BAB 236

51 5 0
                                    

"Bob, macam mana? Dah tiga hari dah ni"

Bob yang tengah mencatit sesuatu di atas kertas, seraya mengangkat kepala. Dahinya berkerut.

"Apa yang dah tiga hari dah ni? Aku tak faham."

Yusrizal berpaling ke arah Shahrul dan Hisham. Tak lama tu mereka bertiga melangkah ke arah Bob.

"Result mangsa kena rogol tu. Dah ada kan?"

"Ooooh ada-ada. Kejap" ucap Bob terus melangkah ke arah mejanya.

Envelope berwarna putih diambil lantas dia menyerahkan ke arah Yusrizal.

"Haa okay cun. Semua complete dalam ni?" Tanya Yusrizal seraya membuka envelope putih tersebut.

"Yes semua complete termasuk identiti suspek. Tapi kan ada yang pelik sikit dekat sini.

Dahi Shahrul berkerut.

"Maksudnya?" Tanya Shahrul.

"Okay, Menurut laporan yang kita dapat, suspek yang merogol mangsa bernama Murat bin ali. Kami dah selidik siapa Murat ni dan dia ada nama glamour iaitu King. Apa yang agak pelik dekat sini adalah, ada lagi dua kesan tompok air mani dekat atas kain yang kita dapat."

"Milik suspek tu juga?" Tanya Hisham.

Lambat-lambat Bob menggelengkan kepala.

"Air mani tu milik lelaki yang bernama Ibrahim."

"Shit!" Ucap Yusrizal tiba-tiba.

"Bermakna dia kena rogol beramai-ramai?" Teka Shahrul?

Bob menganggukkan kepala.

"Betul Tuan."

Hisham menggelengkan kepala.

"Sumpah kejam sial!"

Shahrul berpaling memandang Hisham.

"Sabar-sabar jangan emo." Ucap Shahrul.

"Aku kan kalau aku dapat siapa si Murat ni, memang aku nak sekeh-sekeh kepala otak dia. Biar berakal sikit." Ucap Hisham.

"Tapi kan, kematian Ramlan ada kena mengena ke dengan Siti?" Tanya Yusrizal tiba-tiba.

Shahrul terdiam termasuk juga Hisham dan Bob.

"Haah kan, Cara kematian pun sama. Dibunuh dan di buang dalam hutan." Ucap Hisham.

Shahrul melangkah ke depan. Otaknya berlegar-legar mencari jawapan tentang kes pembunuhan ni. Tak lama tu tiba-tiba Shahrul berpusing mengadap yang lain.

"Eh kejap, Apa pekerjaan Ramlan ni?" Tanya Shahrul.

"Kalau tak silap saya bomoh tuan." Ucap Bob.

Dahi Shahrul berkerut. Tak lama tu dia tersentak seperti tersedar sesuatu. Dia cepat mengatur langkah.

"Eh kau nak kemana?" Tanya Hisham.

"Aku nak jumpa Janna kejap." Ucap Shahrul.

"Eh gila, Sekarang ni kita ada kerja. Balik nanti lah kalau nak bercinta pun" tempelak Hisham.

Shahrul mengeluh perlahan.

"Ada ke aku cakap nak pergi bercinta? Aku nak pergi tanya dia kot-kot dia kenal bomoh ni. Kau lupa ke pasal Hani kena santau hari tu?"

Riak wajah Hisham seakan terkejut. Dia tak terfikir langsung.

"Haah lah, Eh aku join sekali." Ucap Hisham.

Shahrul berpaling memandang Yusrizal.

"Bagi aku envelope tu."

Yusrizal terus menyerahkan envelope putih yang berisi DNA suspek.







"You." Panggil Lailya.

Aman yang tengah sound check berpaling. Riak wajahnya terkejut.

"You buat apa dekat sini?" Tanya Aman.

Lailya menghadiahkan senyuman untuk Aman.

"I nak jumpa you."

Dahi Aman berkerut.

"Untuk apa?"

"I don't know, Maybe i miss you."

Aman mengeluh perlahan. Dia melangkah ke arah Lailya, matanya meliar melihat sekeliling risau kalau-kalau Janna berada di situ diam-diam. Dia memandang Lailya semula.

"Lailya, i rasa you boleh faham kan?"

"Apa yang perlu i faham lagi? You yang tak reti nak faham i. I perlukan you dalam hidup i."

"Masalahnya i dah ada orang lain. Boleh faham tak?"

Lailya menggelengkan kepala.

"You, i janji dengan you. You kembali pada i, i akan buat yang terbaik untuk you, untuk anak kita. Itu janji i."

"Dah terlambat sebab i bahagia dengan orang lain"

Lailya terdiam. Dia memandang wajah Aman yang berada di depannya. Kedua tangan Aman di pegang.

"Wajah you tak menampakkan yang you bahagia. I minta peluang yang terakhir dari you."

Aman menggelengkan kepala.

"Cukup lah dulu i kianat cinta i dan berkahwin dengan you. Kali ni i tak akan kianat lagi. Dah lah, you pergi lah balik. I tengah kerja" ucap Aman seraya berpaling.

"You tahu tak yang i sayangkan you?" Perempuan tu dah lah annoying. Kenapa you nak sangat dekat dia?" Tanya Lailya sedikit kuat.

Akibat dengan ungkapan itu, Aman tak jadi untuk melangkah. Dia berpaling semula mengadap Lailya.

"Kenapa ye dari dulu sampai sekarang you tak pernah nak berubah? You sedar diri tak you ni macam mana sampai nak cakap buruk pasal orang lain?" Tanya Aman dengan suara yang agak tinggi sedikit.

Nasib keadaan baik kerana dekat Saloma Bistro agak bising, jadi suara Aman tak di dengari oleh orang lain."

"I cakap benda yang betul. I pernah jumpa dengan perempuan tu. Dasar annoying." Ucap Lailya.

"Baik you pergi balik sebelum i lempang mulut you tu, Lailya." Ucap Aman.

"I dekat sini masih setia memerlukan you." Ucap Lailya.

"Sudah lailya! I tak nak dengar apa-apa lagi dari you."

"Aman" ucap Lailya segera memegang lengan Aman kembali.

"Lepaskan tangan i Lailya. Jangan sampai i malukan you dekat sini."

"I merayu pada you."

Aman diam tak berkutik. Wajahnya kelihatan pucat. Matanya tepat memandang ke arah belakang Lailya.

"You, kenapa ni?" Tanya Lailya lantas memegang pipi Aman.

Lailya berpaling.

Janna yang berada tak jauh dari mereka berdua hanya tersenyum. Dia tak sangka dia kena surprise dari Aman Anaqi.

"Sis" panggil Mega.

Janna yang tengah ralit memandang drama di depan mata, lantas berpaling.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now