Day 16 : Sejarah Mengajar. Tinggal nak belajar pedoman ke tak.

40 2 2
                                    

Memang tengah mood sejarah sampai sekarang.

But then hari ni belum sempat nak continue baca Suma Oriental. Company baru officially release wing kecik untuk sustain. Maka kami pun berbondong-bondong approach orang, spam dan whatsapp group dan sebagainya untuk dapat komisyen jualan.

Ya, company senang bagi kami mata kail dan batang joran. Just in case kalau di-hibernate hujung bulan ni...

Ironiknya tarikh kata putus itu adalah genap setahun aku berhenti kerja industri perbankan tahun lepas.

Aku berhenti masa tu dengan tidak ada kerja lain sebagai backup. Berhenti rambo kata orang. Decision paling gila pernah aku buat. Hampir bermasam muka dengan mak aku sendiri, bertengang urat sampai terpacul mulutnya perkataan 'redha'.

Ya, jika kau seorang parents dan anak kau yang ada tanggungan , sewa rumah, pinjaman kereta, pinjaman rumah , dan segala mak nenek komitmen bulanan kata ; 

"Saya rancang nak berhenti kerja. Sebab nak cuba peluang baru."

Mesti ada adegan menadah langit tinggi sambil berjuraian air mata selepas sesi tuduhan melulu.

Jujurnya semasa aku berhenti dulu, itulah jawapan yang aku beri bila orang bertanya. Lagi-lagi jika aku baru naik pangkat dua bulan sebelum itu. Aku dah bekerja hampir 3 tahun di situ. Gaji aku setiap bulan? Termasuk overtime dan elaun sana sini sipi-sipi T20. Jujurnya, I thought it was my end game till retirement. Tapi Tuhan sebaik-baik perancang.

Dan hujung April , 25 April 2019 . Aku secara rasminya b40 dan tiada pekerjaan.

Aku berhenti macam tu ada sebab peribadi. Bukan sekarang untuk aku dedahkan. Dengan mak aku sendiri lepas 6 bulan baru aku terangkan kenapa. (itu pun dia tak boleh brain kenapa aku berani terjun ke dalam zone menganggur dan tidak menunggu kerja)

Sejak dari itu, aku sudah berkira-kira berapa lama aku boleh tahan tanpa kerja. 

Alhamdulillah, tidak sampai 3 hari, seorang sahabat approach aku dengan kerja freelance. Masa freelance menggigil juga rasa sebab tak stabil. Dah berkira-kira untuk kerja sambilan di McD dah masa tu.

Ini bukan cerita lepasan SPM ye, ini tahun lepas lelaki berumur 30an.

2 minggu lepas tu Ramadhan. Sungguh-sungguh aku rebut peluang masa tak bekerja masa tu. Aku berdoa sangat-sangat untuk dapat pekerjaan yang diberkati, dirahmati dan diredhai Allah.

Di pendekkan cerita masa aku freelance, aku dapat kerja lain. Kerja lama aku di laut. Aku peribadinya suka kerja di laut. Sangat sesuai untuk orang introvert. It was in my blood. PKP 28 hari ni kacang la. 4 tahun aku berkecimpung dengan dunia laut dan minyak sebelum aku masuk perbankan. Gajinya bulanan, M40 bukan bawah paras miskin bandar.

 Tapi Allah uji aku masa bulan Oktober. 

Aku ingat lagi, masa tu Hari Jumaat pukul 4 petang. Aku dihujung cuti dari laut sedang menunggu panggilan dari laut. Bos freelance aku call dan offer permenant. Gaji basic b40 tapi dengan komisen boleh la up M40 tapi bukan selalu. Dan dia bagi aku sampai Isnin untuk bagi jawapan.

Lepas aku letak panggilan, aku dapat mesej dari Office. Diorang seru aku ke laut. Travel day hari Selasa. Jadi sebenarnya, untuk tidak aku susahkan Office aku cari orang ganti ke laut, aku kena buat keputusan sebelum Sabtu tengahari.

Dan yang paling tidak aku sangka, semalamnya (hari Khamis) , aku baru je pergi interview PTD stage 4 yang mana aku sangat-sangat-sangat yakin boleh dapat. Mak aku (dan semua family aku nak aku kerja gomen)

Nah.

Dalam kurang 24 jam tu, aku sempat buat istikharah sekali je. I was a mess masa tu. Serabut sangat-sangat. I was torn apart dengan kerja yang aku selesa, kerja darat, dan kerja yang family aku nak.

Hari isninnya. Aku telefon Bos kerja freelance aku dan aku bersedia berkhidmat dengan syarikatnya.

Aku ambil keputusan ni berdasarkan keputusan asal kenapa aku berhenti bank dulu. Dan Alhamdullillah, i found a job yang buat hati aku sangat aman. PTD tu pun sebenarnya gagal. Jadi mak aku tak boleh cakap apa (tapi sampai sekarang suruh aku update SPA la , apply position gomen tu la)

Sehingga Allah menurunkan Covid kepada dunia.

Tercyduk. Itu bahasa sekarang yang boleh aku katakan. Pernah aku terfikir, jika aku dapat PTD, adakah aku aman?

Aku tinggalkan persoalan ini esok.

Malaysian Covid-19 as of 1700 2 April 2020.
Cases : 3116 (+208)
Death : 50 (+5)





Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now