BAB 243

54 5 1
                                    

"Saya faham." Ucap Aman.

"Saya doakan semoga awak bahagia dengan pasangan awak Janna." Ucap Aman lagi.

Janna mengawal dari menangis. Dia dah penat sangat menangis.

"Saya pun turut doakan awak semoga awak berbaik balik dengan Lailya. Dia jodoh awak yang sebetulnya. Kita yang terlampau melawan takdir."

Aman terdiam. Tak lama tu dia menganggukkan kepala.

"Saya pergi dulu." ucap Janna perlahan.

"Se...." Aman tak mampu untuk mengucap selamat tinggal untuk Janna.

Dia menarik nafas dalam-dalam. Hatinya rasa macam nak meletup. Janna memandang Aman buat kali terakhir. Dan akhirnya Janna terus melangkah pergi. Aman menundukkan wajahnya kerana dia tak mampu untuk melihat Janna buat kali terakhir. Dia tak mampu.








"Janna tak ikut balik ke?" Tanya Fikri.

Sengaja dia ingin memecahkan kebisuan antara mereka berdua.

Hani tak menjawab pertanyaan Fikri, malah dia hanya menjeling ke arah Fikri. Sakit hatinya dengan sikap Fikri. Dia ingin minta Shahrul menghantarnya pulang, tetapi Fikri cepat-cepat menarik tangannya ke kereta. Katanya jangan ganggu Janna dengan Shahrul. Menganggu apanya? Mintak hantar pulang je kot.

"Hani, i tanya ni kan?" Ucap Fikri perlahan.

"Tanya soalan yang you sendiri dah tahu jawapannya kan?"

"Salah ke kalau i nak tanya dua puluh kali sekali pun?"

Hani mengetap bibir. Ee sakitnya hati.

"Kejap. Bukan ke you tak suka Janna sekali dengan i? Hmm?"

Fikri mengeluh perlahan.

"You i dah berulang kali minta maaf dekat you. Ibagi masa untuk you tau dan i tak ganggu you pun. Takkan tak reda lagi?"

"Janna maafkan you tak?"

"Alahai Hani ku sayang, you sendiri tahu kan perangai harimau tu macam mana? Dia sebolehnya tak nak maafkan i. Takkan lah you nak tunggu dia maafkan i dulu baru kita nak okay? Tak boleh lah sayang macam ni. Memang beruban lah jawabnya."

Hani berpaling memandang Fikri.

"Memang patut pun dan padan dengan muka you. Cakap lagi orang macam-macam."

"You, boleh tak jangan nak padan sangat dengan muka i? I dah tak reti nak padan dan ni tau. Jangan lah macam ni. Berbaik lah dengan i semula you"

"I nak tanya you ni"

Fikri memandang Hani sekilas. Tak lama tu dia memandang ke hadapan semula.

"You nak tanya apa?"

"Kenapa you masukkan gambar-gambar kita dekat media sosial you?"

Dahi Fikri berkerut.

"La kenapa? Tak boleh ke?" Tanya Fikri pelik.

"I tak cakap tak boleh. You tahu tak i jumpa siapa baru-baru ni?"

"You jumpa siapa?"

"I jumpa dengan ex you lah. Dia warning i, you tahu tak? Sampai tahap dia pukul i disebabkan dia tak percaya yang i dah putus dengan you. Tengok bibir i ni." Ucap Hani seraya menunjuk kesan luka di dalam bibir Hani.

Fikri terkejut lantas dia memberi signal untuk berhenti di bahu jalan. Bibir Hani dibelek seketika.

"Allahuakbar. Serius lah sampai dia cederakan you?" Tanya Fikri.

DENDAM ASMARA 2Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu