BAB 200

290 13 1
                                    

Fikri kehilangan kata-kata. Dia tak mampu untuk jawab soalan dari Hani. Dia melepaskan nafas dan duduk di sebelah Hani. Permandangan bukit di pandang sayu oleh Fikri.

"I dah tak tahu nak cakap macam mana lagi dah dengan you. Apa yang boleh i cakap, Farah tak akan ganggu you lagi."

Hani turut duduk di sebelah Fikri. Wajah lelaki itu di pandang.

"Farah tak akan lepaskam you Fikri."

Fikri berpaling memandang Hani.

"Jadi you sanggup lepaskan i gara-gara Farah."

"I tak sanggup lepaskan you tapi i tak sanggup mati dekat tangan dia."

"Ajal dan maut, Allah yang tentukan. Selagi Allah tak kehendak, buat lah macam mana sekali pun, you tetap hidup."

"Kenapa you tak nak terima Farah? Dia cantik badan solid macam model. Sesuai lah dengan you."

Fikri ketawa.

"Cantik macam model tetapi tak hargai i untuk apa? Kalau macam i jenis banyak perempuan tak ada masalah. Mungkin i akan terima dia semula tetapi you tengok i, Ada ke i buat macam tu dekat you? I nak cari perempuan yang hargai i. Yang sayang i yang cintakan i seperti mana i sayang dan cintakan seseorang tu."

Hani hanya diam. Dia sendiri tak tahu nak fikir apa.

"You percaya lah pada i yang dia tak akan ganggu you lagi."

"Kalau dia ganggu i lagi?"

Fikri memandang Hani dan dia meraih kedua tangan Hani.

"I berjanji yang i akan sentiasa ada dengan you. I akan jaga you seperti mana i jaga diri i sendiri. Itu janji i dekat you, sayang."

Lambat-lambat Hani mengangguk kepala dan akhirnya dia tersenyum.










"Bila i boleh bawa you dan kenalkan you dekat family i?" Tanya Aman seraya memandang Janna disebelah.

Mereka berdua melangkah ke arah bangku yang terletak di tepi sudut lalu duduk. Air tealive di sedut oleh Janna.

"Itu pun i tak pasti bila boleh." Ucap Janna seraya menyilang kaki.

Aman diam dan mengangguk kepala.

"Tapi kalau boleh biar lah secepat yang mungkin. Yelah sebab i dekat Kuala Lumpur ni pun tak lama. Esok atau lusa i balik ke Johor semula."

"Takkan lah esok i nak jumpa dengan family you. Dengan you sendiri pun i tak berapa nak kenal."

"Tapi kan sayang, tak ada masalah pun kan bab itu? Kita sebelum ni pun dah kenal each other. I kerja apa, stay mana itu ini semua."

Janna ketawa perlahan. Dia memandang wajah Aman yang sedikit kerisauan.

"Kenapa i tengok you sekarang ni macam risau? Ada sembunyi sesuatu ke dari i?"

Aman menggelengkan kepala.

"No i tak risau apa-apa pun cuma i tak nak bekas i ganggu i lagi."

"Kenapa? Bekas you nak rujuk dengan you lagi ke?"

Aman menganggukkan kepala.

"Haa okay lah tu mana lah tahu kan lepas you all rujuk semula akan ada keserasian tu."

"I tak akan rujuk dengan dia lagi dah sebab i dah buang dia jauh-jauh dalam hati i selepas i keluar dari rumah tu. I bukan tak pernah pujuk dia, pernah dan banyak kali tetapi dia tetap berkeras nak bercerai. So apa boleh i buat? I terpaksa lepaskan dia lah mengikut kemahuan diri dia."

Janna hanya mengangguk kepala.

"Ini andai katalah kan. Andai kata kalau kita berkahwin, dia akan ganggu kita ke?"

"Mungkin dia akan ganggu kita ataupun mungkin tidak. Dia mesti lah kena hormat privacy i dan you seperti mana i pernah hormat privacy dia masa dia berkahwin dulu."

"Oh dia pernah berkahwin?"

"Ya dia pernah berkahwin lain selepas dia bercerai dengan i. Dan dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan anak bos di syarikat masa dia bekerja dulu dan masih status isteri i."

Janna mengangguk kepala lagi.

"You kenal ke siapa anak bos kat syarikat dia bekerja tu?"

"I tak kenal pun. Cuma yang i tahu dia tu duda tak ada anak. Itu saja."

"Sekarang dia masih dengan lelaki tu ke?" Tanya Janna.

Aman menggelengkan kepala.

"Dengar cerita yang dia dah bercerai. Masa sebelum bercerai tu dia kerap call i dan minta rujuk dengan i."

"Jadi you terima?"

"Of course not. Masa dia minta rujuk dengan i tu, i dah bertekad nak cari you."

Janna mencebikkan bibir.

"Kenapa macam tu? You tak percaya ke?"

Janna ketawa melihat perubahan di wajah Aman.

"I tak cakap i tak percaya, But one day i percaya yang you akan pergi dekat dia semula." Ucap Janna seraya mengangkat kedua bahunya.

Dahi Aman berkerut.

"Kenapa pulak i nak kena pergi dekat dia?" Tanya Aman seperti tak puas hati.

"Reason dia" ucap Janna seraya bangun berdiri.

Dia berpaling dan mengadap Aman yang masih lagi duduk.

"You tinggalkan i sebab you berjumpa dengan dia dan you terus berkahwin dengan dia sedangkan i dengan you lama dan you tak datang dekat i pun. Dan you cintakan dia sebab tu you memilih dia daripada i. Dalam hati you langsung tak pernah cintakan i. Itu lah reasonnya dan sekarang ni you datang balik dekat i dan you mengatakan yang you cintakan i. I tak nampak dah cinta yang you cakap kan tu dan you datang sekarang ni pun i tahu apa motif you yang sebenar" Ucap Janna membongkokkan badan di depan Aman. Kedua tangan berada dipinggangnya.

"Betul tak i cakap yang you tak percaya pada cinta i?"

Janna tersenyum. Dia terus melangkah untuk turun tangga. Aman mengikut dia dari belakang.

"Cinta hanya lah sebatas kata-kata di bibir je encik Aman."

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now