BAB 221

54 6 0
                                    

"Kita tak akan berjumpa lagi sebab" Hani terhenti kata-kata. Dia berpaling memandang ke arah Janna. Tak lama kemudian Hani berpaling memandang ke arah Shazwan semula.

"Sebab i akan berkahwin dengan orang lain. You dah jadi my past dan i tak akan terima you lagi. Terima kasih selama kita kenal dan berkasih sayang. I minta maaf sekiranya selama kita kenal, i ada banyak buat salah dengan you baik i sedar atau pun tidak. Walau macam mana sekali pun you buat dekat i masa kita bersama, you abaikan i, kita bergaduh, i maafkan you. I pergi dulu dan i harap kita tak akan berjumpa lagi." Ucap Hani seraya mengesat air mata yang mengalir di pipi.

Selama ini dia rasa dia dah cukup kuat untuk berhadapan dengan masa lalunya. Tetapi dia tak mampu dan tak kuat.

"Cincin ini you bagi lah dekat perempuan yang selayaknya untuk you. Assalamualaikum" ucap Hani seraya melangkah meninggalkan Shazwan di tengah puluhan orang di dalam mall tersebut.








"La la la la la la" nyanyi Shahrul perlahan. Dia yang baru sampai di parkir rumahnya hanya bernyanyi-nyanyi kecil.

Hisham yang turut berada di situ berkerut dahi.

"Amboi happy semacam nampak. Kena nombor ekor ke?"

"Bila pulak aku main nombor ekor gila." Ucap Shahrul seraya menekan alarm keretanya.

"Dah tu yang kau happy sangat ni kenapa?"

Shahrul tersenyum lagi.

"Aku baru balik jumpa dengan Janna."

Riak wajah Hisham kelihatan terkejut sedikit.

"Serius lah? Kau dengan Janna dah okay?"

"Okay sangat tu tak lah. Kau sendiri tahu Janna tu macam mana. Kalau dia marah dekat aku mahu bertahun perginya. Tetapi..."

"Tetapi apa?" Tanya Hisham.

Shahrul tak menjawab soalan dari Hisham, malah dia senyum lagi.

"Tetapi apa bongok?" Tanya Hisham seraya melayangkan penumbuk di lengan sado Shahrul.

"Tetapi aku berjaya buat Janna keluar dengan aku tadi dan dia perlu tunaikan semua janji-janji dia yang dulu."

Dahi Hisham berkerut seribu.

"Maksud kau?"

"Bermula Janna bercinta dengan Qayyum, aku dengan Janna ada buat perjanjian. Perjanjian tertulis hitam putih dan ada cop dari mahkamah."

"Oh aku ingat perjanjian tu." Ucap Hisham

Shahrul menganggukkan kepala.

"Sekarang ni dah empat bulan Janna dengan Aman, lima bulan kalau Janna masih tak berkahwin dengan Aman, secara automatik Janna my mine. Tetapi Janna minta lagi lima bulan dekat aku."

"Kau pasti ke yang dia tu tak akan berkahwin dengan Aman dalam masa lima bulan ni?"

Shahrul menganggukkan kepala.

"Aku pasti sangat"

"Kejap, macam mana kau boleh pasti?"

"Janna tak akan berkahwin dengan seseorang lelaki dalam tempoh yang terdekat. Tambah-tambah lagi lelaki itu pernah sakitkan hatinya dulu."

"Okay, habis tu apa kata Janna?"

"Janna dia nak atau tak nak dia kena terima lah semuanya itu. Siapa suruh dia turunkan tanda tangan tu dulu."

"Kau paksa dia, memang lah dia buat macam tu."

Shahrul berpaling memandang Hisham.

"Untuk pengetahuan kau Hisham, aku tak pernah paksa Janna untuk turunkan tanda tangan tu. Dia yang menerima dan dia juga ada letak syarat dekat aku."

Dahi Hisham berkerut seribu.

"Dia letak syarat apa pulak?"

Shahrul ketawa perlahan.

"Syarat yang dia letak ni Hisham, tak akan ada lelaki yang setuju. Sakit tahu tak syarat dia tu."

"Syarat apa gila?"

"Dalam envelope ni ada tentera syarat dia. Kau tengok lah sendiri dan selepas kau dah baca syarat dia tu, bagitahu aku sama ada kau boleh terima atau tidak."

Hisham mengangguk perlahan. Envelope yang berada di tangan Shahrul di ambil lantas di buka. Syarat-syarat yang tentera di atas kertas perjanjian itu dibaca satu persatu oleh Hisham. Sesekali mata Hisham terbeliak membacanya.

"Amacam? Kau boleh terima tak?" Tanya Shahrul yang tengah berpeluk tubuh.

Surat penjanjian itu di masukkan semula ke dalam envelope lalu di serahkan dekat Shahrul semula. Lambat-lambat Hisham menggelengkan kepala.

"Kejap, kau tak rasa ke syarat yang di letakkan Janna ni keterlaluan?"

Shahrul mengangkat kedua bahunya.

"Yang aku tahu, tuan hakim ke atau siapa-siapa tak boleh halang kuasa seorang suami dan aku tak pernah tanda tangan syarat Janna tu tanpa pengetahuan dia."

"Serius lah?" Tanya Hisham

"Ye." Ucap Shahrul bersahaja.

"Tapi kalau kau paksa dia tu dah kes lain dah. Haa pishang kau kalau kena akta."

"Dia tak akan buat macam tu. Kita berdua ni dah kenal sangat dengan si Janna tu. Apa yang nak di takutkan tu Hisham?"

"Tu lah tu. Tapi tu lah masih terniang-niang dalam kepala otak aku dengan syarat Janna tu. *tak boleh tidur sekatil* haha! puasa lah kau Shahrul dari dulu sampailah bila-bila."

Shahrul turut ketawa apa yang dikatakan oleh Hisham.

"Aku tak akan berpuasa. Percaya lah cakap aku." Ucap Shahrul lantas melangkah perlahan dan di ikuti oleh Hisham.

"Haha! Good luck brother. Jangan malam pertama kau nanti jadi huru hara sudah lah ye."

Shahrul mendongakkan kepala lantas ketawa kuat. Bergema suaranya di parkir kereta.








"You malam nanti kalau tak call boleh?" Tanya Janna seraya menekan butang sent.

Janna berpaling memandang Hani yang tengah duduk dekat meja makan. Dia masih lagi menangis. Janna mengeluh perlahan lantas bangun berdiri. Belum sempat dia nak mengatur langkah, telefon bimbitnya berbunyi menandakan WhatsApp masuk.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now