BAB 273

66 5 0
                                    

Shahrul ketawa lagi.

"Sebab mak kau tahu kalau mak kau atau adik beradik kau yang lain kejut, kau buat tak tahu. Tapi hebat juga kan penangan bini aku tu." Ucap Shahrul dengan sisa ketawa.

"Memang lah hebat sebab bini kau tu harimau. Kau pun seram kan. Hmmm aku mengantok la." Ucap Hisham seraya menggarukan kepala.

Shahrul ketawa.

"Eh bangun lah. Nanti jom mandi air terjun"

Lambat-lambat Hisham menganggukkan kepala.

"Eh dah lah bangun." Ucap Shahrul seraya menampar lengan Hisham dengan kuat.

Dia terus bangun melangkah meninggalkan Hisham.

"Sakit lah bongok." Ucap Hisham perlahan.

"Oh mak kau." Latah Shahrul selepas melihat Janna berpeluk tubuh dekat depan pintu biliknya.

"Dah bangun belum?" Tanya Janna.

"Dah-dah" ucap Shahrul seraya memusingkan badan Janna dan menolak Janna untuk melangkah.








"𝓘 mimpi lagi." Ucap Hani semasa dia dan Fikri keluar breakfast.

"Mimpi pasal Janna kena tembak?" Tanya Fikri.

Hani menganggukkan kepala. Tiba-tiba dia teringat hal semalam.

"You i nak tunjuk ni dekat you." Ucap Hani seraya mengeluarkan telefon bimbit dan letak di hadapan Fikri.

Dahi Fikri berkerut.

"Gambar siapa ni?" Tanya Fikri.

"You dengan i lah. Ada orang ambil gambar kita berdua."

Riak wajah Fikri terkejut.

"Serius lah you.?" Tanya Fikri.

Hani menganggukkan kepala.

"Serius lah. I nak tipu buat apa. You cuba baca text dia tu bila i tanya dia siapa" ucap Hani seraya memandang Fikri.

"I sebenarnya takut lah you. Sekarang ni i rasa kehidupan i ni dah tak selamat semenjak i dengan you" ucap Hani lagi seraya mengeluh.

Fikri tersentak dengan kata-kata Hani.

"You nak cakap bila you dengan i you rasa tak selamat?"

Hani mengeluh.

"Pasal ex you lah, You ni kenapa?"

"Apa yang i boleh buat you? I dah halang, dah jumpa siap tampar lagi. Tapi dia still buat juga perangai dia tu." Ucap Fikri

"Sekarang ni kan dan apa yang i rasa, Farah memang follow i ke mana i pergi."

"You yakin?" Tanya Fikri.

"I yakin sangat-sangat you seratus peratus. Sebab bila i pergi mana-mana i rasa i seperti di perhatikan."

Fikri menganggukkan kepala.

"Tak apa, I tahu you tengah risau sekarang ni. Nanti you hantar gambar ni dekat i dan i akan tanya Shahrul."

Hani menganggukkan kepala. Air yang berada didepannya di ambil dan di minum untuk hilangkan getaran di dalam dadanya ketika ini. Fikri memandang Hani.

"Sayang"

Hani memandang Fikri

"Kita kahwin."

Riak wajah Hani terkejut dengan apa yang Fikri katakan.

"Kenapa tiba-tiba ajak i kahwin?" Tanya Hani.

"You, plan asal i memang i nak berkahwin dengan you. Sekarang ni dah berapa bulan kita bercouple. You nak tunggu berapa lama lagi sayang? Sekurangnya i ada untuk jaga you setiap saat setiap waktu. Kadang-kadang bila you cakap soal yang you tak sedap hati, you rasa macam you diperhatikan, you ingat i tak risaukan you ke?"

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now