BAB 270

63 6 0
                                    

"𝓨a Allah! Sampai juga akhirnya." Ucap Hisham seraya mengeliat selepas dia keluar dari kereta.

"Haih kenapa lah aku boleh ikut korang berdua ni." Ucap Janna seraya membongkokkan badan.

Badannya auto lemah. Lehernya terasa kembang. Tekaknya terasa tak sedap. Dia memandang sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak longkang yang tak jauh dari tempat dia berdiri.

"Haha! Kau yang nak ikut sangat kan. Rasa lah kau, budak kecik" Ucap Hisham seraya ketawa tengok muka Janna kemerahan.

Shahrul yang perasan muka Janna dah lain, terus dia melangkah ke arahnya.

"Sayang okay tak ni?" Ucap Shahrul seraya menunduk.

Janna menggelengkan kepala. Tekaknya terasa pahit. Tanpa membuang masa, Janna terus berlari ke arah longkang tersebut.

"Eh nak pergi mana tu sayang?" Tanya Shahrul.

"Uwerkk! Uwerk"

Segala yang di makan oleh Janna sebentar tadi, terus terkeluar balik. Tak sempat makanan tadi nak memproses. Cepat-cepat Shahrul melangkah ke arah Janna. Belakang Janna di gosok perlahan. Itu lah kelemahan isterinya, Tak boleh jalan jauh sikit. Kalau jauh confirm muntah. Hisham terus menghulur air mineral ke arah Shahrul.

"Sayang okay tak ni?" Tanya Shahrul perlahan.

Dia duduk bercangkung di sebelah Janna. Risau pulak dia tengok Janna macam ni.

Janna terus menggelengkan kepala. Kepalanya terasa sikit pening.

"Nah air" ucap Shahrul seraya menghulur air tersebut.

Janna terus meneguk air tersebut untuk kumur.

"Nak muntah lagi?" Tanya Shahrul

"Tak dah" ucap Janna perlahan.

"Minyak cap kapak sayang mana?" Tanya Shahrul,

"Dalam bag kat bonet," ucap Janna seraya berdiri.

Janna terus bangun berdiri termasuk Shahrul. Mereka berdua melangkah ke arah Hisham yang setia menunggu.

"Dah okay dah?" Tanya Hisham.

Janna menganggukkan kepala.

"Dah jom masuk. Semua family aku dah tunggu termasuk Maisara juga."

"Wah! Hebat penangan abang Hisham kita ni yang. Dah ada orang tunggu." Ucap Shahrul seraya memperli Hisham.

"Kau jangan nak macam-macam eh Shahrul. Janna kau tengok laki kau ni."

Janna ketawa perlahan seraya mengangguk.

"Yelah nanti aku tengok laki aku hari-hari tau. Tapi kan aku rasa kalau Maisara tengok Shahrul confirm Maisara tu cair. Jatuh cinta terus."

Hisham berpaling memandang Janna.

"Really?" Tanya Hisham.

"Ya." Ucap Janna seraya menggoyangkan kepala kekiri dan kekanan.

Shahrul cepat-cepat menarik telinga Janna di sebelah.

"Auww." Ucap Janna perlahan.

"Jangan nak mengada eh sayang, Hubby ni dah berkahwin. Isteri hubby garang macam harimau dan isteri hubby ni lagi cantik dari Maisara."

Janna berpaling memandang Shahrul.

"Oh? Kiranya awak dah pernah jumpa lah dengan Maisara tu?" Tanya Janna.

Mencerlung matanya memandang ke arah Shahrul.

Shahrul menggerakkan kedua tangannya.

"Eh tak. Bukan, bukan. Hari tu jumpa secara tak sengaja. Hubby nak hantar Hisham lepas tu Maisara ada dekat situ jadi hubby pun terpandang lah dia."

Janna tersenyum sinis.

"Terpandang konon. Dasar laki mata keranjang. I lap you lah, you lap me lah tapi dekat belakang pandang betina lain. Sama je korang berdua ni." Ucap Janna seraya menolak bag ke arah badan Shahrul.

"Opp." Ucap Shahrul menahan nafas.

Cepat-cepat dia peluk bag tersebut sebelum jatuh.

Hisham memandang Shahrul.

"Habis lah kau Shahrul bini kau dah bertukar jadi harimau. Masak lah kau. Tidur dengan aku jelah ye kau malam nanti. Hahaha pintu close, lock terus" ucap Hisham seraya memerli Shahrul dan melangkah.

Shahrul mengikut Hisham dari belakang sambil garu kepala yang tak gatal. Dia mengeluh perlahan.

"Masak gulai lah aku" ucap Shahrul perlahan.









"Ha Janna, mana mereka berdua tu?" Tanya Puan Maimun.

Janna terus melangkah ke arah Puan Maimun dan bersalam.

"Diaorang dekat luar tu mak. Ha tu" ucap Janna seraya memandang ke luar.

"Oh. Ya Allah, lama betul mak tak jumpa dengan kamu ni Janna. Rindunya lah dekat anak mak yang sorang ni."

Yati melangkah ke arah Puan Maimun.

"Habis lah, Kalau Janna balik sini, kita semua mak tak pandang." Sampuk Yati tiba-tiba.

Janna berpaling dan tersenyum.

"Jannna!!! Arghh!! Rindu kauu!" Jerit Yati seraya meluru ke arah Janna dan peluk.

"Haha gila lah. Aku pun rindu dekat kau juga lah. Rasanya dah bertahun tak jumpa kan?" Ucap Janna.

"Ye la haaa. Kau hari tu kahwin pun tak bagitahu. Sampai hati."

"Ala sorry lah. Hari tu nikah biasa je nanti kalau jodoh berpanjangan, akan buat sanding. Aku jemput semua orang" ucap Janna.

"Kak Janna!!" Jerit Balqis adik bongsu Hisham.

Janna berpaling.

"Aqiss!!!" Jerit Janna.

Hisham dan Shahrul hanya memerhati di tepi pintu. Hisham menyengetkan kepalanya.

"Kau tengok tu, sekarang ni aku tak tahu yang aku ni anak Maimun atau Janna tu anak Maimun. Aku balik semua orang tak nampak. Ke aku ni halimunan?" Tanya Hisham.

Shahrul hanya ketawa dengan apa yang Hisham bebelkan tu. Dia suka sangat tengok adegan di depan matanya ni. Janna di sayang oleh semua orang. Itulah kelebihan Janna, isterinya.

"Sabar ye bro." Ucap Shahrul seraya masuk ke dalam rumah.

"Oh so sad" ucap Hisham mengikut Shahrul dari belakang.

Mereka berdua menuju ke arah Puan Maimun untuk bersalam.

"Mak, dah habis lepaskan rindu kat anak mas mak?" Tanya Hisham.

"Kamu ni." Ucap Puan Maimun seraya menampar bahu Hisham.

Hisham berpaling memandang Shahrul.

"Kau tengok Shahrul. Dengan aku asyik nak di tampar je. Dengan Janna asyik nak cium je. Hisham tak nak cium ke mak?" Tanya Hisham.

"Tak nak, Kamu tu busuk." Tepek Puan Maimun.

Shahrul terus ketawa kuat. Dia duduk di sofa dua bertentangan dengan Puan Maimun dan Hisham.

"Ayah mana mak?" Tanya Shahrul.

"Ayah keluar dengan Hasrul" ucap Puan Maimon

"Oh." Ucap Shahrul terus menganggukkan kepala.

"Ni macam mana perjalanan tadi? Okay?"

Hisham berpaling memandang Shahrul di sebelah.

"Mak tanya siapa? Hisham ke Shahrul?"

"Dua-dua" ucap Puan Maimun spontan.

"Okay je mak. Tadi sampai anak mas mak muntah kat longkang depan tu." Ucap Hisham.

"La yeke? Tak apa lah nak buat macam mana dah dia tak boleh jalan jauh."

Shahrul mengangguk kepala tanda setuju dengan Puan Maimun katakan.

"Sayang sangat tu. Hurm menyampah." Sampuk Hisham.

"Hai you." Ucap Maisara sambil tersenyum memandang Hisham.

Hisham berpaling memandang ke arah Shahrul seraya buat muka. Shahrul hanya ketawa dan tak mampu buat apa-apa.

DENDAM ASMARA 2Kde žijí příběhy. Začni objevovat