Day 13 : Bonne Nouvelle

48 3 0
                                    

Berita paling baik sepanjang PKP.

92 orang telah diisytiharkan sembuh dari jangkitan Covid-19 dan diberi kebenaran pulang.
Jumlah yang paling ramai sepanjang negara kita dilanda wabak ini.

Sudah tentu korang tertunggu-tunggu sidang media dari KKM pada pukul 5 petang. (Ke korang tak kisah?) Sebab kita tahu saban hari, akan ada yang disahkan mati akibat virus ini. Ada juga tempat yang sudah menjadi zon merah dan di bawah PKPD. Mereka terpaksa mengharapkan bekalan makanan dari luar.

Rumah aku ni dikelilingi zone merah. Haha.. cuak juga kadang-kadang. Rancang minggu ni tak keluar langsung beli barang since barang rumah dirasakan (insyaAllah cukup).  

Harini aku WFH seperti biasa. Jujurnya, aku sedang bekerja untuk sebuah syarikat Travel Agency. Dan pandemic ini menyebabkan kami jatuh tersungkur walaupun sudah 5 tahun establish. CEO kami dah nangis-nangis terpaksa mengumumkan syarikat yang dibina bersama-sama bakal 'direhatkan' jika tidak dapat survive sehingga 25 April. 

Aku sebenarnya baru setahun bekerja dengan mereka. Tapi hati aku terpaut kukuh dengan diorang berbanding syarikat-syarikat lain yang pernah aku bekerja. Aku tak kisah memandu sejam untuk satu hala untuk ke pejabat. Aku tak kisah untuk stay overtime dalam office yang kadang-kala sampai pukul 9 malam.

Sebab aku rasa ada satu perasaan 'ownership' ke atas syarikat. Ya, syarikat ynag aku bekerja berjaya menerapkan perasaan itu kurang dalam setahun.

Semasa mesyuarat terakhir sebelum PKP tempoh hari, CEO membentangkan usaha-usaha terakhir syarikat untuk survive. Ada tiga usaha :

- Jual Aqiqah online
- Jual kemudahan tech bisnes online (apps launch esok)
- Kuliah online di Facebook (derma base)

Aku dihalakan kepada kumpulan aqiqah. Mungkin dah ramai biasa dengan perkhidmatan aqiqah online dalam negara. Tak kurang juga dengan pesaing-pesaing sedia ada. 

Tapi syarikat aku optimis yang kami boleh pergi jauh.

Dan aku, ditugaskan untuk mengkaji market dalam dan luar negara khususnya (mungkin sebab aku pandai korek maklumat dan boleh duduk lama baca artikel-artikel agaknya)

Gerak kerja sejak PKP lepas, dan kini sudah masuk penghujung minggu kedua. Aku kini sedang mengkaji di Eropah. Dan ianya sedikit sebanyak meninggalkan rasa kerinduan dengan tempat belajar aku dahulu.

France.

Dalam pada aku merangkak-merangkak membaca artikel dalam french, teringat pula aku akan sebuah movie yang benar-benar menyentuh perasaan aku. Movie tersebut bertajuk Indigenes atau versi Englishnya bertajuk Days of Glory.

Ia mengisahkan mengenai askar-askar muda dari negara jajahan perancis (north africa) yang dijadikan tentera barisan hadapan semasa perang dunia pertama. Saya masih ingat yang bulu roma saya meremang bila pelakon membisik perlahan syahadah semasa masuk ke kawasan musuh sebelum rejimen mereka dibantai oleh mesingan yang bertalu.

Bila mencarinya kembali di youtube, tak jumpa dah.

Kemudian, bila sambung kerja balik dah mula slow dah. Ahaha.. bahana bila mencari dan berangan dan akhirnya 'down to rabbit hole'. Ini istilah yang diberikan bila kita nak cari sesuatu di internet, kemudian kita mula hilang fokus dan mengagau pergi tengok video dan baca artikel yang tiada kaitan dengan kerja.

Malaysian Covid-19 as of 1700 30 March 2020
Cases : 2626 (+156)
Death : 37 (+3)




Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now