BAB 275

66 5 0
                                    

"Aku ingat aku nak balik kampung baru lah." Ucap Hani semasa dia dan Fira keluar pergi makan tengah hari.

"Kenapa pulak? Kau tak selesa ke duduk dengan aku dan Atia?"

Hani menggelengkan kepala.

"Bukan lah, Bukan tak selesa cuma aku tak nak menyusahkan siapa-siapa."

Dahi Fira berkerut.

"Kau susahkan siapa pulak?" Tanya Fira.

"Yelah susah kan kau, Atia. Tak best lah rasanya."

"Tapi kan Hani, kau kan duduk dengan kitaorang ni sementara. Lepas benda tu dah settle, tak ada siapa pun nak halang kau. Kau kan sekarang tak boleh duduk dan keluar sorang-sorang"

"Tahu. Tapi sampai bila? Sampai bila benda tu nak selesai?" Tanya Hani.

Fira mengangkat kedua bahunya.

"Kena bersabar jelah Hani. Tapi kalau kau cakap tadi yang kau nak balik Kampung baru tu, aku tak setuju lah. Kalau jadi apa-apa nanti lagi susah."

"Kalau jadi apa-apa masa aku dengan kau dengan Atia lagi susah. Kiranya aku dah menyusahkan orang dah tu."

Dahi Fira berkerut.

"Apa yang susah pulak? Sekurangnya ada aku ada Atia kalau jadi apa-apa senang. Apa lah kau"

Hani berpaling memandang Fira.

"Aku nak tanya kau ni. Patut ke aku melepaskan orang yang aku sayang demi menyelamatkan diri aku?" Tanya Hani.

"Okay tak ada salahnya untuk kau lepaskan orang yang kau sayang, tapi kau selamat ke dan orang tu tak buat apa-apa ke dekat kau walaupun kau putus dengan Fikri? Benda tetap sama je kan? Jadinya dekat sini apa function kau putus atau tidak? Putus kena, tak putus pun kena."

"Betul juga apa yang kau cakapkan ni Fira. Sama je kan"

Fira yang tengah menyedut ABC seraya menganggukkan kepala.

"Ye Hani. Jadinya dekat sini, better teruskan lah hubungan tu dengan Fikri. Sekurangnya ada juga lelaki dalam golongan kita ni. Dulu ada Janna, sekarang Janna pun dah kahwin dan duduk dengan laki dia, jadi kita yang kena defend diri kita sendiri."

Hani menganggukkan kepala.

"Cakap pasal Janna, aku rindu dia lah." Ucap Hani perlahan.

"Pergi lah jumpa dia." Ucap Fira pulak sambil mengunyah kacang.

"Itu lah sekarang ni aku kerja pagi. Tunggu lah aku dapat shiff malam, boleh pagi-pagi aku jumpa dia." Ucap Hani dan tersenyum.







"Sampai hati you kan?"

Hisham berpaling.

"Sampai hati apa?" Tanya Hisham dengan dahi berkerut.

"Yelah you dah la lama tak jumpa i. Semalam ingat nak borak-borak lama dengan you tapi you macam tak suka nak borak dengan i. Suka bagi alasan penat lah itu lah ini lah. Kecik hati i."

"La, betul lah. Eh you ingat kuala lumpur ke kuala perlis macam kampung baru ke chowkit ke dekat sekangkang kera? Ini jauh lah. Tujuh atau lapan jam drive. Itu pun nasib naik i dengan Shahrul bergilir-gilir."

"Ye i tahu. Tapi sekurangnya you appreciate la i sikit sebab i tunggu you dari pagi sampai ke petang dekat rumah your mom."

"Pulak? I tak suruh pun you tunggu. You yang tunggu dan kenapa pulak i nak kena appreciate dengan benda yang i tak suruh you buat."

Maisara tarik muka. Akibat geram dengan sikap dan perangai Hisham yang tak pernah nak hargai dia, dia melangkah dan meninggalkan Hisham di situ.

"Maisara sini makan." Ajak Puan Maimun.

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now