BAB 209

56 6 0
                                    

Dahi Hani berkerut.

"Auntie kenal ke Farah tu?"

Puan Diyana tersenyum. Cawan yang berisi kopi o diangkat lalu di minum.

"Kenal sangat dengan Farah tu. Sebenarnya Farah tu okay di pandangan mata auntie lah. Tapi entah lah perangai dia tu membuatkan auntie satu keluarga tak berkenan."

Hani mengangguk kepala. Dia nak sangat tanya perangai Farah tu tetapi dia bertahan. Takut nanti di gelar kepoh pulak.

"Biasa lah tu auntie nak buat macam mana kan kalau dah sikap dia macam tu." Ucap Hani.

"Itu lah tu, Eh jemput lah minum." Pelawa Puan Diyana.

Hani hanya tersenyum lantas cawan tersebut di angkat.

"Jaga lah Fikri tu baik-baik dan auntie pun pernah pesan dekat Fikri suruh jaga Hani elok-elok. Apa-apa pasal Farah tu ignore je dan dia memang macam tu. Selagi apa yang dia nak tak dapat, dia akan jadi gila dan sebab tu auntie dengan keluarga auntie tak pernah nak layan kalau si Farah tu datang mengamuk kat sini macam orang gila."

"Eh dia pernah mengamuk kat sini ke auntie?"

"Pernah dan banyak kali sampai satu tahap jiran-jiran kat sini buat report polis."

"Ouh bertapa sayangnya Farah dekat Fikri ye. Nama pun dah dekat-dekat dah"

Puan Diyana ketawa perlahan.

"Kalau sayang buat cara betul-betul sayang dekat someone tu. Ini sekadar nak main-main auntie pun tak gemar. Lagi satu dia bukan sayang tetapi obses. Obses ni bahaya tau"

Hani hanya mengangguk kepala. Dia sendiri tak tahu nak cakap apa lagi.






"Berikanlah jawapan huraikanlah simpulan biar tenang jiwaku setelah kasih lama berlalu.
Tidak mungkin kulupa perjanjian kita
di bawah rumpun bambu
di kala bulan sedang beradu.
Mengapa terjadi perpisahan ini
di kala asmara melebar sayapnya.
mengapa kau pergi di saat begini
di kala hatiku terlukis namamu
kalau memang tiada jodoh
apalagi nak ku heboh aku malu pada teman pada semua.
Rindu, rindu serindu rindunya namun engkau tak mengerti.
Pilu, pilu sepilu pilunya namun engkau tak peduli.
Malu, semalu malunya namun apa daya orang tak sudi. Mahu, semahu mahunya
namun apa daya orang dah benci."

"Kalau rindu pergi jumpa dia. Yang kau menepek dekat balcony ni sambil dengar lagu spoon ni kau ingat Janna nak datang dekat kau ke? memang tak jadi apa lah bro." Ucap Hisham lantas duduk di sebelah Shahrul.

Shahrul mengeluh berat. Bukan dia tak pergi jumpa dengan Janna tetapi dia agak malu kalau dia pergi nanti Janna dah tak nak layan dirinya lagi seperti sebelum ini. Lagi malu kalau Janna buat-buat tak kenal dirinya itu.

"Teruk dah aku tengok kau ni Shahrul. Serabai macam apa tah." Ucap Hisham sambil memandang Shahrul yang tengah menepek macam ikan kembung mati terburai perut.

"Dia dah bahagia dah sekarang. Aku malas nak ganggu dia"

"Itu semua salah kau"

Shahrul terdiam. Dia akui salah dia kalau dia tak paksa Janna masa dekat langkawi dulu tu, dah tentu dia bahagia dengan Janna sekarang ni. Shahrul mengeluh lagi.

"Bertabahlah bro, nasi dah jadi bubur lambok. Kau redha jelah dengan ketentuan ilahi."

Shahrul menjeling ke arah Hisham. Sakit pulak hati dia bila Hisham minta dia redha.

"Kau rasa dia akan berkahwin ke dengan mamat tu?" Tanya Shahrul perlahan.

Selepas dia baca text yang lelaki tu ajak Janna berkahwin, hatinya bagai nak pecah.

Hisham berpaling. Dahinya berkerut seribu.

"Kau still link device WhatsApp dengan Janna ke?"

Shahrul mengangguk kepala perlahan.

Hisham tersenyum.

"Kau dah kenapa senyum macam kerang busuk ni?" Tanya Shahrul.

"Kau tak faham ke kenapa Janna tak delete device tu?"

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now