BAB 261

59 5 2
                                    

"Saya tak ganti siapa-siapa lah Puan. PA Tuan Shahrul yang hari tu tukar dekat bahagian lain."

"Oh" ucap Janna sepatah.

Ting......

Janna dan Mawar memandang ke arah pintu lif. Belum sempat dia nak melangkah masuk, Shahrul dengan Hisham berada di dalam lif tersebut. Janna mengeluh perlahan.

"Jom Puan." Ucap Mawar seraya menekan butang tiga.

Janna hanya melangkah tanpa memandang Shahrul. Sakitnya hati bila Shahrul mengaku yang dia ni adalah kawan. Woi kawan woii, rendah sangat title tu.

"Puan, puan tak kahwin lagi kan. Nanti bila Puan nak kahwin, wedding yang macam mana Puan nak buat?"

Janna berpaling memandang Shahrul dibelakang. Dia tersenyum sinis.

"Wedding of the year." Ucap Janna.

Riak wajah Mawar seolah teruja.

"Wah! Serius lah Puan."

Janna menganggukkan kepala.

"Betul tak kawan?" Ucap Janna seraya memandang Shahrul.

Hisham sudah menepuk dahi. Shahrul pulak mengacip gigi tanda sakit hati. Janna berpaling memandang Mawar yang tengah ralit menaip sesuatu. Tanpa di jangka, tangan Shahrul seakan-seakan ingin mengapai tangannya tetapi Janna cepat-cepat menarik tangannya itu tetapi tetap dapat ditangkap oleh Shahrul. Janna mengeluh perlahan.

"Puan." Panggil Mawar.

"Ye?"

"Calon lelaki yang macam mana Puan cari?"

Janna tersenyum.

"Benda simple je. Pasangan yang tak mengaku kawan." Ucap Janna seraya menyindir Shahrul.

Makin erat genggaman tangan Shahrul mengenggam tangannya itu. Oleh kerana lif nak sampai ke tingkat tiga, Janna sedaya upaya menarik tangannya.

Ting.....

Pintu lif terbuka. Dengan sekuat hati Janna merentap tangannya dan melangkah keluar menuju ke arah cafe.

Shahrul tersenyum.

'Kau tunggu kejap ye sayang' ucap Shahrul dalam hati.

"Puan, saya hantar Puan sampai sini je tau" ucap Mawar.

"Ha okay-okay. Terima kasih Mawar."

Mawar tersenyum lantas mengangguk.

"Sama-sama Puan"

Janna yang pada mulanya ingin melangkah masuk ke cafe tetapi tak jadi. Dia berpatah balik dan menuju ke arah pintu untuk keluar ke parkir kereta.

"Seandainya aku mampu
Menggapai bintang-bintang di langit biru. Akan kupetik satu untukmu
Sebagai bukti cintaku"

Janna menyanyi-nyanyi kecil lagu semanis cinta sambil bermain dengan kunci kereta. Tengah dia leka melangkah, tiba-tiba ada sepasang tangan menarik tubuhnya masuk ke bahagian tangga. Dia dipeluk dari belakang.

"Eh...!" Jerit Janna terkejut seraya bergelut dengan lelaki tersebut.

"Shhhh"

Bila Janna kenal empunya suara tu terus dia berpaling. Shahrul?

"Ehh kau ni dah kenapa? Sakit lah" ucap Janna seraya mengosok bahunya yang terasa perih.

"Sorry sayang." Ucap Shahrul lantas memusingkan tubuh Janna di kedepan.

Dalam keadaan Shahrul bersandar di dinding, Pinggang Janna di peluk ketat dan erat. Shahrul memandang wajah Janna.

"Memang malam Gala nanti nak partner dengan Hisham ke?" Tanya Shahrul.

Wajahnya tak ada sebaris senyuman.

Janna mengangkat bahu.

"Maybe lah" ucap Janna seraya membetulkan koler baju kameja purple ber tie hitam yang di pakai oleh suaminya itu. Hensem.

"Kenapa tak nak dengan hubby?"

Janna tersenyum.

"Kita kan kawan. Betul tak Tuan Shahrul. Lagi pun Batrisya kan nak partner dengan Tuan dekat malam Gala nanti."

Shahrul mengeluh. Dia berpaling ke kiri dan tak lama tu memandang ke arah Janna semula.

"Sayang, stop it."

Janna mengangkat kening.

"Why? Betul lah kan? Jangan hampakan perasaan orang Tuan. Saya okay je sebab sayakan kawan Tuan je."

"Sayang stop! Hubby tak cakap apa-apa pun kan? Ada ke sayang dengar hubby cakap kawan?" Tanya Shahrul geram.

"Memang lah tak cakap tapi diam itu tanda mengiakan so?"

Shahrul mengeluh perlahan. Dia mesti akan kalah kalau bertikam lidah dengan Janna itu. Mesti masa sekolah dulu isterinya itu cekap berpidato.

"Sayang, Hubby tak tahu nak respon apa. Nanti bila hubby cakap yang sayang ni isteri, sayang juga yang marah hubby."

Janna ketawa perlahan.

"Yelah K A W A N" ucap Janna seraya mengeja perkataan tersebut.

Shahrul mengacip gigi. Wajah Janna di pandang tajam.

"Ulang lagi sekali sayang."

"Kita kan kaa.. hmmm"

Belum sempat Janna nak habiskan perkataan kawan, Shahrul terus menangkap lehernya dan mencium bibir Janna. Janna menumbuk-numbuk dada Shahrul serta menolak tetapi tak berganjak pertemuan bibir tersebut. Kucupan tersebut lama.

"Kalau iyee pun nak berasmara dana, jangan lah dekat tangga woii." Ucap Hisham tiba-tiba.

Janna tersentak dan dia cepat-cepat menolak Shahrul dan tak semena-mena tubuh Shahrul di peluk oleh Janna.

Shahrul berpaling.

"Terkejut lah aku setan." Ucap Shahrul.

Janna memejamkan mata dan mengetap bibir. Tengah dia memeluk tubuh Shahrul, dia terbau satu aroma yang di guna oleh suaminya itu. Mendamaikan dan dalam masa yang sama dia malu dengan Hisham.

"Haih lah korang berdua ni lah. Cepat sikit kita ada kerja lagi ni Shahrul." Ucap Hisham terus melangkah.

"Sayang." Panggil Shahrul perlahan.

Janna masih lagi peluk tubuh Shahrul.

"Woi."

"Woi kau." Ucap Shahrul terkejut.

Dia berpaling memandang Hisham.

"Cepat sikit." Ucap Hisham seraya melangkah pergi.

Tak kuasa dia nak melayan mereka berdua.

"Dah. Hisham dah pergi dah."

Perlahan-lahan Janna mengangkat kepala dan berpaling.

"Kau ni memang gila kan?" Ucap Janna

Shahrul ketawa sedikit kuat.

"Ya Allah malunya." Ucap Janna seraya menutup muka.

"Buat lah lagi perangai tu. Sayang buat lagi, lagi dasyat hubby akan buat dekat sayang." Ucap Shahrul seraya memandang jam rolexnya.

"Sayang lepas ni nak ke mana?" Tanya Shahrul lagi.

"Ingat nak pergi butik lepas tu balik rumah."

Shahrul menganggukkan kepala.

"Tak apa lah, Hubby nak pergi dekat Hisham dah. Nanti text eh." Ucap Shahrul seraya menghulur tangan.

Janna menyambut tangan Shahrul dan bersalam. Tak lama selepas itu Shahrul mencium dahinya.

"Jaga diri, jangan lupa text hubby."

Janna menarik nafas.

"Iyee"

"Okay good. Nanti hubby text sayang. Love you." Ucap Shahrul dan dia melangkah meninggalkan Janna dekat situ.

Selepas kelibat Shahrul tak kelihatan, Janna terus melangkah ke arah keretanya. Cepat-cepat dia meloloskan diri ke dalam. Dia bersandar dan dia teringat peristiwa tadi dan senyuman terukir di bibir.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now