Day 31 - Rahmat Tuhan itu luasnya tidak tertaksir.

29 2 6
                                    

Hari ini kompeni dijadualkan buat announcement. Seminggu lebih awal dari apa yang dijadual sebelum ini.

Semalam bila dapat tahu berita ni, terus kaku dan super cuak. Melihat pukulan pandemik Covid-19, banyak industri yang terpaksa bertatih. Tidak kurang juga yang terus tersembam dan tersungkur.

Kompeni yang aku kerja juga terkena. Kami sedaya upaya bertahan dari bulan Februari lagi. Syarikat lain yang sealiran dalam industri sudah awal-awal lagi gulung tikar sejak bulan Februari.

Dahsyatnya pandemik covid-19 ini dikatakan lebih teruk daripada Perang Dunia. Semasa perang dunia, negara-negara kecil yang tidak terkena tempias perang masih lagi boleh menjana ekonomi secara domestik. 

Tapi dengan pandemik ini, seolah-olah peradaban dunia terus dijerut lalu lumpuh tidak bergerak. Benarlah jika ada yang mengatakan virus ini merupakan bala tentera tuhan.

Online Conference kami bermula dengan slideshow CEO yang menerangkan suasana sebenar yang berlaku di luar sana secara economically. To be frank, kelumpuhan janaan ekonomi kali ini lebih teruk darioada pandemik SARS atau credit crunch yang berlaku dulu. 

Seolah-olah bala tentera Tuhan ini datang menabrak kita dengan kuatnya lalu blah meninggalkan kita lumpuh sebelah badan. Itulah gambarannya. Dunia perlu mengambil masa yang sangat lama untuk bounce balik.

Memandangkan ianya sebuah peperangan, masa depan seolah-olah kelam dan tiada guna untuk menyimpan atau labur untuk jangka masa panjang. Lebih baik dapat hidup sehari ke sehari. itu yang lebih penting.

Banyak bisnes di luar terpaksa mengecilkan tenaga kerja. Penstrukturan juga terpaksa dilakukan termasuk membuang pekerja atau menawarkan pekerja untuk cuti tanpa gaji. Waima apa pun yang berlaku, natijahnya tetap sama ; McD dan KFC sudah kelihatan makanan untuk orang mewah.

Di akhir kalam CEO kami, dia terpaksa mengumumkan penutupan sebentar syarikat (hibernasi) sehingga datang peluang untuk bounce. 

Beliau berikan 3 kemungkinan bergantung pada economic bounce :
- 6 bulan >> Kompeni akan recall balik semua orang dan mula bergerak laju
- 12 bulan >> Kompeni restructuring. Terpaksa bergerak dengan skala kecil
- 18 bulan >> Gulung tikar

Dilihat di sini ianya satu progress yang lebih baik sebenarnya di mana syarikat pada asalnya dijangkakan gulung tikar pada hujung tahun. Alhamdulillah dengan segala berkat dan bantuan dari kerajaan dan usaha para pekerja, kompeni ada 'extra breathing space' untuk bertahan lagi.

Tapi ini tidak mengubah realiti...
Kami ditawarkan cuti tanpa gaji bermula 1 May 2020 sehingga tarikh yang akan diberitahu...

Allah... Allah...

Merasakan ini adalah langkah terbaik buat kami, kami redha kerana kami sayang akan kompeni kami. Serius, korang takkan jumpa yang hampir 80% pekerja merupakan pekerja yang loyal. Dan kami tidak mati nama kompeni ini mati. Lebih baik hibernasi.

Walau Cuti Tanpa Gaji, kompeni masih yang memberikan saguhati selama 6 bulan kepada kami. Bila dicampur dengan duit KWSP, moratorium bank dan sebagainya, Alhamdulillah sekurang-kurangnya anak bini ada benda nak makan hari-hari.

Selesai conference call aku jadi blur kejap. Tapi aku sembunyikan di sebalik tawa aku bermain dengan anak sambil menolong mereka kemas bilik. Dah petang sikit baru aku cakap dengan wife yang aku sudah tiada mata pencarian lagi dan aku ada 6 bulan untuk prepare the worst.

Sama seperti tahun lepas yang aku keluar dari bank tanpa sebarang pekerjaan backup. Masa tu aku plan 3 bulan. Tapi lepas sebulan aku dah panik naharam.

Jadi aku mula buat kira-kira apa yang perlu dipotong lagi dan apa yang boleh dicekau untuk tampung kos bulanan. Nak kata runsing.. tak juga sebab aku dah rasa dah last year, so mentally ready dah tinggal just nak plan the worst.

Antaranya :
> Aku kena siap edit novel aku dan jual secara ebook. Target 2 buku tahun ni
> Buat part time dari rumah macam translate buku ke etc
> Buat Channel youtube yang berfaedah sikit (hehe) so boleh monetize insyaAllah.
> Jadi broker kek, biskut dan kerepek (Ini aku tak mahir sebenarnya tapi...)

Dalam aku runsing mencari solusi dan mengira sana-sini, handphone aku berbunyi. Nombor yang tidak aku save sebab tak pernah di call oleh orang tersebut.

Panggilan dari CEO.

"Simon, aku nak offer kau kerja full time freelance bermula 1 May."

Benar kata orang rahmat Allah itu luas.

*Sujud syukur*

Malaysian Covid-19 as of 1700 17 April 2020.
Cases : 5251 (+69)
Death : 86 (+2)

Minum segelas air sebaik je bangun : Done
At least 1L air sebelum maghrib : Done
Light Stretching : TAK BUAT!




Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now