BAB 234

56 5 2
                                    

Cik Siah dan Suria berpaling.

"Apa abah ni?"

Megat Ismail berkerut dahi.

"Betul lah abah cakap. Kamu nak tunggu abang-abang kamu kahwin dulu, sempat lah kamu jadi anak dara tua." Ucap Megat Ismail bersama ketawa yang kecil.

Suria buat muka.

"Tak ada maknanya abah Suria sempat jadi anak dara tua. Abah tengok eh, Dan, Shahrul, Iskandar dan Nadim kan diaorang akan berkahwin tak lama lagi. Lepas Nadim kahwin, Suria pulak yang akan berkahwin." Ucap Suria senafas.

"Itu pun kalau kamu sempat cari apa tadi? Boyfriend?" Ucap Cik Siah.

Megat Ismail cuit bahu isterinya.

"Itu pun kalau laku." Ucap Megat Ismail berseloroh.

Cik Siah mengangguk kepala sambil ketawa dan menutup mulut.

"Abah dengan mak ni saja kan? Dah lah tak nak kawan." Ucap Suria melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang geram.

"Siapa tah nak kawan dengan dia." Laung Megat Ismail lagi.

Sengaja nak menyakitkan hati anak perempuannya itu.

"Eeeeeee" ucap Suria perlahan.







"𝓐da apa nak jumpa?" Tanya Janna selepas melihat Shahrul yang berada di hadapannya.

Shahrul hanya tersenyum.

"Hmm pasal Fikri dan beberapa hal yang lain."

Janna menjebikkan bibir. Dia dah agak dah. Janna menarik nafas.

"Kalau kau datang jumpa aku pujuk aku minta aku maafkan mamat tu, aku rasa kau hentikan lah. Aku memang tak akan maafkan dia. Biar dia rasa yang Hani tu tak nak bercakap dengan dia lagi."

"Jahat kau eh" ucap Shahrul.

Janna berpaling.

"Apa pulak?"

"Yelah tak baik tau sayang buat macam tu. Apa salahnya maafkan dia dan biar dia bahagia dengan si Hani tu."

"Hello Encik Megat Shahrul Anuar"

"Ye sayang." Potong Shahrus sambil matanya memandang ke arah Janna.

Dahi Janna berkerut. Pandangan Shahrul tak dapat di tafsirkan oleh Janna.

"Kau ni dah kenapa? Gila ke?"

Tercetus ketawa Shahrul bila kena setepek dengan Janna.

"Aku tengah serius kau main-main. Dah lah malas aku nak layan kau dah"

Shahrul masih lagi ketawa dan kepalanya mengangguk.

"Okay-okay sorry. Teruskan"

Janna mengeluh.

"Selama ni dia bahagia dengan Hani aku tak pernah cakap apa-apa pun. Tapi kenapa dia nak burukkan aku? Lepas tu bila dah jadi macam ini, Hani pun dah tak nak layan dia, baru dia nak sedar kesalahan dia tu." Ucap Janna.

Dia memandang air pancutan yang berada di depannya itu.

"Sayang, ye aku pun ada marah dia juga dan tanya kenapa dia burukkan kau. Tapi tak salah kan kalau kau maafkan dia. Maafkan dia okay?"

Janna berpaling dan tersenyum ke arah Shahrul. Shahrul turut membalas senyuman tersebut.

"Tak!" Ucap Janna seraya mengangkat kening.

Janna terus bangun berdiri.

Shahrul mengeluh. Tak lama tu dia mendongak memandang Janna yang tengah berdiri.

"Sayang."

"Dah. Aku tak nak cakap pasal benda ni lagi."

Shahrul terus bangun.

"Ye, aku pun tak nak cakap pasal benda ni lagi. Tapi, maafkan dia okay."

"Tak nak!" Ucap Janna melangkah.

"Nak pergi mana?" Laung Shahrul.

Janna berpaling.

"Nak pergi pavilion! Ada kerja kat sana" ucap Janna turut melaung.

Shahrul berlari-lari anak mengikut Janna dari belakang.

"Tunggu. Nak ikut."

Janna berpaling memandang Shahrul.

"Tak payah lah ikut!" Ucap Janna seraya mempercepatkan langkah kakinya.

"Nak ikut juga!!" Laung Shahrul.

Janna mendengus sambil memandang Shahrul di belakang. Mamat ni bukan jenis yang faham bahasa. Geram pulak rasanya.







"Assalamualaikum."

Semua yang berada di gerai makan berpaling.

"Eh Aman!" Ucap Pak Din.

Aman tersenyum dan bersalam dengan Pak Din.

"Kau sihat Aman?"

Aman menganggukkan kepala.

"Alhamdulillah sihat je sekarang ni. Pak Din sihat? Macam mana meniaga okay ke?"

"Meniaga macam biasa. Alhamdulillah okay. Ada apa tiba-tiba muncul? Bukan kau dekat johor ke?" Tanya Pak Din.

Tangannya lincah buat kerja.

"Sekarang dah pindah dekat kuala lumpur dah. Pak Din, saya nak tanya boleh?"

"Ha tanya lah."

"Rumah yang Angah duduk tu ada kosong lagi tak?" Tanya Aman.

"Kenapa? Kamu nak duduk dekat situ ke?

Aman menganggukkan kepala.

"Macam gitu lah tapi tak lama pun dalam dua tiga hari je"

"Boleh je kalau kamu nak duduk dekat situ. Tetapi kamu tak boleh bawa orang lain lah. Faham-faham lah sebab apa Aman"

Aman hanya mengangguk kepala.

"Faham" ucap Aman sepatah.

"Bila kamu nak masuk?" Tanya Pak Din.

"Kalau boleh hari ni sebab kejap lagi saya nak pergi busking dekat Saloma Bistro."

Dahi Pak Din berkerut.

"Kau busking pulak sekarang?" Tanya Pak Din pelik

"Sementara je Pak Din. Lepas ni saya kerja kat tempat lain."

"Oo macam gitu."

Aman hanya mengangguk kepala.

"Tak apa lah kalau macam itu. Kau nak duduk lama dekat rumah tu, duduk jelah. Kejap aku panggil Angah." Ucap Pak Din lantas matanya melilau mencari kelibat Angah.

"Ha tu dia. Jom" ajak Pak Din.

Aman dan Pak Din terus melangkah ke arah Angah yang tengah mengelap meja.

"Angah." Panggil Pak Din.

Angah berpaling.

"Eh Aman." Ucap Angah lantas bersalam dengan Aman. Aman tersenyum.

"Ni Angah, Aman dia nak duduk satu rumah dengan kamu. Kamu okay tak?"

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now