BAB 208

64 6 0
                                    

"Maksudnya i pernah kena tipu dengan kawan i dulu lah. Dan nama i sekarang dah blacklist dekat bank. I pun tak mampu nak bayar amount yang pihak bank minta. Jadi you sanggup ke terima i yang nothing ni?"

"Oh i see. Kekurangan you lagi?"

Aman terdiam. Dia sendiri tak tahu adakah patut dia bagitahu kekurangan dia yang lagi satu.

"Kekurangan i yang tu mungkin i akan bagitahu selepas kita dah berkahwin. You okay tak?"

"I okay je dan i rasa mesti kekurangan you yang satu lagi ni besar sebab tu you nak bagitahu selepas kahwin." Ucap Janna.

"Besar dan mengaibkan. I malu nak bagitahu dekat you sekarang ni sebab i tak akan tahu cara penerimaan you dekat i macam mana."

"Faham. I mana-mana pun okay dan you tak payah risau"

Aman terasa sebak tiba-tiba. Dia sendiri tak menjangka perempuan yang pernah dia tinggalkan dulu sanggup terima dirinya yang kini dalam kekurangan.

"You" panggil Janna

"Ye"

"Why diam?" Tanya Janna.

"I nak minta maaf dekat you apa yang pernah i buat"

"Aman, benda dah lama kan? Tak payah lah nak ingatkan lagi. Ha i nak tanya sesuatu boleh?"

Aman mengesat air mata.

"You nak tanya apa?"

"Ex you pernah berkahwin kan?" Tanya Janna.

"Ye dia pernah berkahwin. Kenapa tu?"

"Dia pernah berkahwin dengan siapa ye?" Tanya Janna lagi.

"Hurm. I tak kenal pun siapa lelaki tu cuma tahu nama je. Itupun isteri Amin yang bagitahu dekat i dulu. Kenapa you?"

"Siapa nama lelaki tu?" Tanya Janna lagi tanpa menjawab soalan Aman.

"Kalau tak silap i nama lelaki tu Zack. Ada nama lagi dekat belakang Zack tu tapi i tak ingat nama apa"

"Zack Amin?" Tanya Janna.

Aman terkejut.

"Yes! Zack Amin." Jawab Aman seraya berdiam.

"Eh kejap, macam mana you tahu nama lelaki tu? You kenal ke?"

Janna ketawa perlahan.

"No lah."

Aman berdengus perlahan. Perasaan cemburu membuak-buak dalam hatinya ketika itu.

"Baik you cerita dekat i betul-betul sayang. You kenal ke lelaki yang bernama Zack tu?"

"Tak lah i tak kenal pun."

"You jangan tipu i. Kalau you tak kenal lelaki tu macam mana you boleh sebut nama penuh dia. Haaa"

"One day you akan tahu siapa lelaki tu" ucap Janna perlahan.

Dia memandang langit yang hitam tanpa sebutir bintang.








"Jemput minum." Ucap bibik Ton.

Selepas selesai makan malam sebentar tadi, Puan Diyana mengajak Hani untuk berborak di luar rumah. Hani hanya mengikut tanpa membantah.

"Dah lama kenal dengan Fikri?" Tanya Puan Diyana.

"Adalah dalam dua, tiga bulan macam tu, auntie"

Puan Diyana hanya mengangguk kepala.

"Macam mana dengan anak auntie, okay tak dia?" Tanya Puan Diyana.

Tangannya ligat menyusun pokok bunga kaktus kecil. Comel sangat.

Hani ketawa perlahan.

"So far Alhamdulillah anak auntie okay."

"Bagus lah kalau dia okay. Ni auntie nak tanya ni, Hani asal mana? Keluarga duduk dekat mana?"

"Saya asal Kuala lumpur dan keluarga saya duduk dekat selangor"

"Kamu kerja apa?"

"Saya Nurse auntie"

Puan Diyana melangkah ke arah meja yang berada di situ lalu duduk.

"Fikri ada bagitahu dekay auntie yang Farah ada ganggu kamu, betul ke?"

Hani tersentak dan lambat-lambat dia mengangguk kepala.

"Pesan auntie, Hani kena hati-hati dengan Farah tu"

DENDAM ASMARA 2Where stories live. Discover now