Day 29 - PT3, UPSR, You are cancelled.

62 4 24
                                    

Aku faham perasaan korang pada hari ke 29.

Ianya sama dengan sebuah perasaan semasa aku berkerja di laut dulu. Biasanya kami 28 hari di tengah laut dan akan pulang ke darat keesokkan harinya. Tapi bila mendapat berita yang kami ke extend atau sekadar turun darat 24 jam kemudian ke laut balik, perasaan kecewa dan mahu memberontak meluap-luap.

Ya, sama seperti hari ini. Ramai yang cuba keluar rumah. Bisnes pun tak sabar nak rolling duit. Dari menunggu jawapan dari MITI yang entah bila dapat, better bisnes jalan dulu.

Nah, pasal semua ni, ada yang mention boleh sampai akhir bulan Jun.

Ini ditambah kuat bila gomen mengambil keputusan untuk membatalkan UPSR dan PT3. Walauwei! Aku berpuluh tahun hidup tak pernah terfikir yang exam besar boleh batal. Berkepak berkokok aku kalau aku jadi diorang bila tahu hal ni.

Nak sangat masuk asrama? Itu aku dulu la. Tapi bila difikirkan balik, semua itu tak menjamin kelestarian dan skill survivor orang yang tak pergi asrama penuh. Ya, pergi sekolah harian ada banyak faktor dan hasutan-hasutan agar kita tak tumpu belajar.

Di asrama pula ada prep, cikgu bagi soalan tahunan dan sebagainya. Memang untung diorang.

Tapi diorang tak akan dapat skill jalanan yang budak sekolah biasa terdedah sehari-hari. Maaf aku sebut kat sini tapi lihat sahaja kawan-kawan cina kita. Mereka tak pergi asrama pun. Perform je diorang.

Nak cakap sebab otak diorang pandai sejak azali? Come on, korang tahu itu sekadar alasan korang untuk melepaskan diri. 

Tiada isitilah siapa pandai siapa bodoh. Memang ya sistem kita seolah-olah menjalani peperiksaan memanjat pokok ke atas monyet, ikan, lembu, rusa dan harimau. Sudah pasti ada yang tak boleh perform.

Itu gambaran sistem kita biasanya. Jadi tak semestinya tak ada UPSR dan PT3 tak boleh hidup. Sama juga dengan SPM. Aku dah bertahun tinggalkan SPM, aku boleh cakap, itu sekadar kenangan yang boleh dibuat modal bila ada orang up kat twitter.

Ya aku bersetuju degnan masuk asrama, peluang untuk dapat biasiswa itu lebih tinggi. Lagi-lagi untuk keluarga yang B40 an M40. Mana la mampu nak tanggung kos pengajian. Golongan T20 juga tak kurangnya ada di asrama. Kalau pandai bersosial dan suka mengekalkan persahabatan, sudah tentu korang akan banyak kontak.

Generasi sekarang untuk kerana ada Whatsapp dan Telegram. Dulu kami (geng 30 ke atas) hanya ada facebook dan juga friendster. nasib la kalau tak dapat friend dengan sesapa.

Sekarang ada whatsapp group kelas, whatsapp group badan uniform, tuisyen, etc etc. Kekadang yang jadi pening adalah ibu bapa dalam tu (kalau dijemput sekali)

Jadi macam aku sarankan dari awal, inilah masanya untuk pickup skill yang bakal menjadi penentu masa depan korang. Parents kena aware ni since diorang most likely cuti sampai hujung bulan 6.

Buat homework, home school tu dah  ngam dah, tinggal a few things yang mungkin diorang boleh pick up macam video editing, photo editing, ambil gambar (eventhough dalam rumah) buat power point gempak ke, belajar pakai excel ke.

Bab belajar pakai excel tu best. kekadang boleh sampai CEO syarikat berlutut sembah sebab kita pendekkan 'man hours' syarikat hence save company's money. Sebab excel tu sebenarnya boleh buat 'logik' komputer dan boleh buat auto banyak benda.

Nak pickup skills macam masak, main music pun boleh. belajar language ke. Cuma parents jangan paksa diorang sangat la. Aku dulu sejak sekolah rendah parents paksa belajar bahasa cina. Tapi aku tak nak.

Serius aku tak nak. Sebab aku begitu nasionalis sekali sehingga bahasa inggeris pun aku tak nak belajar. Tahun pertama aku ok sebab kelas among pelajar bukan chinese. Following year aku tak dapat cope sebab kena campak ke kelas dengan golongan cina pisang (chinese tak reti menulis dan membaca chinese)

Krem otak aku masa tu dan aku memang nak give up sebab aku jenis yang lambat belajar language baru. Kat sekolah agama punya bahasa arab jangan cerita la. Gagal bergaya sampai PSRA.

So bila bab belajar language (dipaksa) hati tertutup dah. Tapi parent aku paksa sebab diorang rasa aku ni pemalas. Bila aku dah start tipu guru kelas tak dapat hadir sebab balik kampung dan tipu bonda kelas bahasa cina cancel, itu turning point aku.

Still parent aku paksa.

Next year aku pi tipu bonda aku kata sekolah tak offer lagi kelas tu walhal ada sampai aku tamat UPSR.

Puas hati aku.

Memang agak bahaya bila parents 'konon'nya mahukan yang terbaik anak-anak untuk masa depan walhal itu sebenarnya ego mereka yang tidak terlunas dulu. Mejadah suruh anak kau jadi doktor sedangkan nak jadi doktor tu susah nak mampus? Dah la kena mengadap patient macam hanat T20, on call lagi, gaji ciput doktor cabok lagi. Ingat itu berbaloi dengan rasa bangga 'ada anak doktor'? 

Yang penting diorang ada hala tuju nak jadi apa. Kalau diorang tak tahu, meaning diorang tak tahu apa kelebihan dan kekurangan mereka sendiri. Anak-anak remaja biasa akan dengar cakap kawan dari mak bapak. Sebab diorang lagi trustworthy dan memahami situasi.

Tapi problemnya bila anak-anak terikut pula ajakan member. Sebagai contoh pusat tuisyen la. Ada yang berani nak pergi tempat yang tak ada member langsung kat tempat tu?

(uih tak sedar aku bebel sampai 800 dah.. bila luah perasaan gini la jadinya)

Malaysian Covid-19 as of 1700 15 April 2020
Cases : 5072 (+85)
Death : 83 (+1)

Bangun tidur dan terus minum air kosong : Done
At least 1 liter habis sebelum maghrib : Done
Buat streching pagi :






Liku-Liku PKPWhere stories live. Discover now