BAB 251

58 5 0
                                    

"You, i rasa cukup kot dan i nak balik. Badan i tak berapa nak sihat." Ucap Aman tiba-tiba

Lailya memandang jam di tangan.

"Baru pukul satu. Kita pergi lunch nak tak? I belanja"

Aman menggelengkan kepala. Sekarang ni dia tak boleh nak buat apa-apa. Dia kalau boleh nak tidur saja.

"Tak apa, hantar i balik okay?"

Lailya mengeluh lantas mengangguk kepala. Buat masa sekarang dia kena mengalah serta memahami keadaan Aman.

"Bila kita boleh jumpa lagi?" Tanya Lailya.

Aman terus bangun berdiri. Dia dan Lailya berjalan beriringan.

"Tak tahu. Kenapa?"

"I ingatkan nak jumpa dengan you lagi. Boleh spend time lama-lama masa kita mula-mula kenal dulu. Ingat lagi tak?"tanya Lailya seraya tersenyum.

Aman menggelengkan kepala.

"I dah tak nak ingat apa-apa lagi dah cuma i nak jumpa dengan Aakif je nanti. Mungkin i akan ambil Aakif dan i akan jaga dia semula."

Dahi Lailya berkerut.

"Bila you nak ambil Aakif."

"I akan ambil Aakif bila i dah okay nanti. Insyallah"

Lailya tersenyum.

"Tapi i hope bila i ambil Aakif, you tak perlu lah nak datang hari-hari."

Senyuman Lailya yang tadi mekar tiba-tiba hilang.

"Kenapa? Aakif tu kan anak i juga dan tentunya i akan tengok dia hari-hari atau call dia hari-hari. You tak boleh pisahkan i dengan dia"

Aman memandang Lailya.

"I tak suka you datang hari-hari dan i tak suka you call i hari-hari sebab telefon bimbit yang i pakai sekarang ni pemberian Janna jadi i harap you faham. Tapi kalau you tak nak faham juga, i tak akan ambil Aakif dan i akan transfer bulanan dekat Aakif hanya tiga ratus."

"Sampai hati you kan buat i macam ni? Tak ada lagi ke ruang dalam hati you untuk i?"

Aman hanya menggelengkan kepala dan dia melangkah ke arah kereta Lailya. Dia tak nak kerana dia rapat dengan Lailya, hubungan dia dengan mak abah dia terganggu dan dia tak nak Janna tahu.








"Uii, termenung?" Sapa Shahrul seraya mencuit hidung Janna.

Janna tersentak lantas berpaling memandang Shahrul. Dia melangkah duduk di hadapan Janna.

"Sayang, shampoo rambut hubby." Ucap Shahrul seraya menghulur shampoo tersebut ke arah Janna.

Dahi Janna berkerut. Lambat-lambat shampoo tersebut di ambil.

"Shampoo siapa ni?" Tanya Janna seraya menuang shampoo tersebut ke tapak tangan.

"Hisham"

Janna hanya mengangguk walaupun Shahrul tak nampak. Janna terus shampoo rambut Shahrul perlahan-lahan.

"Shahrul" panggil Janna perlahan.

"Hmm"

"Kenapa buat semua ni?"

Senyuman terukir di bibir Shahrul.

"Saya wajib buat isteri saya gembira walaupun saya tahu yang isteri saya tak gembira langsung. Kan?" Tanya Shahrul berpaling sekilas.

Dia tetap tersenyum.

Janna tersentak dengan kata-kata dari Shahrul.

"Sayang" panggil Shahrul.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now