Day 15 : Gelombang Tersembunyi

56 2 2
                                    

Fun fact.

Aku tak buat pun aku tulis semalam. Ahahaha... Cuba untuk tidak makan karbohidrat. Well.. ada la terlepas dalam 5 sudu? eheh, kira ok la kot kan?

Esok masih bersemangat untuk lakukan yang lebih baik! (sepatutnya dah tidur ni untuk bangun awal!)

Permulaan yang perlahan sebenarnya. Selepas meeting dengan rakan-rakan secara alam maya , aku baru perasan. Aku tak ada kerja! Ya, ini baru hari pertama PKP peringkat kedua. Kalau kat laut dulu, dah menghitung hari untuk pulang ke darat. 

So mau tak mau kena cari kerja juga. Last-last aku korek pulak pasal orang-orang pakistan di oversea. Baru tahu, diorang ada kementerian khas untuk handle orang-orang pakistan yang tinggal di luar negara. Begitu banyaknya mereka mencari rezeki diluar negara.

Hari ini sekali lagi masa berlalu begitu cepat sekali.  Rasa macam tak ada berkat pun ada.

Pernah dengar berkat?

Nak senang faham , dapat makanan sikit tapi alhamdulillah kenyang dan rasa cukup.

 Kalau dari segi waktu, dalam waktu yang pendek, korang dapat uruskan pelbagai urusan dengan mudah dan cepat.

Sebab tu masa baca doa kita pohon supaya rezeki yang dikurnia berkat dan jauhkan diri dari azab.

Mungkin ada silapnya juga aku pi layan Transformer punya 80's series dalam dua episode sebelum tengahari. haha.. Seronok memang seronok. It was one of the cartoon that made who I am. Heh.. Alasan sebab PKP la.. Minda sudah mula keronyok. 

Masuk petang hari, kita dapat lagi berita baik. Lagi baik dari semalam. Jumlah yang sembuh hit 3 digit. Alhamdulillah! Dirasakan yang kita sedang merasai nikmat yang kita boleh menang lawan covid dan kita dapat bebas selepas 14 April.

Tapi nanti dulu. 

Kita baru je hit 2 minggu untuk balik kampung panik. Kemasukan data untuk 3 hari akan datang sangat crucial. Kalau ianya accelerated, maka... jeng jeng jeng.

Dan apa yang lebih menakutkan adalah apa di sebalik tsunami covid. Ombak tinggi di belakang lebih tinggi dan menakutkan. Ianya gelombang kemelesetan ekonomi negara.

Ada rakan saya tanya pada admin, sudah ada nama yang akan di lay off atau dicutikan tanpa gaji? Admin jawab ; tidak ada lagi buat masa ni..

Gerun juga. Sebab bila dunia sedang lembab, harga minyak juga begitu. Maka negara tidak dapat pendapatan yang mahal. 

Perasaan kan yang kebanyakan bantuan kerajaan adalah 6 bulan kan? itulah projection tempoh kemelesatan negara. 

Tapi Bos saya kata, ini adalah fitrah alam. Sekarang kena pilih, nak mengalah atau nak melawan untuk terus hidup?

Malaysian Covid 19 as of 1 April 2020
Cases : 2908 (+142)
Death :45 (+2)









Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now