BAB 228

49 5 0
                                    

Aman berpeluk tubuh sambil memandang bangunan-bangunan yang berada di hadapannya itu. Sudah masuk dua bulan dia berada di rumah maknya itu dan sekarang dia tanpa sebarang pekerjaan yang dia buat. Selepas dia patah balik ke Kuala Lumpur, perangai dan sikap Janna itu semakin berlainan. Kadang-kadang dia sendiri tak pasti sama ada dia bercinta ataupun tidak dengan Janna sebab Janna sudah jarang hubungi dirinya apatah lagi bila ajak jumpa selalu bagi alasan terlalu sibuk. Aman mengeluh lantas mendongkat dagu.

"Daddy!!" Panggil Aakif.

Aman berpaling ke arah Aakif yang tengah menyusun rail car building.

"Ye" jawab Aman.

"Daddy sini lah duduk main dengan Aakif"

Aman tersenyum lantas duduk disebelah anaknya. Kereta yang berada di sisi di ambil.

"Aakif nak buat apa susun macam tu?" Tanya Aman.

"Aakif nak berlumba." Ucap Aakif sambil tersengih.

"Bila Aman nak bekerja?" Tanya Puan Aminah tiba-tiba.

"Aman tengah tunggu Janna ni mak."

"Janna cakap apa kat Aman?" Tanya Puan Aminah.

Aman terdiam. Tak lama tu dia bersuara.

"Dia cakap dia nak bagi kerja dekat Aman, jadi sekarang ni Aman tunggu lah."

"Sementara nak tunggu kerja dari Janna tu, apakata Aman cari kerja dulu. Cari dekat-dekat sini pun okay." Ucap Puan Aminah bagi cadangan.

"Susah lah mak. Kalau Aman ada transport tak apa. Takkan Aman nak susahkan abah pulak."

Puan Aminah menggelengkan kepala.

"Tak apa, abah okay lah kalau nak minta dia suruh ambil hantar Aman kerja tu."

"Yelah. Bagi Aman berbingang dengan Janna dulu ye mak?"

Puan Aminah hanya menganggukkan kepala.

"Bila kamu nak bawa Janna jumpa dengan mak?"

"Sekarang ni tak boleh lagi nak bawa dia sebab sekarang ni dia agak sibuk. Bila dia free nanti, Aman bawa dia jumpa mak ye. Nanti boleh berborak pasal kahwin."

"Aman dah bagitahu?"

Aman lambat-lambat menggelengkan kepala.

"Kenapa?"

"Aman segan lah nak bagitahu dekat dia mak dan Aman risau takut dia reject Aman."

"Kalau Aman tak bagitahu sekarang dan Aman bertindak bagitahu selepas kahwin, lagi Janna rasa teraniaya."

Aman terdiam. Dia hanya memandang Aakif dan Puan Aminah.

"Memang kena bagitahu dekat dia ke mak?"

Puan Aminah mengangguk.

"Harus bagitahu dekat dia. Selepas itu terpulang dekat dia sama ada dia nak terima Aman atau tidak."

Aman mengeluh panjang. Dalam hatinya cukup takut selepas Janna dapat tahu dan dia di tinggalkan.

"Yelah, Aman akan bagitahu dekat dia."

"Jangan risau, kalau dia sayangkan Aman, dia akan terima semua kekurangan Aman. Macam dulu tu. Ingat lagi tak?"

Aman mengangguk perlahan.







"𝓣ak penat ke lari dari aku?" Tanya Shahrul seraya berpeluk tubuh.

Fikri berpaling. Riak wajahnya sedikit terkejut melihat Shahrul di depan mata.

"Eh Shahrul, kau buat apa dekat sini?" Tanya Fikri.

Shahrul tersenyum lantas menarik kerusi dan duduk.

"Ini kan kedai makan. Takkan nak main ping pong pulak. Kan?"

Fikri tersengih.

"Yelah, betul lah tu."

Shahrul hanya ketawa.

"Boleh aku bertanya?"

Fikri menelan liur. Tak lama tu dia mengangguk perlahan.

"Apa yang membuatkan kau tak puas hati dengan Janna?"

"Bukan, bukan aku tak puas hati dengan Janna. Cuma..."

"Cuma kau tak nak Hani ikut apa yang Janna buat. Macam tu?" Potong Shahrul.

Lambat-lambat Fikri mengangguk. Shahrul ketawa perlahan. Rayban yang dia pakai dia buka dan letak di atas meja.

"Hani tu umur berapa eh bro?"

"Dalam dua puluh tujuh."

Shahrul menganggukkan kepala.

"Dah matang right?" Tanya Shahrul.

Giliran Fikri pulak mengangguk.

"Kalau Hani seorang yang matang, kalau Janna buat jahat sekali pun aku rasa dia tak akan ikut sebab dia ada otak untuk berfikir. Betul?"

Fikri mengangguk kepala lagi.

"Jadi apa punca kau jumpa dengan Janna dan cakap macam itu? Untuk pengetahuan kau, selama diaorang dua berkawan, tak pernah pulak aku nampak Janna bagi impak negatif dekat Hani."

"Aku cuma takut."

"Sekarang ni kau takut dengan bayang-bayang kau sendiri Fikri. Dengar sini, tak semua perempuan sama perangai macam Farah. Janna perangai dia macam ini, Hani perangai dia macam ini. Kau jangan lah tiba-tiba datang, kau nak jatuh hukum terus. Apa salah aku pergi dekat rumah Janna? Pasal Aman, itu bukan masalah kau, bukan masalah semua orang dalam dunia ni. Itu masalah Janna, jadi untuk apa kita nak masuk campur?"

"Betul lah tu. Sepatutnya aku tak perlu berfikir macam tu dekat Janna. Kalau Hani nak jadi macam Farah sekali pun bukan salah Janna sebab ikut pada pemikiran masing-masing." Ucap Fikri pulak.

"Haa boleh pulak kau berfikir. Hidup ni fikri, sebelum nak bercakap tu kena fikir dulu."

Fikri menganggukkan kepala.

"Aku minta maaf lah Shahrul."

Shahrul ketawa.

"Kau nak minta maaf dekat aku untuk apa? Kau kena minta maaf dekat Janna tu. Tapi nasib kau baik Janna tak cari kau Fikri sebab aku sempat halang. Kalau tidak entah lah aku tak tahu nak cakap apa. Mahu kau ke pluto melepak dengan alien."

Fikri hanya tersenyum hambar. Dia agak ralat ketika ini.

"Tak apa lah, aku minta maaf dekat kau juga. Nanti aku akan jumpa Janna dan minta maaf dekat dia. Boleh tak kalau aku nak tanya kau?"

"Tanya lah."

"Janna dengan Aman?"

Shahrul terdiam sekejap. Tak lama tu dia bersuara.

"Aku yang izinkan, sengaja aku buat macam itu."

"Kau tak takut?" Tanya Fikri.

"Aku okay dan tak ada masalah pun. Takut pun tak sebab aku yakin yang Janna akan jadi milik aku. Perhubungan aku dengan dia berjalan macam biasa."

Fikri hanya menganggukkan kepala.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now