BAB 245

66 6 3
                                    

Janna mengecilkan matanya.

"Are you sure?" Tanya Janna.

Shahrul hanya menganggukkan kepala.

"Tak buat apa-apa?" Tanya Janna lagi.

"Ye sayang, hubby tak buat apa-apa pun." Ucap Shahrul.

Shahrul menarik nafas lantas di hembus perlahan. Wajah Janna dipandang penuh kasih.

"Sayang, hubby nak minta maaf sebab berkasar dengan sayang tadi. Hubby bukan apa sayang, hubby jadi sakit hati bila sayang nak hubby lepaskan sayang. Hubby tak akan buat macam tu. Never and start from now, hubby haramkan sayang sebut perkataan cerai tu. Dengar tak?" Tanya Shahrul lagi.

Janna tak mengangguk mahupun menggeleng.

"Dengar tak apa yang hubby cakap ni?" Tanya Shahrul.

Janna menganggukkan kepala.

"Terima kasih sayang." Ucap Shahrul dan leher Janna menjadi sasaran bibir Shahrul buat kali kedua.

Mata Janna menjadi kelat. Dia sendiri tak tahu apa perasaan dia sekarang bila Shahrul mencium lehernya.

"Jangan lupa pasal syarat aku selepas berkahwin." Ucap Janna mengingatkan Shahrul.

Shahrul ni bukan boleh di kira. Sekarang pun dia main langgar je.

Shahrul tersenyum.

"Syarat sayang tak valid sebab hubby tak pernah tanda tangan."

"Ha?? Serius lah? Apa ni Shahrul!" Ucap Janna seraya menolak tubuh Shahrul.

Muka Shahrul masih lagi berada dikedudukan asal. Di leher Janna dan tak berganjak walaupun sedikit. Janna menumbuk dada Shahrul membuatkan Shahrul bersuara.

"Sakit sayang." Ucap Shahrul perlahan dan tangan Janna yang menumbuk Shahrul tadi terus di tangkap.

Dada Janna berombak kencang. Sakitnya hati dia dengan perangai Shahrul.

"Lepaslah! Tadi cakap nak pergi rumah mak."

"Kejap lagi" ucap Shahrul perlahan.

Janna mengeluh perlahan. Dia sendiri tak tahu sampai bila dia kena bertahan dengan kedudukan yang sekarang ni. Lenguh kakinya untuk menapung tubuh sasa Shahrul. Tengah dia dalam keadaan macam itu, tiba-tiba dia rasa kesakitan di bahagian leher kirinya. Seperti di kemam dan di gigit. Makin lama makin pedih.

"Aww" jerit Janna perlahan.

Janna cuba menolak tubuh Shahrul dengan kedua tangannya tetapi Shahrul makin kuat menarik tubuh Janna.

"Sakit Shahrul! Kau buat apa ni? Aww!" Ucap Janna masih lagi menolak tubuh Shahrul tetapi tak berjaya.

Pin... pin...

Janna menoleh begitu juga dengan Shahrul mengangkat wajahnya.

"Hisham dah sampai." Ucap Shahrul seraya memandang wajah Janna serta leher Janna.

Akhirnya dia tersenyum melihat leher Janna merah. Dia berjaya buat lovebite dekat leher isterinya itu. Janna cepat-cepat masuk ke dalam bilik dan melihat lehernya dekat cermin. Mulutnya melopong dan matanya terbeliak.

"Shahrul!" Jerit Janna dengan suara yang di tahan.

"Ye sayang" jawab Shahrul seraya memeluk Janna dari belakang.

"Kau memang biadap kan?"

Shahrul ketawa kuat. Lagi dia geli hati melihat wajah Janna kemerahan di dalam cermin. Janna cepat-cepat capai foundation tetapi sempat dihalang oleh Shahrul.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now