yang suram.

Aku terbaca, Malaysia dihukum bala 3 lapis iaitu :

- Pandemic Covid-19 yang stop-kan pelancongan dan basically everything
- China sebagai negara pengguna minyak dunia terpaksa on hold. Harga minyak menjunam gila babi (dan ini beri kesan pada negara sebab kita bergantung dengan minyak)
- Pergolakan politik yang bermula dengan Langkah Shei-ton.

Dengan ura-ura yang tempoh PKP ini akan dipanjang lagi demi membendung Covid-19 dari merebak lebih teruk, aku sedang berkira-kira juga sama ada untuk menggunakan sahaja simpanan hari tua aku nanti.

Bukan apa, kita sudah pun melalui seminggu PKP. Dan pada masa yang, syarikat yang aku bekerja juga mengalami tekanan dek terputus demand untuk travel. 

Minggu lepas CEO kami memberi pengumuman yang syarikat ada 6 minggu sahaja untuk bounce back dan tarikh akhir untuk memutus sama ada gulung tikar / 'tidur' adalah 25 April.

Sebulan lagi untuk itu

Dan selepas seminggu PKP , kami bertungkus lumus untuk buat sales produk yang tiada kaitan dengan travel. Antaranya Aqiqah Online , Tech Whatsapp-Jadi-Shopee untuk orang buat bisnes guna Whatsapp dan juga kelas online (derma base). Ini sahaja yang tinggal untuk lifeline syarikat.

Dengan ura-ura PKP ini bakal dipanjangkan, peluang untuk bounce back agak tipis.

Tadi aku terbaca yang ada syarikat analysis menyatakan yang Kemuncak Covid-19 di Malaysia adalah pada pertengahan bulan April dan ianya akan (insyaAllah) kembali reda pada penghujung May paling awal.

Aku juga sedang memikirkan strategi, apa yang boleh aku buat jika benar-benar syarikat tutup?

Jika aku nak go all out menulis.. industri penulisan juga tidak cantik. Banyak publisher yang sedang menanggung rugi dek buku-buku cetakan untuk PBAKL yang sepatutnya berlangsung Jumaat ini. Walau pun tangguh sehingga Julai, tapi publisher tak nak ambil risiko.

But still, aku terima cadangan seorang pembaca aku disini (you know who you are) , mungkin self-publish ada market.. tapi aku perlukan crowd. Tanpa crowd, sebagus mana buku itu pun, penulis mati kelaparan.

Apakah perlu aku buat youtube content? (buat masa ni Youtube aku lebih kepada Gameplay. Itu pun baru mendapat subscriber pertama semalam setelah sebulan)

Apakah perlu aku buat content baru di IG aku ?

Apakah juga aku post twitter yang viral agar ada crowd yang follow?

Atau aku perlu bersahabat dengan Qarin dan buat TikTok?

Malaysia Covid-19 as of 2312 24 March 2020
Cases = 1624 (+106)
Death = 15 (+1)





Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now