BAB 282

80 5 5
                                    

Shahrul terus turun dan keluarkan pistol tersebut.







"Hey betina!! Mati lah kau bangsat!!" Jerit Farah kuat serta melepaskan tembakan.

Janna yang tengah melangkah ke arah Hani tersentak. Dia memandang Farah dan Hani bersilih ganti. Dengan sekuat hati dia berlari ke arah Hani dan menolak tubuh Hani ke tepi. Tembakan dari Farah terkena bahu dan satu lagi tembakan terkena di bahagian tepi perut Janna. Janna terdiam. Telinganya berdesing.

"Janna!!!!!!!" Jerit Hani kuat.

Janna sudah jatuh melutut. Dengan kepayahan, pistol yang berada di tangan diangkat oleh Janna lalu dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah Farah membuatkan sebutir peluru tersebut mengenai kepala Farah dan peluru yang lain lepas ke udara. Farah rebah dan tak lama itu, Janna turut rebah tetapi sempat di sambut oleh Hani.

"Janna!!" Jerit Hani.

Darah pekat mengalir di mulut Janna.

"Janna." Panggil Hani lagi.

"Uhuk. Uhuk." Janna terbatuk-batuk dan kedua kakinya bergesel kerana kesakitan yang dia rasa tak dapat di bendung lagi.

Darah yang mengalir dimulut Janna di sekat oleh Janna.

"Hani. Sa.. kit" ucap Janna dalam kepayahan.

Hani memandang sekeliling.

"Tolong!!!! Tolongg!!"

"Ha..ni sa..kit.. uhuk. Uhuk." Ucap Janna perlahan dengan suara yang di tahan.

Hani menganggukkan kepala dan memeluk tubuh Janna.

"Aku tahu. Aku tahu. Tolonggg!!!" Jerit Hani kuat

Shahrul dengan lain yang baru sampai tersentak. Mereka cepat-cepat berlari menuju ke arah Janna dan Hani.

"Janna, Jangan tutup mata Janna. Aku ada, aku akan bawa kau pergi hospital Janna. Jangan tinggal aku Janna!!" Jerit Hani serta tangisan yang kuat.

"Janna aku sayang kau Janna. Aku bawa kau ke hospital sekarang." Ucap Hani seraya mengangkat tubuh kurus Janna.

Oleh kerana dia seorang wanita, dia tak mampu untuk mengangkat Janna. Dengan dalam keadaan kelam kabut, Hani tak dengar rintihan dari Janna lagi. Perlahan-lahan Hani berpaling ke arah Janna. Tubuh Janna di goncang.

"Janna." Panggil Hani perlahan.

Tiada tindakan dari Janna dan tiba-tiba Tangan kiri Janna jatuh terkulai membuatkan Hani menjerit kuat.

"Janna!!!!!!" Jerit Hani.

Shahrul yang baru tiba tergamam melihat Janna di atas riba Hani. Dia terus melutut.

"Shahrul." Panggil Hani

Hani menarik-narik vest yang di pakai oleh Shahrul.

Cepat-cepat tubuh kaku Janna di tarik oleh Shahrul. Wajah Janna di pandang.

"Sayang." Panggil Shahrul perlahan.

Dia menepuk-nepuk pipi Janna perlahan.

"Sayang, hey hubby sampai ni sayang." Ucap Shahrul lantas memegang wajah Janna.

"Sayang, bangun lah sayang. Hubby sampai ni sayang. Jangan lah tidur sayang." Ucap Shahrul bersama air mata.

Shahrul terus memeluk tubuh kaku Janna.

"Sayang, jangan tinggal hubby macam ni sayang. Sayang dah janji tak nak tinggalkan hubby. Saya tipu hubby."

Hisham terus peluk Shahrul dari belakang.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now